Langkau ke kandungan utama

Karya Di Mingguan Malaysia - HARI INI


SIAPA kata saya masih tidak menulis lagi. Dalam keripuhan yang melanda, diselangi beberapa tugas yang menyeluruhi atma ini, saya gagahkan diri untuk mengarang. Dan, dalam beberapa hal jua pun, saya terus menulis untuk beberapa majalah dan akhbar.

Namun, ada pihak yang mendesak-desak saya menulis sesuatu yang lain. Tetapi, kegagahan saya masih lagi kurang disamping beberapa perkara yang sepatutnya dilakukan tidak dapat disempurnakan.

Kepada angkatan sasterawan adabuna, insya-Allah saya akan bersama kalian 15 Julai ini. Namun, saya tidak pasti sejauhmana saya boleh berlama-lama dengan kalian. Beberapa tips pendedahan menulis puisi saya akan berikan disamping tambahan mengulas karya cerpen yang saya kira teman-teman lain lebih arif.

Sekadar berkongsi ilmu dengan teman-teman dan bagaimana karya kita boleh tembus media. Insya-Allah. Itupun saya kira amat terhad pendengarnya disebabkan mereka yang layak menjadi pendengar adalah insan yang terpilih sahaja. Walaupun saya hampir tidak bersetuju dengan teknik ini, namun atas dasar mahukan keadilan, saya turut mengakui perkara ini.

Teman-teman sayap kanan saya tidak bersetuju dengan teknik ini. Tetapi, saya hanya menurut perintah.

Apapun, misi melahirkan pelapis penulis seharusnya ada. Saya juga ingin lahirkan mahasiswa kita yang bukan sahaja menulis dalam genre kreatif, tetapi mampu memanipulasikan ilmu mereka di dalam genre non kreatif. Ini termasuklah penulisan artikel dalam majalah, akhbar, dan juga penulisan buku ilmiah.

Namun, secara peribadi, Faisal Tehrani berdakwah melalui karya novelnya. Mungkin lebih santai dan wacananya lebih mudah difahami daripada karya ilmiah yang sarat dengan falsafah semata-mata, namun menyebabkan pembaca hampir bosan meladeninya.

Tetapi jika anda seorang manusia yang baik, membacalah lebih utama.

ii

Jika anda menulis dan mengarang, sila gunakan bahasa Melayu yang betul. Saya amat pantang kalau anda seolah-olah tidak ketahui penanda wacana, titik, koma, huruf besar dan kecil. Anda pemalas atau sahaja buat-buat malas. Anda orang Melayu asli atau Melayu angan-angan.


Pulau Perhentian
masih jauh
tinggal kenangan
insan mengayuh
setuba minyak
dibalas kerak
jangan tercabut
retakan dilaut.

Ahad
13 Julai 2008

Tambahan : Ini bukan karya yang terbit di MM hari ini. Jika anda mahu membaca, sila dapatkan MM hari ini. :)

Ulasan

MZP berkata…
Saya tak ada sebab untuk marah walaupun orang tak setuju dengan manhaj saya. Kerana orang-orang yang tak setuju itu sejak zaman berzaman langsung tak buat apa-apa, padahal saya sudah menunggu entah berapa zaman dan masa.

Kedua, sebenarnya, kita sudah banyak tasamuh dengan orang yang tak menulis, tapi mahu ikut serta. Itu terjadi dalam kelap sejak bertahun-tahun. Mereka yang tak bawa hasil apa-apa pun boleh dengar dan ikut. Apa salahnya mencuba manhaj yang baru, tanpa perlu menghukum baik buruknya terlebih dahulu, betul tak?

Ketiga, kalau saya tak dikhabarkan berita yang palsu, dulu Nazmi Yaakub pun buat yang sama - hanya yang menulis saja boleh ikut.

Keempat, kalau pun cara ini tak memberi peluang kepada semua, dan hanya memberi peluang kepada yang membawa karya, bukankah KELAP yang bakal diadakan awal bulan 8 ini (dengar khabrnya) akan memberi peluang kepada semua, termasuk yang ada karya dan tiada?

Kelima, kita tak mengetahui manhaj mana paling baik, selagi tak mencubanya. Lagipun tiada jaminan dan kepastian bahawa salah satu lebih baik daripada yang lain. Katakanlah, kedua-duanya mempunyai kebaikan, lalu kenapa kita tak mahu mencuba kedua-duanya? Bukankah kebaikan itu berganda? Katakanlah kebaikan kedua-dua manhaj membawa kesan berlainan, bukankah usaha saya telah memaksimumkan jumlah kebaikan yang boleh dicapai?

Atau ada sesiapa berani kata kepada saya, bahawa manhaj saya membawa keburukan. Kalau ia benar membawa keburukan, nyatakan, dan saya boleh tarik balik semua usaha saya.

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)