UTUSAN MALAYSIA Tajuk : Sulaiman asah bakat kepimpinan dalam Persada Hidup sentiasa berpandu kepada al-Quran dan al-sunah. Selain itu juga hidup perlulah sentiasa bersemangat, ceria dan sentiasa melakukan yang terbaik setiap masa. Itulah mandat yang diperjuangkan oleh Pengerusi Persatuan Ijazah Sarjana Muda (Persada), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Md. Sulaiman Muhammed. Katanya, sebagai peneraju kepimpinan Persada, adalah menjadi tanggungjawabnya memastikan kebajikan para mahasiswa sarjana muda di KUIS tidak diabaikan. “Persada adalah persatuan yang turut berperanan dalam mengasah bakat kepimpinan mahasiswa dalam menerajui aktiviti-aktiviti persatuan dan kebajikan,” jelasnya. Buat masa kini, Persada menaungi empat kursus peringkat ijazah yang ditawarkan di KUIS iaitu Sarjana Muda Syariah, Teknologi Maklumat (IT), Pentadbiran Perniagaan dan Teknologi Rangkaian. Ditanya mengenai isu belia dan generasi hari ini, Md. Suleiman berkata, generasi wawasan negara perl...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran