Langkau ke kandungan utama

MB Perak : Mahkamah Allah Paling Adil

SIAPA yang sepatutnya mengisi jawatan sebagai Menteri Besar Perak sudah menjadi 'drama' paling mahal di dalam negara. Yang pasti, pengkaji sejarah sukar menulis buku sejarah KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) untuk sukatan pelajaran sepuluh atau dua puluh tahun akan datang.

Apa yang lebih utama, keputusan Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Rayuan hanyalah mahkamah dunia. Mahkamah Allah SWT yang Maha Menentukan segalanya.

Dalam Islam, Allah menjelaskan di dalam Surah Al-Maidah ayat 44 maksudnya:

"Barangsiapa yang tidak memerintah dengan apa yang Allah turunkan, mereka adalah orang yang kafir."

Allah SWT jelaskan lagi dalam ayat ke 45,

"Barangsiapa yang tidak memerintah dengan apa yang Allah turunkan, mereka adalah orang yang zalim."

Allah SWT jelaskan lagi dalam ayat ke 47,

"Barangsiapa yang tidak memerintah dengan apa yang Allah turunkan, mereka adalah orang fasiq."

Di dalam uslub bahasa Arab, sekiranya ta'kid (perintah menguatkan) berulang, ini adalah sesuatu perintah yang paling mahal. Mengapa di dalam Surah Al-Maidah ini, Allah SWT letakkan ayat berulang-ulang? Ya! Ini menunjukkan jawatan kepimpinan bukan sesuatu yang mudah.

Biarpun siapa yang memerintah dan menjadi ketua kepada kerajaan negeri Perak, tetapi yang lebih utama adalah pemerintah menjalankan tugas sebagai seorang khalifah Islam.

Tambahan :

1. Di dalam pengajian tahun akhir, matapelajaran feqah membahaskan berkenaan Hukuman Hudud. Ya! Sehingga kini, Malaysia belum melaksanakan hukuman hudud.

2. Rupa-rupanya, melaksanakan perintah hudud bukan sesuatu yang mudah. Ramai yang tidak mahu hukuman hudud, tetapi tahukah kalian bahawa proses menjatuhkan hukuman melalui sistem hudud adalah sesuatu yang amat teliti.

3. Hukum Allah itu Maha Adil. Allah tidak akan turunkan sesuatu hukum dengan mudah dan membebankan hamba-Nya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)