Langkau ke kandungan utama

Akhbar Hari Ini

Abdullah: Budayakan sikap suka menulis pengalaman

Oleh HATA WAHARI

KUALA LUMPUR 15 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta para pegawai kerajaan yang telah lama berkhidmat supaya membudayakan sikap suka menulis dan menghasilkan buku mengenai pengalaman diri untuk tatapan generasi muda.


Perdana Menteri berkata, pengalaman dan pengetahuan pegawai tersebut perlu dibukukan untuk rujukan agar generasi akan datang mengetahui bagaimana negara ini dibangunkan.


‘‘Pegawai-pegawai yang terlibat dalam pembangunan di luar bandar perlu mengambil inisiatif untuk menulis buku mengenai pengalaman mereka membangunkan ekonomi luar bandar dan pelbagai lagi pembangunan sosial lain.


‘‘Sekiranya pengalaman dan pengetahuan itu tidak dibukukan, ia kelak hilang begitu sahaja dan generasi muda tidak akan mengetahui bagaimana keadaan negara pada masa itu,’’ katanya.


Abdullah berkata demikian ketika berucap melancarkan koleksi puisi Merenung Jendela Hidup karya Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini.


Turut hadir ialah isteri beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah, Syed Hamid, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaaffar dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Abdullah.


Koleksi puisi karya Syed Hamid setebal 185 muka surat itu merakamkan cetusan pengalaman, kenangan dan renungan beliau sepanjang perjalanannya ke serata dunia yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan seperti jati diri, patriotisme, keadilan, isu kemanusiaan dan antarabangsa.


Menurut Abdullah, para pegawai kerajaan perlu mencontohi Syed Hamid yang sempat meluangkan masa untuk mencatatkan pengalamannya dalam bentuk puisi.


‘‘Saya mengetahui Syed Hamid menulis puisi apabila ternampak beliau menulis sesuatu di dalam kapal terbang semasa dalam perjalanan untuk lawatan rasmi.


‘‘Saya menyatakan baguslah dan berharap ia dapat dibukukan untuk tatapan generasi muda mengenai pengalaman beliau,’’ katanya.


Sehubungan itu, katanya, ia perlu menjadi budaya kepada semua orang untuk mencatatkan pengalaman masing-masing agar ia nanti menjadi khazanah negara.


Abdullah juga meminta generasi muda menghargai khazanah negara, budaya dan seni bangsa bagi mengelakkan ia hilang selama-lamanya.


Tambah beliau, pada zaman moden ini yang menumpukan kepada sains dan teknologi maklumat, generasi muda semakin kurang menghargai budaya dan seni yang diwarisi turun-temurun.


‘‘Generasi sekarang lebih tertumpu kepada kemajuan material, fizikal, prasarana serta kurang menghayati budaya dan seni bangsa.


‘‘Kalau budaya bangsa ini dibenarkan dibawa arus kemajuan, ia akan hanyut dan terus hilang serta satu hari nanti budaya negara ini akan hilang,’’ katanya.


Tegasnya, khazanah negara, seni dan budaya ini amat penting kepada kerajaan kerana melibatkan usaha pembangunan modal insan yang antaranya memperkasakan diri individu dengan nilai-nilai murni.


Akhbar Utusan Melayu Mingguan, Ahad 16 Disember 2007

Gambar : Ihsan Ishaq Hanis Camera Production


Ulasan

Ibnu Ali berkata…
Nama saya Abdullah Hj Ahmad Badawi.

Saya sekarang merupakan Perdana Menteri Malaysia, selepas Tun Dr Mahathir.

Saya mulakan era pemerintahan dengan pelbagai istilah2 baru. Antaranya ialah "kerjalah bersama sama, bukan untuk saya".

Islam Hadhari adalah manhaj baru, dalam sosio pemerintahan saya. Tetapi tak banyak perubahan yang saya lakukan. Hanya menubuhkan JQaf sahaja.

ISA (akta keselamatan dalam negeri)masih saya gunakan. Walaupun melanggar hak asasi manusia dan undang-undang Islam. Tapi rasanya islam Hadhari Tak Kot.. huhu

Sejak kebelakangan pemerintahan saya. Berlaku sedikit perubahan Alhamdulillah. Para peguam2 di Malaysia mula marah. Peniaga Marah. Cina, India dan tentunya bangsa saya sendiri marah.

Penduduk kampung berembang, Selangor tentu ingat apa yang saya lakukan pada mereka.

Lepastu, banyak pulak demonstrasi sana-sini. Ramai rupanya yang tak puas hati. Saya tak sabar dengan sikap mereka. Hmmm, apa yang mereka marahkan sebenarnya? Tak boleh jadi.

Maka, sejak mula saya memerintah ni, akhirnya saya guna juga ISA. Sapa marah saya, saya humban ke ISA! Hahaha "saya pantang dicabar".

Ada lagi. Sebelum ini saya berjaya menaikkan harga minyak. Habis semua marah demo sana sini. Tapi takpe, polis ada. Saya juga Menteri Dalam Negeri. Polis bawah saya. Suruh jer diorang pukul yang sibuk demo sana sini.

Hmm.. ini sahaja catatan saya masa ini. Mungkin hari-hari lain saya sambung.

Ikhlas dari,

Abdullah Hj Ahmad Badawi
PM Malaysia.

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)