Langkau ke kandungan utama

Hujung Minggu Ini


Senandung Puisi Hujung Benua


SERATUS dua puluh peserta dijangka menyertai Senandung Puisi Hujung Benua yang dijadualkan berlangsung di Tanjung Piai Resort, Pontian, pada 6 Mac ini , jam 8.30 malam dan Dialog Sastera dan Bahasa Penulis Johor-Selangor, pada keesokan harinya jam 8.30 pagi.

Ketua Satu Persatuan Penulis Johor (PPJ), Amiruddin Md Ali Hanafiah, berkata program itu diadakan sebagai mengalu-alukan lawatan 40 ahli Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (Kemudi) yang bertujuan mengeratkan hubungan antara penulis tanah air, sekali gus mengembangkan bahasa dan sastera.

“Kami memilih Tanjung Piai yang menjadi penghujung benua Asia untuk memberikan pengalaman baru mereka dan menikmati kehidupan lestari di kawasan taman negara,” katanya pada Sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Amiruddin berkata, Senandung Puisi Hujung Benua anjuran PPJ bersama DBP Wilayah Selatan (DBPWS), mendapat kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor akan turut menampilkan persembahan iringan nyanyian kumpulan ghazal.

“Penulis Johor yang membacakan puisi ialah Asnani Lasiman, Zolkeple Jemadar, Khadijah Sunok dan Yahya Suip, manakala Kemudi pula menampilkan Kazajiza AS, Ahmad Sarju serta Aminhad.

“Bersesuaian dengan matlamat melebarkan apresiasi puisi juga, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng turut membacakan puisi pada malam puisi itu, selain pemimpin pada peringkat tempatan yang lain,” katanya.

Dialog Sastera dan Bahasa Penulis Johor-Selangor pula akan membincangkan hala tuju sastera, bahasa dan budaya yang membabitkan kepentingan dua negeri berkenaan.

“Panel dialog ialah Ketua Dua PPJ, Khairy Halimi dan Setiausaha Satunya, Mohd Rosli Bakir, manakala Kemudi pula diwakili Ketua Duanya, Abu Hassan Ashaari. Orang ramai dialu-alukan hadir,” katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)