Langkau ke kandungan utama

Bagaimana Sistem Peperiksaan Al-Azhar

Sebahagian pelajar 1C1 yang sedang menghadapi peperiksaan 2 tahun lalu.

Ada beberapa perkara saya perlu catat khusus ketika peperiksaan sedang berlangsung. Mungkin, mengisi masa lapang yang ada. Barangkali juga saya anggap ada beberapa pihak hendak mengenali sistem peperiksaan Al-Azhar.

Bagi mereka yang ingin mengkaji sistem peperiksaan ini, silakan. Sebagai seorang penulis, saya memerhati bagaimana sistem peperiksaan Al-Azhar ini dijalankan.

Terus kita bincang.

Ada tiga jenis kelompok soalan peperiksaan di Al-Azhar, Mesir. Pertama, saya namakan senang. Kedua, sederhana dan ketiga sukar.

Pertama : Senang

Apabila seseorang pensyarah memberikan contoh-contoh soalan (lebih kurang 50 hingga 100 soalan) dan pelajar harus menghafaz harf-bil-harf (satu huruf-satu huruf). Maka, sekiranya pelajar itu menghafaz dan soalan yang diberikan pensyarah keluar dengan tepat; maka seseorang pelajar itu akan berjaya.

Ada beberapa kertas peperiksaan seperti ini. Namun purata untuk melihat bentuk seperti ini hanyalah 5%

Kedua : Sederhana

Apabila seseorang pensyarah memberikan muqarrar (silibus) peperiksaan dari muka A hingga muka Z. Maka, seseorang pelajar akan membaca silibus yang diberikan oleh pensyarah sama ada mudah atau payah dan pelajar perlu memahaminya. Setelah itu, pelajar akan menghafaz nota-nota tersebut.

Teknik ini kebanyakkan daripada sistem peperiksaan diamalkan oleh Universiti Al-Azhar. Dimana, pelajar akan membaca silibus yang diberikan oleh pensyarah seperti yang ditetapkan.

Ketiga : Sukar

Apabila seseorang pensyarah tidak memberikan silibus peperiksaan. Yang beliau nyatakan adalah ‘Dari Kulit ke Kulit’. Barangkali sistem peperiksaan sebegini akan menjadikan para pelajar sedikit murung dan kekadang tidak dapat menumpukan peperiksaan dengan sempurna.

Atau, saya lakarkan jenis sukar seperti ini:
Seseorang pensyarah memberikan silibus peperiksaan, tetapi pensyarah membuat helah di dalam kertas peperiksaan dengan memberikan soalan bukan daripada kitab kuliah atau kitab yang menjadi rujukan. Ini bermakna, para pelajar perlu membaca bukan sahaja kitab kuliah tetapi kitab-kitab luar yang hampir serupa dengan kitab yang dibekalkan oleh universiti.

Jenis peperiksaan ini wujud di Universiti Al-Azhar dan ada beberapa pensyarah yang mengamalkan. Bagi saya, ini adalah kategori sukar kerana para pelajar tidak mengetahui bentuk soalan dan jawapan dengan tepat.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)