Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Wednesday, January 09, 2008

Prof Diraja Ungku Aziz 'Sound Direct'


Di Mesir, antara insan yang memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara adalah saya.

Ketika mendengar wawancara bersama Profesor Diraja Ungku Aziz di TV3 berkenaan isu bahasa dan pendidikan, saya ketawa terkekeh-kekeh. Dalam hati terasa bahawa si perantara seperti terkena smatch pukulan tajam daripada bekas Ketua Pengarah DBP ini. Apabila perantara bertanyakan profesor berkenaan kemajuan Multimedia Supercorridor wajar setanding dengan kemajuan bahasa, dan bahasa yang dimaksudkan adalah bahasa Inggeris, dengan selamba Pak Ungku pun berkata;

"Multimedia Supercorridor tu, sesuai ditubuhkan jika kita nak jalan atas koridor, tapi kalau kita nak berjalan atas bahasa, kita mesti belajar bahasa."

Fenomena yang amat besar pada hari ini adalah berkaitan pengajaran Sains dan Matematik di sekolah dalam bahasa Inggeris. Pemimpin negara terlalu sibuk memperjuangkan pengajaran matapelajaran tersebut di dalam bahasa Inggeris, tetapi tidak ketahuan bahawa pelajar-pelajar di sekolah bandar pun masih terkial-kial lagi untuk memahaminya.

Buktinya, saya sendiri yang pernah mengajar pelajar bandar pun masih lagi terpaksa menerima hakikat pelajar bandar terlalu dungu untuk belajar bahasa Inggeris. Di manakah kepentingan bahasa Inggeris?

Saya yang dah dewasa ini pun dapat mengatakan bahawa belajar bahasa adalah dengan seni pertuturan dan bukan belajar bahasa dengan kaedah. Hasilnya berapa ramai yang belajar nahu (kaedah tatabahasa) bahasa Inggeris dari kecil sampai besar tetapi langsung nak sebut perkataan bahasa Inggeris terlalu lemah. Yang mereka tahu I love you, you love me. Kalau tidak percaya, lakukanlah pembelajaran itu dulu. Saya tahu kerana saya mempelajari satu lagi bahasa iaitu bahasa Arab.

Malaysia adalah negara Melayu. Justeru, mengapa mereka tidak mahu memartabatkan bahasa mereka sendiri. Sibuk mahu belajar bahasa penjajah. Kenapa tidak diwajibkan belajar bahasa Arab kerana bahasa Arab itu bahasa al-Quran dan bahasa Inggeris itu adalah bahasa ego.

1 comment:

dark said...

salam...tunttutlah ilmu hingga ke negeri china...maksudnya...walau sejauh mana pun kita terpaksa pergi,kita mesti pergi atas kewajipan utk menuntut ilmu.bahasa inggeris bahasa penjajah?bahasa ego?salah sama sekali pendapat anda tu...kalau bahasa tu boleh mendatankan kebaikan dan menambahkan ilmu pengetahuan kita...bknkah wajib utk kita mempelajarinya?bukakan minda...luaskan pandangan seluas lautan terbentang.mentang2lah kita pernah dijajah oleh bangsa yg menggunakan bhsa inggeris ni...x semestinya kita perlu jadi spt jepun yg hanya tahu berbahasa ibunda mereka shja...bahasa arab mmg bhsa alquran...& mmg kita perlu mempelajarinya sama seperti bhsa inggeris...tidak dinafikan semua tu...tp tindakan saudara dgn pendapat saudara berkata sedemikian rasanya tidak berapa sesuai...