Langkau ke kandungan utama

Henti Sokong PMRAM?


KERATAN akhbar ini terbit di Utusan Malaysia, 30 April 1994. Terlalu lama. Ya. Sungguh terlalu lama.

PMRAM sudah mula dibenci selepas gagal memberi kerjasama di dalam program-program kedutaan dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK). Ya. Ini fakta. Saya tidak membohong. Semenjak tahun 1960, apabila PMRAM memohon daripada kerajaan Malaysia untuk mewujudkan KBMK, wakil-wakil kerajaan ini sudah mula sedikit demi sedikit memandang serong pada PMRAM.

Untuk rekod, PMRAM memohon kerajaan Malaysia agar KBMK diwujudkan supaya urusan visa, pasport dan segala urusan melibatkan kerajaan diuruskan oleh pegawai bergaji yang dipilih oleh kerajaan. Oleh yang demikian, tidak akan timbul masalah bebanan tugas terhadap mahasiswa (kepimpinan PMRAM) pada waktu itu.

Apa yang lebih menarik adalah, semenjak kewujudan KBMK di Mesir pada tahun 1960 lagi, sikap give and take sudah tidak lagi wujud.

Ini bermula apabila proses Perasmian Pembukaan Asrama Rumah Melayu Abbasiah pada tahun 1963 tidak dipersetujui oleh kepimpinan PMRAM kerana pihak KBMK 'tergesa-gesa' ingin membuka rasmi sedangkan bangunan itu masih belum sempurna struktur pentadbirannya.

Setiap tahun, ramai ahli bertanya "Bagaimana hubungan PMRAM dan KBMK?" Jawapan yang diberikan oleh pimpinan adalah kita sentiasa memberi kerjasama yang erat di dalam apa sahaja lapangan kerja yang diminta.

Ya. Saya tidak nafikan semua perkara itu. Malah, PMRAM sanggup turun dan berbincang dalam apa sahaja lapangan kerja yang terbaik demi menjaga hubungan ini. Kita tidak pernah menafikan wujudnya kedutaan dan kita mampu memberikan kerjasama.

Namun daripada satu sisi yang lain, ada pihak-pihak yang masih mengeksploitasi isu bahawa "kita harus berhenti sokong PMRAM" kerana PMRAM tidak berdaftar di bawah kedutaan.

Adakah dengan hanya tidak berdaftar dengan kedutaan, PMRAM seharusnya dicela sebegini rupa. Aduh! Dangkal dan polos kalian berfikir.

PMRAM bukan persatuan mahasiswa Malaysia semata-mata. PMRAM adalah persatuan yang dianggotai oleh mahasiswa asing seperti Indonesia, Singapura, Kemboja, Filipina, dan negara Asean khususnya. PMRAM bukan sebuah persatuan tetapi persekutuan. Dan, ia termaktub di dalam pentadbiran pengurusan Kementerian Kemasyarakatan Mesir.

Oleh kerana negara Mesir adalah negara darurat, dan demi berlindung dengan aman di dalam sebarang aktiviti yang melibatkan mahasiswa, kita harus bernaung dengan kerajaan Mesir.

Tambahan :

1.Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) hari ini lebih menghormati PMRAM kerana mereka bertindak atas dasar 'profesional'.

2.KBMK dan JPMK adalah dua entiti yang berbeza.

3.Ada pihak yang sanggup menjaga 'periuk nasi' lebih daripada segalanya.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)