Posts

Showing posts from March, 2011

Diari Pengacara 1

Hidup ini adalah sebuah ketetapan. Biar kita merancang, tetapi perancangan Allah adalah lebih tepat. Saya- tidak pernah mencatat jawatan pengacara di dalam apa-apa borang cita-cita sewaktu di sekolah, tetapi saya mula mengisi kekosongan itu sejak Tingkatan 2 lagi.

Tatkala suara saya bercorong di pembesar besar pada ketika itu - sebahagian guru menyatakan - suara awak macam Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Perkara ini diakui ketika saya menyertai Sayembara Mendeklamasi Puisi anjuran Perbadanan Putrajaya pada tahun 2009.

Jodoh itu kita merancang tetapi hasilnya pada 19 September 2010 yang lalu - saya diminta oleh teman saya untuk menghadiri ujibakat pengacara di TVAH.

Maka hari ini - saya sudah berada di dalam dunia pengacaraan dan penyiaran lebih kurang 5 bulan.

Apa kehebatan dunia ini?

Benar. Ramai yang tidak akan mengerti sebenarnya akan peluang dan ruang di dalam dunia ini. Lebih-lebih lagi ramai pula beranggapan pengacara adalah bukan daripada salah satu bidang kerjaya.

Tetapi bagi saya, …