Langkau ke kandungan utama

Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah Basah

Gambar terakhir saya bersama beliau. Moga ukhuwah ini akan berpanjangan

ENTAH mengapa, saya menulis entri kali ini di dalam keadaan masih sayu dan hiba. Walaupun entri ini saya tulis lebih daripada lapan jam pemergian saudara Khusaini Md Yusoff, saya begitu menjadi sebak dan masih mengenang-ngenangkan akan peristiwa yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.

Saudara dan saudari yang dihormati,

Barangkali satu istilah yang sesuai saya gunakan adalah ‘PMRAM kehilangan perwira’. Seorang anak kelahiran Felda Sungai Koyan, Pahang telah kembali ke pangkuan keluarga pada 3 April 2009. Pada saya, tarikh ini amat memberi makna kepada saya dan kepimpinan PMRAM sesi 2008 dan 2009 kerana beberapa peristiwa yang berlaku sama ada di dalam kepimpinan sendiri dan juga kepimpinan negara.


Pintu keramat. Pintu pejabat PMRAM kali terakhir disentuh oleh Saudara Khusaini. Tidak ramai yang akan melangkah pulang menggunakan pintu ini.

Saudara dan saudari yang dihormati,

Khusaini atau panggilan di kalangan Badan Pengurus (Keny) merupakan pimpinan PMRAM pada tahun 2007 dan 2008. Diamanahkan sebagai Ketua Badan Ekonomi PMRAM pada tahun pertama dan Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan pada penggal kali kedua.

Beliau amat terkenal dengan watak ‘bengis’nya mempunyai kelebihan tersendiri di dalam mentadbir. Pada saya, marahnya dan tegasnya adalah satu anugerah dan seni sepanjang kami berkawan bersama-sama sebagai salah satu cinta dan rasa sayangnya pada kami teman-teman di sisi.

Ustaz Khusaini amat komited dengan PMRAM sehinggalah cekal menduduki pentadbiran selepas sesi muktamar pada minggu lalu walaupun telah tamat pengajian pada tahun 2008.

Kenangan sepanjang bersama beliau dua tahun tidak akan saya lupakan. Beliau amat gigih dan tekun meninggalkan DPM Shoubra demi melangsaikan tanggungjawab membela nasib mahasiswa umumnya ketika menjawat kedua-dua jawatan di dalam PMRAM.

Saya amat terasa kehilangannya kerana saya tinggal serumah, saya pernah tidur berdua dengan beliau di pejabat dan pelbagai lagi kenangan yang amat berharga dan tidak akan saya lupakan.

Pada saya, sumbangan yang beliau telah berikan kepada PMRAM amatlah banyak dan berlipat kali ganda.

Ketika saya mengulang siar rakaman beliau ketika menyampaikan ucapan terakhir di dalam kenderaan (bas mini) untuk bertolak pulang daripada pejabat PMRAM ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, hati kecil ini tetap menahan sebak yang berpanjangan. Setiap butir kata yang dilafazkan adalah azimat dan penguat kepada pentadbiran PMRAM pada masa-masa mendatang.

Ustaz Mu’izz Muhammad selaku teraju utama diharap ‘gagah dan kuat’ membawa pentadbiran ke arah kelas pertama walaupun saya yakin dan percaya beliau juga amat terasa dengan kehilangan seorang teman ini.

Kenangan itu mengajar kita erti kasih dan sayang

Buat akhirnya terimalah…

Kau tak pernah merengek
atau berkerut dahi kerana ditaklifkan.

Kau tak pernah ketawa kerana mentadbir PMRAM
walau susah payah melanda dan keringat kau kami pinjam
untuk kami tunaikan perjalanan yang
semakin semput digigit nafsu kebinatangan.

Kau insan yang paling teristimewa
dalam hidup kami badan pengurus dan HEWI PMRAM.

Tambahan : Ada beberapa buah gambar yang berbentuk drama air mata tidak dapat ditayangkan kerana amat mahal harganya. Sekeping gambar dijual dengan harga LE 3 juta.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)