Langkau ke kandungan utama

Tahniah Buat ASWARA

SAYA memerhatikan dari jauh bagaimana semua IPTA kita bergerak mengajar matapelajaran sastera kepada anak-anak didiknya.

Ada beberapa tanggapan saya terhadap IPTA yang menawarkan pengajian Sastera Melayu di universitinya.

Pertama : Ada di kalangan IPTA, matapelajaran sastera diajar oleh pensyarah yang langsung sebuah buku pun tidak pernah diterbitkan. Mereka hanya pandai mengajar teori.

Kedua : Ada di kalangan IPTA, para pelajarnya hanya belajar teori dan tidak mampu menulis walaupun sebuah cerpen.

Ketiga : Ada di kalangan IPTA, tidak mampu menghasilkan produktiviti sasteranya dengan hasil penerbitan di mana-mana syarikat penerbitan.

Namun, ia jauh berbeza dengan ASWARA, salah satu pusat pembangunan seni. ASWARA adalah akronim kepada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan. Institut ini bukan sahaja melahirkan karyawan mapan tetapi Dekan Fakulti Penulisan akademi ini juga adalah penulis.

Oleh yang demikian, menilai tahap sarjana seseorang itu bukan kerana Dr. diawal namanya tetapi berapa banyak nilai buku kualiti yang dikeluarkannya.

Tambahan :
Maaf jika culaan dan tanggapan saya ini tidak tepat. Barangkali universiti yang lain wujud tetapi tidak sehebat ASWARA.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)