Oleh ZUNAIDAH ZAINON HARI ini, boleh dikatakan apa sahaja yang tidak mustahil mampu menjadi kenyataan. Namun, adakah ia selari dengan cita-cita dan matlamat asal kita? Begitulah antara persoalan yang terbit daripada minda bakal graduan universiti. Dalam menghadapi persaingan sengit dunia pekerjaan dan lambakan siswazah menganggur saban tahun, segala kemungkinan yang tidak pernah terfikir semasa belajar boleh menjadi arah tujuan yang mendorong kepada kehidupan lebih baik. Tidak kurang juga, ada segelintir pelajar sudah menanam azam untuk menceburkan dalam bidang perniagaan dan keusahawanan apabila menamatkan pengajian di universiti. Pengalaman yang dilalui oleh bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Pengurusan Kualiti Makanan, Siti Noraini Md. Isa, wajar dijadikan contoh kepada bakal graduan universiti. Beliau yang tamat pengajian peringkat ijazah sarjana muda pada 2003 tidak menoleh ke belakang apabila mengambil keputusan membabitkan diri dalam dunia perniaga...
Dari Al-Azhar Ke Pentas Penyiaran