ZIKRAYAT EPISOD 2 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan tentang insan yang telah membantu dalam kerjaya saya di Kuala Lumpur) Insan yang bertanggungjawab memastikan saya tidak menganggur selepas tamat belajar ialah Puan Ainon Mohd. Beliau merupakan Pengerusi PTS Media Grup dan kini merupakan Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka DBP. Sebagai Pengerusi syarikat, waktu itu saya diberi peluang bersama membangun anak syarikat beliau di PTS. Suami beliau ialah Prof Dr Abdullah Hassan, tokoh akademik dalam bidang bahasa. Sebenarnya apa yang saya lakukan setiap hari adalah berkiblatkan Puan Ainon Mohd. Sebab itu apa sahaja nota yang kadang-kadang saya kongsi kepada kawan-kawan, semuanya adalah hasil ilmu daripada beliau. Insan pertama yang memastikan saya sudah bekerjaya sewaktu keputusan peperiksaan di Universiti Al-Azhar, Mesir keluar. Beliau cepat-cepat memastikan saya tidak diambil oleh mana-mana syarikat untuk berkhidmat di Malaysia 🙂 Saya mendoakan a...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran