DALAM SEJARAH PENULISAN, tentu ada masam dan manisnya. Ini adalah cerpen saya yang PALING HODOH malah dikritik oleh guru saya dengan kritikan yang memang menusuk ke dalam jiwa. Tetapi, kritikan tersebutlah membuatkan saya berdiri waktu ini dan mampu menulis seperti hari ini. Karya ini ditulis pada Julai 2007. LAMBAIAN TERAKHIR Oleh : Syafiq Zulakifli RAMLI anak bongsu. Kakaknya Zainab, baru berumah tangga dua bulan lepas. Sunyi. Itulah yang difikirkan Ramli semenjak ketiadaan Kak Zainab dirumahnya lagi. Sebelum ini, Kak Zainab yang masak, tolong ibu di dapur, mengemas rumah dan bermacam-macam lagi tanggungjawab yang dilaksanakan. Tapi sekarang, bebanan itu Ramli pula yang menanggungnya. Dia pasrah. Kadang-kadang dia fikir jiwanya kosong dan suram. Dulu, Kak Zainablah tempat dia meluahkan segala masalah. Tapi, sekarang Kak Zainab sudah jauh. Dia sudah tinggal dengan suaminya, Amir. Semenjak itulah, Ramli duduk bersendirian di rumah. Ayahnya sudah lama meninggal duni...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran