Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Wednesday, March 08, 2006

PENDAPAT

Pengamal Ilmu Syariah : Wajib Bekerja Keras

Isu berkaitan ilmu perundangan dan kehakiman Islam mencetuskan pelbagai kontroversi. Bermula dari isu Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan masalah status agama serta pindaan Rang Undang – Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, pelbagai penafsiran dan hujah yang dilontarkan khusus kepada institusi kehakiman dan perundangan negara.

Rentetan daripada peristiwa dan masalah yang melanda pada hari ini, pendidikan ilmu syariah yang dikuasai oleh sesetengah daripada penuntut dan pengamal ilmu ini wajar dimantapkan. Kewujudan Fakulti Syariah dan Undang – Undang yang telah lama bertapak di setiap universiti tempatan ataupun di luar negara seharusnya dikaji semula. Kita khuatir, sistem pendidikan perundangan yang kurang berkesan menjadikan pengamal ilmu ini akan dipersalahkan dan mutu Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) akan terjejas.

Kementerian Pengajian Tinggi seharusnya memainkan peranan yang serius di dalam melahirkan generasi baru yang bakal menunjangi tonggak pentadbiran perundangan pada masa akan datang. Penyelarasan terhadap sistem pendidikan disamping latihan yang profesional wajar diambil kira.
Selain itu, kerajaan perlu meyakinkan rakyat Malaysia bahawa negara mampu untuk melahirkan generasi intelek yang berwibawa khusus di dalam bidang syariah dan kehakiman.

Kemajuan infrastuktur pendidikan hari ini banyak membantu perkembangan sistem pengajian tinggi agar lebih maju dan berkualiti. Sebagai contoh, pusat pentadbiran mahkamah syariah yang baru didirikan di sebelah Kompleks Islam, Johor menunjukkan latihan berbentuk amali (moot/ mock court) mudah untuk dilaksanakan.

Sesungguhnya, setiap keputusan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa penggubal undang – undang adalah berdasarkan hukum syarak. Justeru, perlaksanaan tersebut bukanlah semata – mata hanya mementingkan kehendak individu tanpa memikirkan hal – hal yang berkaitan dengannya. Firman Allah di dalam Surah Al- An’am ayat 62 ; “Ketahuilah, hanya bagi Allah jualah kuasa menetapkan hukum (pada hari kiamat itu).”

Justeru, kita seharusnya tidak memandang enteng terhadap kuasa dan sistem mahkamah syariah pada hari ini. Dorongan dan semangat yang berterusan harus ditunjukkan agar negara mampu melahirkan golongan profesional yang lebih arif di dalam mentadbir undang – undang pada masa kini.

Oleh :
Syafiq bin Zulakifli,
Fakulti Syariah dan Undang – Undang
Universiti Al- Azhar, Mesir.

No comments: