Langkau ke kandungan utama

Catatan

Buku Baharu

SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2015, saya mempersembahkan tiga buah karya daripada genre yang berbeza. KUMPULAN CERPEN : DOA DARI ARAFAH (menghimpunkan karya-karya saya bernuansa Islam perjalanan saya sepanjang di Mesir, pernah ke Jordan, bumi Gaza, dan Arab Saudi) HARGA : RM 18.00 KUMPULAN PUISI : NUR DI KOTA KAHERAH  (menghimpunkan karya puisi yang bukan sahaja puisi semata-mata tetapi bergerak melalui gambar dan pengalaman. Belajarlah dunia puisi melalui karya ini.) HARGA : RM 12.00 TRAVELOG : ILHAM KEMBARA (menghimpunkan perjalanan kembara saya ke bumi Gaza bersama-sama dengan teman-teman daripada luar negara yang lain. Jamahlah karya ini supaya kalian dapat berjalan dengan lebih jauh) HARGA : RM 20.00 BAYARAN BOLEH DILAKUKAN MELALUI ONLINE. Hantarkan nama, alamat dan no telefon ke Whatapps +60177346946 ONLINE MAYBANK ONLINE CIMB

HALA TUJU SELEPAS STAM 2019

KEPUTUSAN Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah dikeluarkan pada Januari 2020. Alhamdulillah kepada semua yang berjaya mendapat keputusan cemerlang sama ada MUMTAZ, JAYYID JIDDAN, JAYYID, MAQBUL atau sebagainya. Teringat juga saya sewaktu menerima keputusan STAM enam belas tahun yang lalu. Begitulah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Keputusan sudah keluar, pihak ILMAM Malaysia (Likes Ilmam Malaysia) telah memaklumkan bahawa sebarang maklumat untuk ke bumi Mesir bagi lepasan STAM akan dimaklumkan oleh mereka. Insya-Allah, seperti tahun-tahun sebelum ini, pihak kami menghantar mahasiswa ke bumi Mesir dan alhamdulillah semua berjalan dengan sempurna. BAGAIMANA MEMOHON KE MESIR (1) Dapatkan maklumat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia tentang kemasukan ke bumi Mesir. (2) Perkasakan bahasa Arab supaya urusan pendidikan berjalan dengan baik (3) Banyakkan menyelidik segala maklumat berkenaan dengan bumi Mesir dan sekitarnya. (bagi ibu bapa yang amat risau tenta...

2015

POST pertama tahun 2015. Manusia suka buat apa untuk tahun ini? Manusia suka jadi apa untuk tahun ini? Manusia sudah merancang untuk apa pada tahun ini? Menanti apa yang bakal berlaku pada tahun 2015. Selamat tahun baru ini untuk semua. Cahaya Raudhah 24 Januari 2015

Umrah

Sekarang musim orang pergi umrah.  Labaikallah....

Perintah Masuk Bumi Palestin

Oleh Syafiq Zulakifli Perjalanan sirah melalui rancangan Ibrah yang dikongsikan bersama-sama oleh Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman tiba pada saat perjalanan kaum Nabi Musa a.s. diperintahkan untuk masuk ke bumi Palestin. Dalam penghujung perjalanan kisah Nabi Musa a.s. untuk terus berdakwah kepada kaumnya, karenah yang ditunjukkan oleh Bani Israel makin bertambah. Malah dengan segala bentuk helah dan cubaan untuk mempersendakan Nabi Musa a.s. akhirnya Allah Taala masuk campur pada penghujung perjalanan kisah ini. Firman Allah Taala dalam Surah Al-Maidah ayat 12 yang bermaksud, “Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israel (supaya mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya), dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing); dan Allah berfirman (kepada mereka): "Bahawa Aku adalah beserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tun...

Nabi Musa Masuk Istana Firaun

Nabi Musa Masuk Istana Firaun Oleh Syafiq Zulakifli, Penerbit Rancangan Radio IKIMfm Pada kali ini izinkan saya menyorot perkongsian ilmu Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman di dalam rancangan Ibrah yang bersiaran pada hari Isnin pukul 5.15 petang di radio IKIMfm. Seperti minggu- minggu sebelumnya, Ustaz Syaari mengupas perkongsian melalui kisah perjalanan Nabi Musa a.s. di bumi Mesir menghadapi Firaun. Pada siri yang ke-10 ini, perjalanan Nabi Musa a.s dan abangnya Nabi Haron a.s. disingkap melalui perincian yang lebih teliti berdasarkan ayat-ayat Allah di dalam al-Quran ketika diperintahkan Allah untuk menghadap Firaun. Di dalam Surah An-Nazi’at ayat 18 dan 19, Allah berfirman yang maksudnya, “Maka katakanlah (kepada Firaun), “Adakah keinginanmu untuk membersihkan diri (dari kesesatan). Dan engkau akan kupimpin ke jalan Tuhanmu agar engkau takut kepada-Nya?” Perintah Allah s.w.t. agar Nabi Musa a.s menjalankan tanggungjawab menghadap Firaun menjadi perbahasan utama ...

Hadiah Sastera Darul Takzim IX

WAKTU ITU TELAH BERLALU dua anugerah satu masa kenangan lalu lebih bermakna kerana bermula tinta dengan sebatang pena dan papan kekunci yang membawa kejayaan hakiki. dan waktu itu pun berlalu dengan semangat baharu idea baharu gagasan satu. terima kasih si pembeli pena dan perawat jiwa di kala sendu. SYAFIQ ZULAKIFLI Nusajaya 2 Syawal 1435H