Langkau ke kandungan utama

Seorang Mahasiswa Syariah


SAYA pernah menulis sebuah sajak yang berjudul "Ada Apa Dengan Dua Tahun", selepas dua tahun menuntut ilmu di dalam bidang syariah di Universiti Al-Azhar.

Khali. Melihat rakan-rakan maju ke hadapan dengan wacana ilmu syariah yang pelbagai ketika itu saya mencemburuinya seketika.

Lantas fikir saya, apakah benar saya adalah mahasiswa pengajian Islam di dalam bidang Syariah yang mampu mentadbir syariah mengikut lunas-lunas dan kewajipan Islam.

Mengikut perkiraan, saya 'menawarkan' diri memilih pengajian Bahasa Arab sebelum ke Al-Azhar. Namun, mungkin rezeki dan ditakdirkan oleh Allah, saya diangkat menerajui satu sektor ilmu iaitu pengajian syariah.

Hari ini, hampir menamatkan pengajian setelah saya menjawab 47 kertas soalan peperiksaan bagi melengkapkan pengajian bermula tahun 1 sehingga tahun 4.

Namun dari sisi yang lain, apakah sejumlah hampir setengah abad matapelajaran dan kertas soalan itu saya mampu mengulang bicara satu-persatu perbahasannya?

Ya. Barangkali ia hampir gagal dan terkandas. Namun, saya ada pendirian tersendiri. Biarlah kita 'tidak mahir' sedikit daripada 'tidak mahir' langsung.

Di dalam pengajian syariah, disiplin ilmu Ibadah yang merangkumi, bersuci, solat, puasa, zakat dan haji dibahaskan. Kemudian, aspek mualamat Islam, munakahat Islam, jenayah Islam dan hukum hudud dan undang-undang Syariah berdasarkan hukum diperbahaskan. Tidak ketinggalan masalah waris dan pusaka turut menjadi medan pengkajian di Al-Azhar.

Dan, daripada sejumlah topik perbincangan itu, saya benar-benar meminati dua bidang ini. Pertama, ilmu waris dan pusaka yang 'jarang' orang meminati dan menggemarinya.

Kedua, ilmu munakahat yang berbicara soal hukum perkahwinan dan undang-undang keluarga.

Dalam ilmu syariah yang luas itu dan pengajian yang menjangkau pemikiran besar, sebagai hamba yang kerdil saya mengakui kekurangan.

Dan sebab itu, aspek pengajian dan metod pembelajaran yang diperkenalkan oleh ulama Al-Azhar melalui sistem pengajian bertajuk ini bukan menutup peluang mahasiswa mengkaji ilmu sedalam-dalamnya tetapi memberi pencerahan kepada mahasiswa untuk meneruskan pengkajian melalui peluang dan keupayaan individu.

Pengajian Al-Azhar juga memberi peluang kepada mahasiswa mengkaji ilmu melalui sistem terbuka pengajian masjid yang amat digeruni sehingga ke hari ini.

Sebab itu, ramai mahasiswa yang sudah tamat pengajian Ijazah pertama akan membuat Ijazah pertama (kedua) pada masa mendatang. Ini bermakna Ijazah Sarjana Muda akan terbit sebanyak dua kali.

Apakah ia menjadi satu kesalahan? Ilmu itu tidak membataskan kerana dengan ilmu juga kita tidak 'bodoh'.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)