SAYA tidak bersetuju dengan kenyataan Saudara Faizal Sabhon di dalam artikel terbaharu yang berjudul, “SEBAB PMRAM BERTANDANG KE JPMK”.
Seorang mahasiswa yang diberikan akal yang waras oleh Allah Taala seharusnya bertanya terlebih dahulu kepada PMRAM (sepertimana yang dinyatakan oleh beliau dalam artikelnya sebelum ini)
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”(Surah Al Hujuraat, ayat 6).
Untuk pengetahuan, PMRAM telah berbincang dengan kepimpinan BKAN pada hari Jumaat (17 April 2009) untuk menghantar surat kepada pihak JPMK di atas insiden tersebut. Oleh sebab kedutaan bercuti pada hari Sabtu, pihak kepimpinan telah membuat keputusan untuk mengadakan perjumpaan pada hari Ahad (19 April 2009).
Pada hari Sabtu (18 April 2009), ISMA-MESIR telah mengeluarkan kenyataan rasmi terhadap isu ini. Saya menerima dengan hati yang terbuka di atas kenyataan tersebut.
Oleh yang demikian, saya mencadangkan mana-mana pihak tidak melontarkan pandangan yang hanya boleh memecahbelahkan hati-hati inidividu. Bersikaplah secara profesional. Menulis kerana kesedaran bukan ketamakan dan haloba dalam bertindak.
Istilah “team menang tanpa bertanding” seharusnya tidak dibangkitkan. Saya sudah letih duduk menguruskan “Suruhanjaya Pilihanraya”. Saya mencadangkan agar Saudara Mohd Faizal bin Sabhon dicalonkan sebagai salah seorang kepimpinan mana-mana pihak (BKAN mahupun PMRAM) pada sesi pentadbiran mendatang.
Oleh sebab Saudara Mohd Faizal bin Sabhon adalah ahli PMRAM yang SAH, maka beliau layak dicalonkan sebagai kepimpinan Badan Pengurus PMRAM pada sesi 2010.
Tambahan : Jika saya masih di Mesir, saya akan 'beli borang calon Presiden PMRAM' untuk beliau.

Ulasan