Oleh : typeace Usai menunaikan Solat Maghrib, aku pulang meneruskan sisa – sisa perjuangan mata pena yang masih belum selesai. Kelmarin, separuh daripada karya non – kreatif telah aku sempurnakan. Unsur dan bahan yang dipamerkan tidaklah sehebat mana, namun aku yakin akan peranan dan tanggungjawab aku sebagai orang agama. Aku perlu nyatakan sesuatu. Aku perlukan sampaikan sesuatu yang aku tahu. Semuanya melalui mata pena yang merupakan jalan perjuangan yang mudah untuk dipamerkan. Karya kreatif bila pula akan menyusul. Entah. Mungkin keripuhan masa dan keadaan yang diisi dengan lena pejuang yang berpanjangan menjadikan aku alpa lantas ia terhenti seketika. Atau kerana rancangan televisyen yang berlambak memaksa aku duduk kejung di hadapan skrin tersebut. Petang tadi, aku merantau ketiga tempat yang berbeza. Bermula daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS), kemudian ke Pejabat Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru, kemudian melawat pula sahabat di Jalan Padi Huma 11, Band...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran