PERCAYALAH bahawa tugas sebagai seorang penceramah bukanlah suatu perkara yang mudah. Di dalam Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia, Puan Ainon Mohd. selaku Pengerusi Kumpulan PTS telah menyampaikan kertas kerjanya yang berjudul 'Trend Kontemporari Pasaran Buku Melayu Dalam Negara dan Strategi Menembusi Pasaran Antarabangsa'.
Semasa membentangkan kertas kerjanya, beliau langsung tidak merujuk kertas kerja yang ditulisnya malah mampu berucap (menyampaikan maklumat berdasarkan tajuk) di dalam jangka waktu dan masa yang diberikan dengan sebaiknya.
Apabila seseorang pembentang membaca kertas kerjanya dari muka ke muka, ia dianggap membaca bukan menyampai. Teknik ini yang tidak digemari oleh sebahagian pendengar.
Selesai sahaja pembentangan beliau, saya menerima respon yang terbaik dari pendengar (peserta) apabila menyatakan beliau adalah seorang 'speaker' yang terbaik. Malah, ada pula peserta yang mengucapkan tahniah kepada saya sedangkan pada waktu itu saya masih belum berkhidmat di PTS Publications Sdn. Bhd.
Berucap di khalayak memerlukan teknik yang betul dan gaya tersendiri. Lagak seorang pemidato wanita seperti ini yang diperlukan oleh masyarakat yang lebih mesra pendengar dan mesra khalayak.
Sebab itu, apabila Kumpulan PTS terus mara maju ke hadapan, orang ramai pasti tidak mustahil mempercayainya kerana PTS dipimpin oleh seorang ketua yang amat 'lincah' orangnya.
Ulasan
maju trus chaon.
Tetapi, saya mempamerkan sikap bahawa kita perlu mencari model untuk dijadikan teladan hidup.
Barangkali ia tampak mudah, tetapi untuk mempraktikkannya amat mencabar. Penyampaian yang terbaik bukan sekadar membaca tetapi penyampaian yang membawa audiens menghayati isi kandungan ucapan.
So, sahutlah cabaran berucap di khayalak ramai!
Nota penting:PTS terbukti UNGGUL kerana pertamanya, pemimpin yang UNGGUL,kedua, stafnya yang cerdik dari segi atitudnya.