Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Friday, September 12, 2008

BKPJM : Perjuangan Mahasiswa Islam Johor di Mesir diteruskan



BARANGKALI siapa menyangka, Ustaz Firdauz bin Noh ditabalkan sebagai Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Johor di Mesir bagi sesi pentadbiran 2008/09. Pentadbiran yang silih berganti merupakan satu cerminan bahawa mahasiswa Johor di Mesir tidak meninggalkan keprihatinan mereka untuk terus berorganisasi.

Perubahan tampuk kepimpinan BKPJM (Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir) yang telah berlangsung hampir seminggu yang lalu merupakan agenda utama di dalam pergerakan mahasiswa di Mesir. Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-26 yang diadakan di Asrama Pelajar Johor, Hayyu Thamin, Kaherah telah mendapat perhatian oleh semua warga Johor di Mesir.

Anak-anak Johor telah menunaikan tanggungjawab mereka seawal jam 8.00 pagi lagi. Rata-rata menunjukkan kematangan di dalam mengundi calon-calon pentadbiran bagi sesi mendatang. Seharusnya penghargaan besar ditujukan kepada ahli yang terus komited memberikan galakan dan sumbangan sehingga program berlangsung dengan jayanya.

Seperkara yang harus diperhatikan adalah adakah pentadbiran akan datang mampu disokong oleh ahli BKPJM yang dianggarkan hampir kepada 500 orang. Jumlah mentadbir mahasiswa Johor seramai itu bukanlah satu angka yang kecil. Justeru, semua pihak harus memahami keperluan dan kehendak berorganisasi.

Persatuan sebagai medium bagi membantu pelajar. Selebihnya, mahasiswa merupakan aset utama di dalam mencernakan minda mereka ke arah kematangan berfikir dan kematangan bekerja. Tahniah dan takziah di atas pelantikan kalian sebagai peneraju terus kepada gerakan mahasiswa Johor di Mesir.

Kita memerlukan ramai lagi mahasiswa Islam untuk digunapakai oleh negara pada masa mendatang.

SAF KEPIMPINAN
BADAN KEBAJIKAN PELAJAR-PELAJAR JOHOR DI MESIR SESI 2008/2009

AHLI LEMBAGA PENASIHAT

Ust Mohd Hairi Bin Hamzah
Ust Mohd Yazid Bin Pardi
Ust Syafiq Bin Zulakifli
Ust Herlina Binti Syarial

YANG DIPERTUA ( LAJNAH PERANCANG )
Firdauz Bn Noh

TIM. YANG DIPERTUA (LAJNAH DAKWAH & TARBIAH)
Basir Bin Mohamed

SETIAUSAHA AGUNG
Nuruddin Zanki Bin Hamzah

TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG ( LAJNAH KEBUDAYAAN, KESENIAN & SUKAN )
Mohd Khairul Anwar Bin Tajudin

BENDAHARI ( LAJNAH EKONOMI )
Nur Asraf Bin Hasim

UNIT PENGETAHUAN DAN BIMBINGAN
Zulfekri Bin Abdullah

UNIT PENERANGAN & PENERBITAN
Muhammad Syafiq Safwan Bin Harith

UNIT KEBAJIKAN & TABUNG DERMA
Mohd Nabhan Bin Md Noor

UNIT SAMBUTAN & REHLAH
Mohd Nur Bin Ahmad

UNIT PERUMAHAN
Mohd Farhan Bin Tamin

SAF KEPIMPINAN HEWI

KETUA HEWI
Nor Amelia Binti Mustafah

TIMBALAN KETUA HEWI ( UNIT DAKWAH & TARBIAH )
Khairunnisaa Binti Zulkarnain

SETIAUSAHA
Masyitah Binti Razali

BENDAHARI ( UNIT EKONOMI )
Umi Kalsum Binti Mohamed Uyob

UNIT PENGETAHUAN & BIMBINGAN
Hanisah Binti Muslim

UNIT PENERANGAN & PENERBITAN
Siti Umairah Binti Samsudin

UNIT KEBAJIKAN & TABUNG DERMA
Nur Aliaa Binti Ahmad

UNIT SAMBUTAN & REHLAH
Mariana Binti Din

UNIT PERUMAHAN
Shahidah Binti Mohamad




No comments: