Prof. Dr Mohamed Hatta Shaharom adalah anak kepada budayawan negeri Johor, Allahyarham Dr. Shaharom Husain. Pada tahun 2007, ketika penyampaian Hadiah Sastera Darul Takzim ke VI, Dr. Shaharom Husain (ketika itu masih hidup) telah dianugerahkan Tokoh Sastera Negeri Johor sekaligus Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa Pustaka Wilayah Selatan telah dinamakan sebagai Pusat Dokumentasi Shaharom Husain.
Sumbangan Allahyarham amat besar di dalam memperkenalkan seni dan budaya dalam masyarakat Johor khasnya. Setahu saya nama beliau pernah dicadangkan sebagai Sasterawan Negara ke-10. Tetapi sehingga hari ini pengumuman itu masih belum lagi dibuat. Dan barangkali peluang untuk Allahyarham mendapat gelaran tersebut terbantut kerana telah meninggal dunia tahun lalu.
Baru-baru ini saya mendapat emel daripada anak beliau (Dr. Hatta Shaharom) yang kini bertugas sebagai seorang pensyarah di Cyberjaya University College of Medical Science. Terima kasih kepada Dr. Hatta yang mengirimkan kertas kerja berkenaan Allahyarham ayah beliau sendiri.
Kandungan emel...
Assalamu'alaikum warahmatullah
Sdr Syafiq Zulakifli,
Saya (sila layari net untuk mengenali saya lebih lanjut) ingin mengucapkan terima kasih jzkk di atas keprihatinan Sdr di dalam meletakkan kisah Almarhum Ayah saya di dalam blog saudara. Mula-mula yang menemuinya adalah isteri saya, Dr Noor Aini Raimi. Kami juga graduan dari Mesir, Univ Kaherah, Kulliyyat ut-Tibb, tahun-tahun 1970-an - 1981.
Teruskan usaha dan minat Sdr sebagai penulis muda. Alahmdulillah saya sendiri telah menulis pelbagai buku bahasa Melayu & Inggeris.
Dilekapkan keertas yang saya sampaikan pada Seminar Pemikiran Shaharom Husain di UPSI, Tg Malim, dua minggu lepas. Wassalam.
Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom (BungHatta)
Ulasan