Langkau ke kandungan utama

Selepas Anugerah Itu Diberi

Saya tidak pasti betapa komitednya saya terhadap PMRAM sebelum ini. Saya juga tidak pasti, punca bermula dari mana menyebabkan saya berada sehingga ke tahap ini. Selepas menjawat jawatan sebagai Badan Pengurus PMRAM, kehidupan saya benar-benar berubah. Mungkin sahabat- sahabat saya di bait amat terasa dan mengetahui perubahan ini. Namun, inilah yang dinamakan dengan takdir dan tanggungjawab yang perlu saya pikul. Saya tidak pernah menyesal walaupun hampir futur pada permulaan pentadbiran.
Seminggu pertama amat mencabar. Bermula dengan jaulah exco Johor ke Mansurah dan beberapa mesyuarat penting di Markaz HEWI PMRAM, saya ditimpa sakit yang berpanjangan dan memaksa untuk ke Hospital Rabiatul Adawiyah. Biarpun pada mulanya saya tidak mahu ke sana, namun atas kehendak melampau peribadi saya terpaksa juga membawa diri ke hospital tersebut.
Biarpun tugas semakin bertambah dan pelbagai bebanan semakin berat namun inilah kekuatan yang saya ada untuik membantu agama, berjuang di landasan yang benar. Saya khuatir, ada lagi golongan masyarakat Islam yang tidak mahu membantu agamanya walau sedikit cuma.
Saya menulis dan melakarkan kehidupan ini ketika saya di Pejabat PMRAM. Mungkin ramai lagi sahabat saya akan menggantikan tempat ini. Biarpun jawatankuasa tadbir sebagai Exco Johor masih saya pimpin, namun doa dan harapan menggunung tinggi untuk saya membantu Islam.
Berjuang Untuk Islam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

Kosa Kata Pada Hari Ini

Sudah lama tidak bersua untuk berkongsi makalah atau bahan berunsur sastera. Justeru, hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa kosa kata baru yang wajar digunakan oleh kita sama ada di dalam penulisan kita seharian atau sebagainya. 1. Adar : bertandang (bertandang, bermalam di rumah orang) Contoh ayat – Aiman dan Akram selalu ber adar ke rumah bapa saudaranya pada hari Ahad. 2. Atip : susun (susun, atur) Contoh ayat – Ustaz Hairul meminta agar semua badan pengurus PMRAM meng atip baju-baju yang berserakan di dalam almari besi itu. 3. Banjar : baris (baris, jajar, deret) Contoh ayat – Izzat, Ifwat dan Izmir berdiri se banjar di dalam perbarisan kawad kaki sempena Hari Sukan di sekolahnya. 4. Enigma : kebingungan (menjadi bingung atau kebingungan) – disebabkan oleh sesuatu hal atau seseorang) Contoh ayat – Pegawai itu berada di dalam situasi enigma setelah diminta untuk berundur daripada tugasnya di dalam masa 24 jam. 5. Suang ...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...