MUKTAMAD. Pelajar ARMA dihalau. Pelajar diberikan pendedahan psikologi yang tinggi oleh Pengarah JPMK. Suatu tindakan bijak!
SATU KEPUTUSAN akan dibuat oleh kepimpinan PMRAM bagi menyelesaikan masalah warga ARMA yang ditindas haknya oleh pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK). Sikap 'pengecut' warga kerja JPMK atas arahan daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia adalah satu bentuk kekesalan yang tidak mampu diterima oleh akal mahasiswa yang waras.
Janji-janji manis yang telah ditaburkan oleh pihak JPMK dalam taklimat pada majlis malam tadi hanya mendatangkan kesan negatif kepada semua warga ARMA. Saya akan mengulas lanjut program yang diadakan di Dewan Besar ARMA malam tadi selepas ini.
Mengapa saya bertindak agresif mempertahankan isu ini?
Untuk pengetahuan, sejarah ARMA adalah di bawah tanggungjawab saya sebelum ini. Walaupun jawatan dan bidang tugas ini diletakkan di bawah Lajnah Perancang dan Panitia PMRAM, saya di antara anggota kepimpinan yang menguruskan sejarah PMRAM dan ARMA. Oleh yang demikian, faktor-faktor bangunan itu mula-mula diperoleh daripada kerajaan Mesir masih mengalir deras di dalam jiwa saya.
Barangkali kalian yang hanya duduk di luar dan mungkin kalian yang hanya tinggal di ARMA tanpa mengetahui susur galur perjuangan mendapatkan bangunan tersebut tidak merasai gelora jiwa saya yang intim dengan bangunan ini.
Saya akan mempertahankan hak mahasiswa di dalam bangunan tersebut selagi termampu.
Tambahan :
Kita memohon menghadap Perdana Menteri Malaysia yang akan berkunjung ke Mesir pada bulan Julai ini.
Ulasan