Kenali Diri

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
SYAFIQ ZULAKIFLI adalah graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah,Mesir. Berasal dari negeri Johor Darul Takzim. B.A (Hons)Syariah, Al-Azhar (2009) Editor PTS Publication & Distributor Sdn Bhd(2010) Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2012)Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012) Sebarang pertanyaan emelkan ke syafiqzulakifli @ gmail.com atau hubungi +6017 7346 946

Monday, August 04, 2008

SEMOGA MAMA CEPAT SEMBUH

"Permain apakah yang mendustai;
sedang lena alah berperi
pagi-petang dan dinihari

kekal di atas mimbar sepi."


Semoga mama beroleh kesihatan yang sejahtera seperti dahulu.


General Hospital, Singapore

Aku tidak pernah selemah begini
menanti berita yang menjajah diri
detik waktu silih berganti
menunggu masa menghitung hari.

Doaku mama kembali
seperti asal sedia berdiri
gagah melayan karenah kami
gentar ini Allah ketahui.

Cukuplah Tuhan kafarah yang kau beri
biar aku sebagai pengganti
usah diseksa insan ini
kerana aku masih menyayangi. :(




1 comment:

aishah asywaq said...

caon...aku dah dengar pasal kesihatan mama ko yang kurang memberangsangkan daripada iqbal...sabar yerr caon...aku n teman2 yang lain sentiasa kirim kan doa untuk mama ko...sabar yerr caon...setiap penyakit ada ubatnya...