ENTAH apa yang mendukacitakannya, Dia tidak tahu. Sejak semalam Tok Wan membundarkan penglihatannya ke mercu KLCC. Tinggi agam megah menara yang diasiosasikan sejak pemerintahan Perdana Menteri Malaysia keempat dilihat dengan wajah sugul. Kali ini, Dia nampak benar Tok Wan memerhati dengan wajah pucat dan merah. Ada jawapan yang belum terjawab barangkali, getus Dia dihati. Dia merenung dalam-dalam maksud tersurat tersirat. Mahu menyapa; namun kekhuatiran itu melanda diri sendiri. Jeda. Tidak berani menyuakan sedikit bicara. Dia betah menjenguk daripada kamar peribadi sahaja, “Dulu, kampung ini aman. Tiada suara hangit dan hingar. Orang tahu berbudi dan berbahasa. Sekarang, apa sudah jadi?” Tok Wan tiba-tiba bersuara. Dia mendekati Tok Wan di laman tamu. Kaca televisyen yang tadi merakam lakon Ashraf Muslim, Aaron Aziz dan Liyana Jasmey ditukar tiba-tiba. ”Engkau tengok Yaya, jurukamera TV itu cedera dipukul penyokong yang taksub. Mengapa Yaya? Ini generasi kamu ...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran