Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Wednesday, January 31, 2007

Muktamar Sanawi PMRAM Kali Ke-74


Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

Tarikh : 24, 25, 26 Februari 2007
Tempat : Dewan Haflah Kubra, Hayyu Sadis, Universiti Al-Azhar, Kaherah
Masa : 11.30 pagi hingga 10.oo malam

Acara Menarik :
KONSERT AMAL SIMFONI ISLAM
26 Februari 2007
Bersama :
Bazli (UNIC) , AL-WADI, PMRAM, Bekas Anggota Kumpulan Zulfan

Tuesday, January 30, 2007

FOKUS SPM - Februari 2007

FOKUS SPM, FEBRUARI 2007

Menjejaki perjalanan yang amat jauh dari Malaysia ke Mesir merupakan suatu pengalaman yang bersejarah buat diri penulis. Kehidupan yang penuh dengan pancaroba menjadikan diri penulis terus berdikari demi memastikan kejayaan yang cemerlang sama ada di dalam bidang akademik ataupun kemasyarakatan.

Justeru, sebagai insan yang mempunyai sedikit pengalaman di bumi Mesir selepas memperoleh Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2003, ianya diterjemahkan di dalam bentuk penulisan yang akan disiarkan di dalam Fokus SPM, Februari 2007.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan perkara tersebut, saudara/saudari boleh dapatkannya hanya di Malajah Fokus SPM, Februari 2007.

p/s : Kalian yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan kertas kerja berkaitan Hala Tuju Selepas STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) dengan lebih dekat, sila hubungi saya di nur_azhari@yahoo.com

Wassalam

Sunday, January 28, 2007

Happy Birthday My Mum's

Selamat Hari Lahir Buat Mama yang ke-43

Maksudnya :

"Ya Allah! Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku, rahmatilah keduanya sebagaimana mereka telah memeliharaku di masa kecilku. Ya Allah! Ampunilah sekalian orang Muslimin dan Muslimat, begitu juga sekalian orang mukminin dan mukminat, berilah kami (waktu berada) di dunia ini kebaikan (kesenangan), ketika di akhirat juga kebaikan (kesenangan) dan peliharalah kami dari azab neraka."

Sunday, January 21, 2007

Awasi Diri Apabila MemBlogger

Sekadar Hiasan... Comelnye dia nie...

Kesian…sedih…malang

Itulah nasib yang menimpa Saudara Ahirudin Attan (Rocky’s Bru) dan Saudara Jeff Ooi melalui laman blognya. Mereka berdua di saman. Dengar khabar, mereka telah mengkritik dan memfitnah beberapa orang penting Akhbar News Straits Times. Walaupun demikian, nyawa sebagai seorang wartawan dan penulis adalah seperti di hujung bilah mata pisau.

Dunia bergerak begitu pantas. Daripada penulisan melalui sehelai kertas sehinggalah penulisan hanya di hujung jari melalui kekunci komputer menjadikan seseorang akan gubra sebentar. Mengapa?

Hal demikian terjadi apabila maklumat yang disampaikan seolah-olah tidak dapat diterima dengan hati yang terbuka. Namun, saya tidak menyalahkan mana-mana pihak. Sebagai seorang wartawan, perkara-perkara yang melibatkan soal peribadi mahupun berita-berita palsu hendaklah dielakkan.

Jika seorang pemblogger pun mudah-mudah disaman, bagaimana ingin mencurahkan kebenaran melalui mata pena? Kesian.

Pernah suatu ketika dahulu, sebuah akhbar tempatan Bahasa Melayu disaman atas alasan memfitnah di dalam penulisan mereka. Itulah kisah. Bukan mudah sebenarnya mahu mudah. Tiba-tiba saya terfikir, jika penulisan yang ditulis (dalam erti kata memfitnah kes) merupakan suatu kesalahan, jadi jika menulis isu-isu wahabi tak pernah kena saman pun?

Mungkin boleh dikatakan itu bukan perkara yang salah. Tidak mengapa. Itu jawapan kita. Ada hujah lain?

p/s : Adil maksudnya meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contoh : Saya meletakkan songkok di atas lutut. Adil kah saya?

Wednesday, January 17, 2007

Mengapa perlu menolak tajdid? (Siri Pertama)

Oleh: Syafiq bin Zulakifli

Bermula November 2006, Majalah I terbitan Kumpulan Karangkaf cuba merungkai beberapa persoalan terhadap Gelombang Tajdid Pemikiran Agama serta beberapa kaitan ilmiah terhadap Konsep Tajdid Feqh, wajarkah dijalankan di Malaysia? Inilah beberapa persoalan yang sedang bermain diminda lantas memaksa saya menetapkan pendirian terhadap isu ini.

Selepas membaca laman web blog sahabat Ishaq Hanis, seorang ahli pemikir Mesir yang saya kagumi akan kehebatannya sehingga hari ini lantas menjadikan beliau sebagai idola untuk mencipta mesej bualan. Namun, hasil dari pengalaman berhadapan serta duduk menjadi pemikir bersama beliau, saya yakin beliau antara insan yang sedang mencari identiti bagi menggarap sebuah kejayaan hasil daripada pemikiran beliau sendiri. Kesan daripada itu, secara peribadi saya berpendapat sebab itulah laman beliau berjudul “Mencerna Pemikiran”. Cukup. Saya bukan hendak berhujah tentang diri beliau.

Bincang Petang

Saya pernah berbincang dengan beberapa orang sahabat berkaitan masalah tajdid ini. Ada yang berpandangan bahawa mentajdid seolah-olah cuba mengubah beberapa siri pemahaman pemikiran ke atas insan- insan jahil serta membentuk satu pemahaman baru di dalam masyarakat hari ini.

Mari kita cuba berbincang sebentar hasil daripada pendapat yang diutarakan oleh Saudara Hafiz Firdaus Abdullah, seorang juruterbang yang menulis buku-buku agama. Beliau mengatakan, beberapa perubahan yang perlu dilakukan oleh masyarakat pada hari ini adalah seperti berikut:-

Pertama, berubah daripada hafalan kepada kefahaman. Kedua, berubah dari membaca sejarah yang lampau kepada mencatat sejarah yang baru. Ketiga, berubah daripada istilah “mereka” kepada “kita”. Keempat, berubah dari “saya sibuk kepada “saya sibuk untuk Islam”. Kelima, berubah dari isu lokal kepada isu global. Keenam, berubah daripada teori kepada praktikal. (Petikan daripada Majalah I, Keluaran November 2006, muka surat 19-22)

Menghasilkan sesuatu yang belum terhasil bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, jika ia belum lagi diusahakan sesuatu itu tidak akan berjaya. Saya memberikan sepenuh kepercayaan kepada saudara/ri bagi mengenalpasti yang mana satu hak dan mana pula yang batil. Doa-doa mohon daripada Allah, moga kita ada wasilah yang benar. Jalan kita benar lantas akidah yang satu itu benar. Sekian.

(Sambung siri kedua di dalam mengupas perlukah tajdid fiqh di Malaysia?)

Wednesday, January 10, 2007

Kenangan Itu Indah

Gambar Ketika Majis Konvokesyen dan Anugerah Mahasiswa Cemerlang PMRAM 2005.

Peperiksaan sudah bermula. Hari ini adalah tarikhnya. Hari ini juga hari lahir Asyraf Johari. Selamat Ulang Tahun ke-23 buat beliau. Kejayaan yang lalu, memberi semangat untuk saya terus mengukir kejayaan pada masa-masa yang akan datang. Rezeki itu Allah yang tentukan. Moga Allah membantu dalam imtihan ini.

Maaf!!! Tidak boleh lama...Ada madah lagi...

Wednesday, January 03, 2007

Andai Kita Punya Nafsu Sama


Apabila anda tidak ke luar negara khususnya Mesir, anda pasti tidak akan dapat merasai kenikmatan dan kehidupan yang saya alami ketika ini. Badan sengal-sengal dan urat kejang disebabkan udara sejuk di luar sana. Suhu yang hampir mencecah kepada 5 darjah celcius ini memaksa saya untuk memakai pakaian yang dapat melindungi diri daripada bahang kesejukan.

Namun, itu bukanlah cerita yang ingin saya pamerkan untuk kalian. Bukan pula cerita atau cereka tentang imtihan (peperiksaan) yang akan bermula tidak lama lagi. Namun, ada gelak tawa yang masih saya tidak dapat ukir sehingga pada hari ini. Ada sesuatu yang tersembunyi yang perlu saya jelaskan.

Tahukah kalian tentang semua itu? Mungkin ada beberapa orang yang akan mengerti lantas bertindak melakukan sesuatu agar sesuatu yang ingin saya kecapi akan dikecapi juga bersama.

Saya ingin kita semua berfikir panjang. Saya yakin andai kita punya nafsu yang sama pasti, apa yang saya rasa akan kalian juga merasainya. Tapi bila?

Jika bukan hari ini mungkin esok. Jika bukan esok mungkin lusa. Tapi jika bukan lusa saya yakin ia akan dapat dirasai selepas setahun. Mengapa terlalu lama untuk mendapatkannya?

Niat hati saya ingin membantu. Tapi tidak terdaya. Saya hanya mampu berada bersama kalian. Menyaksikan angan-angan saya dan kalian semua menjadi realiti. Entahlah.

Soalan : Apakah impian saya itu?

(jika ada yang dapat meneka dengan tepat, hadiah dan ganjaran menanti anda!!)