Langkau ke kandungan utama

CERPENDEK : Panasnya Air Nil



Oleh : tarbus merah

LANGIT Subuh Kota Kaherah tidak menjanjikan kedamaian seperti biasa. Deru nyanyian enjin kereta dan kenderaan awam di jalanan sememangnya mencengkam rima kebingitan. Mengapa tidak, rakyat yang bersesak-sesak ini dihimpunkan di dalam bumi tandus dan gersang yang lain? Sempit. Padat. Malah, kekuatan pada binaan struktur yang sudah lama terbina tidak sama dengan kekuatan pentadbirannya pada hari ini. Kesan tohornya masih bercelaru.

Damai yang mencurah pula ditutup dengan kelibat anak-anak bawab serta masyarakat tempatan yang kusut dan comot. Usahkan begitu, urusan di jawazat pun belum tentu mengundang rasa selesa. Bahkan, kerapkali dia dihurung rasa tewas berada di sini. Ya, di bumi ini. Bumi yang telah melahirkan beratus-ratus perjalanan nabi dan rasul yang mengharapkan sesuatu yang amat luar biasa di dalam dunia ini.

Fazrin menggalas beban di sisi kanannya. Kitab Ahwal Syaksiah itu dipegang rapat-rapat. Tangan kirinya memaut palang bas bernombor 926. Sesekali dia mengamati alunan ayat-ayat suci al-Quran daripada corong pembesar suara bas itu. Atmanya masih bersimpuh di dalam satu jeda yang sama. Hiruk-pikuk itu tidak mahu lagi dibebani. Ada rasa dendam yang menyambar jiwanya. Kesempitan ini menghurung rasa amuk di dada.

“Maalaish, maalaish.”

Dia memohon maaf kepada seorang mahasiswi Mesir yang menaiki bas yang sama. Tatkala dia tersenggol punggung warga arab Mesir itu, hatinya pucat lesu. Sikap warga Mesir yang mengikut karektornya tersendiri itu susah ingin dijangkakan. Beberapa bulan yang lepas, anak-anak sunti yang disenggolnya pernah memecah kesunyian bas dengan marah menggila. Dia masih teringat. Bas yang sama dinaikinya. Bas inilah yang mengundang rasa sesak.

Pagi ini dia harus berurusan dengan pihak jawazat. Visanya yang sudah tamat tempohnya itu perlu dihidupkan segera. Takut-takut nanti ditangkap sebagai warga asing di sini. Amnu daulah di sini bukan boleh dipercayai, kekadang tanpa bukti pun mereka yang tidak bersalah terpaksa dihurung ke dalam lokap bawah tanah. Pernah aku disorong dengan beberapa cerita abang-abang lama. Ada teman dari Malaysia yang tidur di lantai lokap qism-thani kerana gagal mendapatkan visa pada tempohnya. Dan sebagai penyelesai masalah, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir selaku persatuan yang tertua ini menggalas tanggungjawab membela mereka di sini. Mungkin juga hubungan baik persatuan dengan syuun ijtimae di sini menyebabkan urusan berkenaan keselamatan dapat diurus dengan baik.

Langkahnya diteruskan hingga menuju di sudut pintu masuk jawazat. Sesak. Mahasiswa Malaysia dan Indonesia sudah memenuhi ruang kosong itu. Keparahan ini beberapa kali menggagalkan gilirannya untuk berurusan di situ. Fuadnya longlai. Barangkali sumpah seranahnya pada bumi Mesir menyebabkan keadaan masih sama berlaku. Ruang fikirnya masih tepu. Dia tidak mampu meladeni kehidupan yang terbaik di sini. Jiwanya membentak tewas.

“Aduh! Ramai gila hari ini.”

Glosari

jawazat - imigresen Mesir
syuun ijtimae - Kementerian Kemasyarakatan
bawab - penjaga rumah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)