Langkau ke kandungan utama

Menyulam Kasih Bersama Kepimpinan dan Ahli


Bazar Sri Iman 2009

Presiden PMRAM melawat tapak gerai


BEBERAPA hari sibuk pagi-petang-malam. Tidak sempat untuk menghadap komputer. Begitulah rutin harian. Barangkali jauh berbeza dengan musim peperiksaan yang lepas. Pertama, saya mampu untuk memperbaharui artikel dalam blog selalu. Terima kasih kepada pengunjung blog kecil ini.

Saya jarang turun ke Hayyu Asyir untuk ke bazar. Tetapi Bazar Sri Iman memberi pencerahan baharu kepada saya. Terima kasih kepada anak-anak Terengganu yang bertungkus lumus menjayakan program ini bersama-sama Keluarga Penuntut Penuntut Terengganu. Barangkali ini adalah waktu yang terbaik untuk sama-sama kalian berukhuwah sesama rakan senegeri. Tahniah dan syabas.

Apapun, penganjuran program bazar seperti ini memberikan kesan positif kepada sesama ahli PMRAM yang mampu duduk bersama-sama bertukar-tukar pandangan di dalam bazar tersebut.

Percambahan idea. Sesi pembentangan.

Barangkali Presiden PMRAM 2010 sedang mengambil tempat mempengerusikan mesyuarat


(2)
Selama hampir dua hari saya menguruskan program kepimpinan untuk Badan Pengurus dan HEWI PMRAM. Kepimpinan saya kali ini diuji dengan pelbagai modul dan beberapa pendedahan maklumat baharu di dalam memimpin.

Saya amat tertarik dengan semangat berpasukan sesama rakan dalam satu pasukan. Saya pernah mencadangkan kepada Tuan Presiden untuk membawa kepimpinan saya ke Pusat Latihan Kendiri di luar kawasan, tetapi kita sebagai persatuan yang mementingkan kerja daripada hiburan semata-mata memilih jalan untuk berkursus di Kaherah.

Sebagai pengarah dan pengatur acara, mungkin banyak kekurangan sepanjang saya memberikan pendedahan kepada kepimpinan saya. Harap-harap tidak menghampakan mereka. Saya letih memikirkan apalah sumbangan yang mampu diberikan kepada kepimpinan saya bagi memastikan mereka terus bekerja bersama PMRAM.

Banyak kali saya mengingatkan bahawa bekerja dalam PMRAM tidak akan sampai lazat kemanisan jika hanya mentadbir setahun atau dua tahun. Oleh kerana saya sudah mentadbir PMRAM selama tiga tahun, secara peribadi darah dan jiwa saya ralit mengalir bersama-sama PMRAM.

Sebab itu berulang-ulang kali saya menyatakan, saya bermula daripada sifar ketika di Mesir. Teringat lagi tahun 2006 saya seorang yang tidak mampu bercakap di khalayak. Tidak mampu memberikan tenaga pemikiran yang kritis dan kreatif dan bermacam-macam lagi. Selama tiga tahun itulah saya mendidik jiwa saya agar sentiasa berubah sikap ke arah pro-aktif.

Paling penting, kepimpinan saya tidak melupakan bagaimana sejarah Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) yang dirampas kejam oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah satu ketika dahulu. Pejabat PMRAM dipalang pada tahun 1992 dan dihalau secara rasmi pada tahun 1994.

Sebab itu, PMRAM tidak pernah mengiktiraf bangunan ARMA ditukar nama kepada DMAK. Kerana pada kami ARMA adalah sebahagian daripada PMRAM. Jasa-jasa anak-anak PMRAM mengalir di ARMA.

Anjung tingkat satu (kini perpustakaan) adalah hak pejabat PMRAM yang dinafikan kepada PMRAM. Kita ada satu undang-undang yang memastikan tapak itu adalah tapak kita. Dalam Peraturan Asrama 1981 menyatakan bahawa "Anjung bangunan ini hendaklah dijadikan pejabat persekutuan."

Surat tersebut masih lagi berada di tangan kami dan saya masih menyimpan segala dokumen. Barangkali dalam saat 'genting' ini hak PMRAM perlu dikembalikan semula.

Bukankah Tuhan itu Maha Adil?


Tambahan :
Salam Ulang Tahun yang ke-24 untuk Presiden PMRAM pada 29 Jun lalu. Oleh kerana terlalu ripuh dan saya tidak sempat berada di hadapan komputer ucapan ini terpaksa digantungkan.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)