Program yang padat sepanjang satu minggu memaksa saya meninggalkan komputer riba di rumah serta keperluan internet. Bukan saya ingin menyibukkan diri. Cukuplah sekadar beberapa pengorbanan saya yang mampu diberikan oleh tulang empat kerat ini. Semuanya berjalan dengan selamatnya. Khamis (17 Ogos) Jam 10 pagi telah meninggalkan perkarangan rumah di Johor Bahru dan menaiki kereta sahabat saya Mohd Faiz Esa ke Kg. Serkat, Pontian, Johor. Kenderaan yang dipandu terus meredahi estet pedalaman di kota Bandar Pontian sehingga ke Pejabat Daerah Pontian. Saya telah bertemu dengan Penolong Pegawai Tanah Daerah Pontian, En. Khairul Nizam bin Mat Said untuk menyampaikan sebuah ucapan yang telah saya siapkan atas arahan beliau. Selepas itu, perjalanan bergerak ke Kg. Serkat yang mengambil masa 20 minit dari Bandar Pontian. Kampung Serkat terletak berhampiran Tanjung Piai yang merupakan satu – satunya taman Negara kahzanah kekayaan Allah s.w.t. di muka bumi. Pada sebelah petang, peserta yang tiba di...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran