Langkau ke kandungan utama

Perbahasan Feqah Kontemporari


SALAH satu daripada madah (matapelajaran) yang diajar di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Jabatan Syariah Islamiah adalah Feqah Kontemporari atau Feqah Semasa.

Subjek ini membahaskan masalah hukum Islam yang baharu dan dibincangkan oleh ulama-ulama Al-Azhar. Dalam masa yang sama, perbincangan ini juga mengambil kajian yang mendalam terhadap resolusi Muzakarah Fatwa Sedunia yang pernah dibincangkan sebelum ini.

Subjek ini adalah matapelajaran teras kepada mahasiswa Al-Azhar khusus di Fakulti Syariah. Mulai tahun ini, subjek ini telah diperkenalkan di Fakulti Usuluddin. Ini bermakna mahasiswa dalam jurusan Usuluddin juga harus mengetahui Feqah Semasa.

Semenjak tahun pertama, ramai teman-teman amat menggeruni subjek ini. Dan, purata mahasiswa kita yang kandas dalam subjek ini juga ramai. Ini disebabkan pemahaman yang perlu diteliti dengan sedalam-dalamnya oleh calon yang akan menghadapi peperiksaan ini.

Calon tidak akan faham tanpa merujuki guru. Matapelajaran ini memerlukan penguasaan minda dan perencanaan akal yang laju disamping konsep dan metod Al-Azhar yang masih mengekalkan 'faham' dan 'hafaz' perlu diterapkan dalam subjek ini.

Mulai tahun pertama; subjek yang dibincangkan adalah berkenaan isu-isu perubatan menurut perspektif Islam. Ini termasuklah Hukum Pemindahan Rahim (Sewa Rahim), Hukum Pembedahan Plastik, Hukum Bayi Tabung Uji, dan Pengklonan. Manakala Hukum Menggugurkan Kandungan diajar semasa di tahun tiga.

Tahun dua sehingga tahun empat, mahasiswa akan dihidangkan dengan perihal perdagangan ekonomi. Ini termasuklah perbincangan Hukum Simpanan Wang Dalam Bank, Hukum Kad Kredit, Hukum Pertukaran Wang, dan bermacam-macam lagi.

Untuk tahun keempat ini, ada perkara yang menjadi trauma di kalangan calon. Tajuk yang diperbincangkan adalah Saham Menurut Perspektif Islam. Ramai mengeluh kerana tidak pernah menghadapi situasi saham yang sebenar. Jangan kata nak main saham, duit nak beli saham pun tak ada.

Masjid Al-Azhar, pusat pendidikan terawal di Mesir


Sejujurnya banyak perkara 'teori' tanpa praktikal adalah sesuatu yang merumitkan. Tetapi pada saya, sekurang-kurangnya kita memahami dasar ekonomi Islam yang sebenar.

Ramai keciciran dalam bab ekonomi Islam. Saya mencadangkan ramai mahasiswa kita akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada bab ini. Kita percaya bahawa metod pembelajaran di Universiti Al-Azhar adalah yang terulung di dunia. Sebab itu kita yakin bahawa Al-Azhar tidak membuat sesuatu yang hanya sia-sia.

Tambahan:

1. Selain itu, Feqh Semasa tahun akhir ini juga mengajar Sistem Demokrasi Menurut Islam dan Sistem Pilihanraya Menurut Islam telah diajar semasa di tahun dua.

2. Tahniah kepada Ustaz Mohamad Hud Salleh Huddin yang sekarang bertugas di Bank Negara Malaysia. Ustaz Hud adalah mantan Naib Presiden I PMRAM sesi 2007.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)