Langkau ke kandungan utama

Amanat Obama Dinantikan Oleh Umat Islam


DEBARAN sedang bertiup kencang. Tatkala Muktamar Tahunan PAS ke-55 berlangsung di negeri Selangor, Barrack Obama yang dijadual akan berucap di Universiti Kaherah, Mesir pada hari Khamis ini.

Apakah kekuatan negara Mesir sehingga Obama 'berani' berkunjung ke sini. Dikhabarkan juga banyak jalan-jalan ditutup dan wakil FBI dan CIA seramai 3,000 orang sudah bersiap sedia menjadi pengawal utama sepanjang program yang dijadual berlangsung 4 Jun ini.

Apapun, umat Islam seluruh dunia menantikan kalam sulung di Kaherah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang telah memenangi kerusi presiden beberapa bulan lalu mengalahkan Hillary.

Biarpun debaran demi debaran bakal bertamu, namun adakah Obama akan memeranjatkan dunia Islam 4 Jun ini? Semuanya bakal terjawab nanti.

Tambahan :

Kebanyakan universiti tidak beroperasi pada hari Khamis ini. Justeru, sebagai calon yang akan menduduki peperiksaan pada hari Khamis ini, adalah Universiti Al-Azhar akan bercuti juga? Sehingga artikel ini ditulis, tiada tanda menunjukkan peperiksaan pada hari Khamis ini dibatalkan walaupun di Universiti Ain Shams sudah menangguhkannya.

Jalan-jalan ditutup. Warga asing termasuk pelajar yang menuntut di Kaherah Mesir digalakkan untuk tidur seharian di rumah dan tidak keluar. Ini berikutan kawalan ketat akan dilakukan sempena kedatangan Obama dan program yang bakal berlangsung.

Usah memberanikan diri menghampiri Universiti Kaherah.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)