Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Saturday, March 06, 2010

Dahsyatnya...Budak Universiti Al-Azhar?

(Gambar hiasan)

Gambar di atas adalah gambar hiasan. Tetapi, jangan pelik bahawa acara yang sama juga sedang rancak berjalan di Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA), Kaherah.

Terbelalak mata saya melihat mahasiswa Universiti Al-Azhar, Mesir sudah mula mengorak langkah ke dunia jahiliyah.

Lewat tahun 1970-an dan awal 1980-an aktiviti ini rancak dijalankan tetapi telah dibanteras. Tetapi pasca 2010 ini, program-program sebegini sudah mula bertapak di ARMA.

Dimana tanggungjawab Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang mengajar mahasiswa pendidikan kita di Universiti Al-Azhar ini?

Astaghfirullah...cukup-cukuplah. Sudah tiada perkara lain yang mahu dilakukan?

(Saya tidak mahu mempamerkan gambar-gambar dan aksi di sini kerana menjatuhkan maruah teman-teman kita.)

Tambahan :
Laporan ini dipanjangkan kepada wartawan akhbar.









7 comments:

Puan Ainon Mohd. said...

Ini berita yang mengecewakan!

akram said...

al_asraf89@yahoo.com.my.......ustaz klu nak dgr pe2 sal arma n kne tau smber yg tol...sy slh stu sorg ahli yg trlbat secara lgsung dgn ustz ckp jahiliyyah 2 ye...ustz n dh mmbrukan nme azhar sndri, ustaz kne tau hal yg sbnar, ktorg kat cni bkn men mzik jailiyyah ye ustaz..kte bncg dlu, ktorg bwk muzik berteraskan Islam..ok..pe2 hal tnye kat sye dlu, k

NaiM said...

wow sape la tu ye agaknye

SYAFIQ ZULAKIFLI said...

Naim,

Saya tidak menyangka saudara sudah berani membalas komentar ini.

Apakah saudara terasa dengan artikel ini?

Saya tidak mahu menemplak si pemain, tetapi yang saya ingin pertikaikan adalah wibawa pengurusan dan pentadbiran.

NaiM said...

Begitu, jadi tuan menjangka saya akan sembunyi tidak bersuara? bukannya terasa, tetapi memang saya diminta utk memainkan lagu yg berunsurkan nasihat atau yg berkenaan ketuhanan yg boleh diterima ijtima' tetapi sebaliknya pd pandangan org lain. Jadi apa saya boleh katakan, dukacitanya kerana tidak diterima masyarakat. Saya sedar! Tidaklah kami terdesak utk memainkan lagu di khalayak ramai!

Lagi satu, saya terus membalas komentar sebaik sahaja saya dapat tahu mengenai artikel ini. itu sahaja, segala kesulitan amat dikesali. Saya akan muhasabah diri, cadangan dialu-alukan dari pihak tuan. terima kasih

SYAFIQ ZULAKIFLI said...

Terima kasih Saudara Naim di atas komentar yang diberikan.

Sedari maklum, saya tidak ingin menemplak si pemain tetapi wibawa pengurusan dan pentadbiran.

Apa juga tafsiran, yang penting mahasiswa Al-Azhar perlu dilabel sebagai seorang mahasiswa Al-Azhar.

SYAFIQ ZULAKIFLI said...

Saudara Akram @ Al-Asraf89 yang berselindung di sebalik kaca.

Apakah saudara mengatakan saya memburukkan nama Al-Azhar ataupun saudara yang terkerisin memikirkan mandiri sebagai seorang mahasiswa Al-Azhar?

Saudara jawab ya di sana kelak...