Posts

Showing posts from February, 2011

Bicara Akhir Februari

Saya mulakan catatan ini dengan satu fragmen novel saya sendiri. Mesir membawa saya beberapa peristiwa yang amat penting. Mesir mengimbau kenangan lama. Fragmen ini adalah permulaan sebuah telenovela. Bila akan disempurnakan, saya masih khuatir dan tidak tahu.

Apapun, ini adalah sebuah perjalanan.


BAB 1

“Benarlah kata-kata Allah yang Maha Agung.”

Kitab suci al-Quran ditutup. Aiman Izzat meletakkannya di atas meja kecil. Dia mencapai tuala mandi lantas melulu masuk ke dalam bilik mandi. Sejurus, dia menyiapkan diri sebelum bergerak ke kuliah. Kitab Tafsir Ayat Ahkam dicapai dan dimasukkan ke dalam beg. Kemas dan terkejap di sisinya.

“Awal Aiman hari ini? Nak cepat-cepat ke mana?” Rushdi menyapa.

“Ada sedikit urusan di kuliah pagi ini. Ana mahu membayar yuran pengajian yang masih belum dijelaskan. Kalau lambat tentu kena tobur panjang…” Aiman mencelah.

Aiman Izzat mencapai baju sejuk yang tergantung kemas di dinding bilik lantas menyarungnya.

Aiman mengingatkan ahli baitnya di rumah, “Ja…

Setelah Enam Bulan

Blog ini tidak mencatat apa-apa peristiwa sepanjang enam bulan. Ini berikutan, saya sudah berpindah ke laman baru iaitu web peribadi.

Walaupun demikian, dukacita dimaklumkan bahawa saya kerosakan laman web tersebut atas kesalahan saya sendiri.

Daripada apa yang berlaku, telah menyebabkan halangan untuk mengarang. Maka, buat masa ini, saya fikir, laman ini wajar ditukar ganti dan saya boleh meneruskan kepengarangan saya di sini.