Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2006

Bila Jadi Malas

Bila badan jadi malas Semua kerja tak buat Bila badan jadi malas Kuliah pun tak pergi Bila badan jadi malas Telefon sampai lupa nak top-up Bila badan jadi malas Kitab kuliah lupa nak baca Bila badan jadi malas Masa terbuang begitu saja Bila badan jadi malas Inilah dugaan dan cabaran Tapi Bila badan jadi malas Tiap-tiap hari mula membebel berpanjangan Peperiksaan hampir tiba Kuliah hampir berakhir Syafawi bakal menjelma Jadi usah amalkan Badan jadi malas

Selepas Anugerah Itu Diberi

Saya tidak pasti betapa komitednya saya terhadap PMRAM sebelum ini. Saya juga tidak pasti, punca bermula dari mana menyebabkan saya berada sehingga ke tahap ini. Selepas menjawat jawatan sebagai Badan Pengurus PMRAM, kehidupan saya benar-benar berubah. Mungkin sahabat- sahabat saya di bait amat terasa dan mengetahui perubahan ini. Namun, inilah yang dinamakan dengan takdir dan tanggungjawab yang perlu saya pikul. Saya tidak pernah menyesal walaupun hampir futur pada permulaan pentadbiran. Seminggu pertama amat mencabar. Bermula dengan jaulah exco Johor ke Mansurah dan beberapa mesyuarat penting di Markaz HEWI PMRAM, saya ditimpa sakit yang berpanjangan dan memaksa untuk ke Hospital Rabiatul Adawiyah. Biarpun pada mulanya saya tidak mahu ke sana, namun atas kehendak melampau peribadi saya terpaksa juga membawa diri ke hospital tersebut. Biarpun tugas semakin bertambah dan pelbagai bebanan semakin berat namun inilah kekuatan yang saya ada untuik membantu agama, berjuang di landasan yan

Persidangan Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad

Saya menghadiri satu Persidangan Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohammad di Dewan Malaysia Abbasiah Kahera. Program anjuran bersama Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dan Jabatan Pengajian Malaysia (DMS), Universiti Kaherah merupakan program gilang-gemilang yang julung-julung kali diadakan di Kaherah, Mesir. Program ini dicetuskan atas dasar mengenang jasa dan keperibadian Tun yang boleh dianggap sebagai role- model di dalam jiwa setiap anak bangsa Melayu di Negara Malaysia. Biarpun program yang dijadualkan agak lewat dan tidak menepati masa yang ditetapkan. Program ini membuka minda kepada hampir 150 orang peserta yang hadir di dalam persidangan tersebut. Sesungguhnya komitmen dan kebersamaan pihak kedutaan dan pelajar merupakan jalan utama membentuk nilai-nilai positif di dalam keberjayaan mengadakan program sebegini. Berikut, saya tempelkan beberapa pembentangan kertas kerja yang diadakan sepanjang seminar dan persidangan tersebut :- Kertas 1 Political Thoughts of Mahathir Mohamad ( Baha

Baru

Saya gagahkan tangan untuk membuat sesuatu yang baru pada blog ini. Namun, ada yang lebih pelik terhasil. Setelah berpenat lelah mencari idea selama dua hari, inilah hasilnya.

PENDAPAT

Pengamal Ilmu Syariah : Wajib Bekerja Keras Isu berkaitan ilmu perundangan dan kehakiman Islam mencetuskan pelbagai kontroversi. Bermula dari isu Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan masalah status agama serta pindaan Rang Undang – Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, pelbagai penafsiran dan hujah yang dilontarkan khusus kepada institusi kehakiman dan perundangan negara. Rentetan daripada peristiwa dan masalah yang melanda pada hari ini, pendidikan ilmu syariah yang dikuasai oleh sesetengah daripada penuntut dan pengamal ilmu ini wajar dimantapkan. Kewujudan Fakulti Syariah dan Undang – Undang yang telah lama bertapak di setiap universiti tempatan ataupun di luar negara seharusnya dikaji semula. Kita khuatir, sistem pendidikan perundangan yang kurang berkesan menjadikan pengamal ilmu ini akan dipersalahkan dan mutu Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) akan terjejas. Kementerian Pengajian Tinggi seharusnya memainkan peranan yang serius di dalam me