Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) akan berlangsung mulai minggu hadapan. Program akan bermula pada hari Jumaat bersamaan 19 Mac 2010.
Seluruh pembaca tegar dan rakyat Malaysia pastinya tidak sabar mahu menyambar buku-buku pilihan mereka.
Untuk pengetahuan, saya diamanahkan sebagai jawatankuasa penyelenggaraan siaraya di dalam booth PTS.
Tahun ini booth PTS akan mendirikan pentas sendiri selain daripada pentas utama di PBAKL. Saya ditugaskan sepanjang 10 hari tersebut untuk menjadi DJ, Pengacara Majlis dan Penghibur sepanjang program berlangsung.
Saya sudah berfikir-fikir watak apa yang saya akan gunakan sepanjang mengendalikan program di tapak pesta nanti. Sama ada watak saya akan jadi Aznil Hj Nawawi, Nabil Ahmad (pengacara Astro Oasis), AC Mizal, Johan atau Zizan, saudara sekalian perlu datang ke PBAKL nanti.
Barangkali mereka yang menghampiri ke booth PTS nanti jangan terperanjat jikalau saya terus menarik saudara sekalian ke atas pentas dan berpencak bersama saya.
Jumpa saya di pentas PTS!

Ulasan
Suara emas PTS akan berkumandang. (Pastikan sistem PA-nya tidak merosakkan kualiti suara tuan....)