Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Tuesday, May 05, 2009

Peperiksaan Lisan Quran Yang Menggerunkan

Alhamdulillah. Hari ini bermulanya peperiksaan ujian lisan (syafawi) Al-Quran. Ada beberapa coretan yang ingin saya sampaikan.

Ada beberapa adegan yang terpaksa kita tempuhi bagi menghadapi peperiksaan ini. Pertama, usah gelabah. Ini bermakna kita seharusnya tenang di dalam menghadapi situasi berhadapan dengan Doktor yang akan menyoal kita.

Lima minit sebelum masuk ke dalam bilik peperiksaan, tiba-tiba saya jadi panik. Ayat-ayat Al-Quran yang dihafaz seolah-olah masih belum hafaz lagi. Cuak. Tetapi, apabila kita rehatkan minda, tiba-tiba kesengsaraan dan gelabah tadi akan hilang sedikit demi sedikit.

Ini al-Quran. Bukan buku cerita biasa. Malah, merupakan satu daripada mukjizat Nabi Muhammad SAW. Betapa benar, jikalau Allah nak tutup mata kita daripada mengingati kalam Allah ini, sekelip mata sahaja Allah mampu laksanakan.

Pernah kawan-kawan bercerita yang dia 'hilang hafazan' selepas berhadapan dengan Doktor yang akan menyoal. Ini situasi biasa. Pada saya, waktu ini Allah uji sejauhmana kita bersama ayat-ayat Allah. Adakah ayat yang kita baca, kita hayati dan kita tadaburkan dengan sebaiknya.

Alhamdulillah. Ujian lisan kali ini saya ditanya dengan empat buah soalan. Soalan pertama daripada Juzuk 1, soalan kedua daripada Juzuk 2 dan soalan ketiga dan keempat daripada Juzuk 3.

Kronologi ayat yang ditanya :

Soalan Pertama :

Baca bermula daripada ayat...


Selepas soalan ini, Doktor bertanya rakan sebelah saya. Saya pun tidak kenal, pelajar ini. Apabila Doktor bertanyakan, daripada negara mana, beliau berkata dari Indonesia. Oh! Patutlah saya tak kenal.

Doktor bertanyakan beliau tentang makna 'Diyat' (dalam bab Feqh Perbandingan). Pelajar itu pun menjawab bla....bla...bla..

Soalan kedua...

Soalan ketiga...

Soalan yang paling menggerunkan. Kalau anda buka Al-Quran, ini adalah ayat yang paling panjang dalam Al-Quran. Muka surat 48. Mana ada tanda wakaf sehinggalah hujung ayat. Hendak menghafaz pun...boleh pitam. Untung Doktor suruh saya membaca lebih kurang 3-4 baris. Kalau tak, naik semput nafas!


Sebelum masuk soalan terakhir, Doktor berbual-bual dengan saya dan pelajar Indonesia tadi. Dia tanya, lepas habis Al-Azhar, nak balik negara masing-masing ke? Tak nak sambung M.A.?

Dan...soalan terakhir..

Dalam Al-Quran, Muka surat 59.


Allah bantu saya. Saya nampak keempat-empat buah soalan. Muka surat mana. Duduk kanan atau kiri. Moga-moga Allah bantu juga untuk keputusan dan natijah nanti. Amin.

Sekian, coretan saya.

Peperiksaan ada lagi bang!

2 comments:

Dr. Shahrizal said...

Alhamdulillah...tahniah! Moga ALLAH terus bantu ko...amin!

typeace said...

Terima kasih atas doa kawan-kawan