Langkau ke kandungan utama

Catatan

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)

Anugerah Sastera dan Penerbitan Buku

CATATAN ANUGERAH SASTERA Saya catatkan beberapa keputusan yang pernah saya memenangi sejak tahun 2007 hingga 2020 di dalam bidang kesusasteraan. 1. Hadiah Penghargaan - Sayembara Menulis Cerpen Jawi, Perpustakaan Negara Malaysia (2007) berjudul 'Sebuah Rahsia Merdeka' sempena 50 tahun Kemerdekaan Negara. 2. Hadiah Penghargaan - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (2012), Cerpen 'Bukan yatim Gaza' 3. Hadiah Sastera Darul Takzim-IX (2013), Cerpen 'Bukan yatim Gaza' 4. Hadiah Sastera Darul Takzim-IX (2013), Puisi 'Tafakur di Makam Imam Syafie II' 5. Hadiah Penghargaan - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (2014), Puisi 'Dari Mimbar Shinjuku' 6. Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2014), Puisi 'Dari Mimbar Shinjuku' 7. Mewakili Malaysia ke Bengkel 'Majlis Sastera Asia Tenggara' (MASTERA) - 2017, kategori Puisi di Bogor, Indonesia. 8. Hadiah Sastera Darul Takzim ke-11 (2019), Puisi 'Dari Mimbar Masjidilharam'  PENERBITAN BUKU  1. Kumpulan P...

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

ZIKRAYAT EPISOD 5

ZIKRAYAT EPISOD 5 (Zikrayat ialah sebuah program yang akan berkongsi perjalanan kisah saya sepanjang bekerjaya di Kuala Lumpur) Di antara NGO Islam yang saya akan ingati sampai akhir hayat ialah Muslim Care Malaysia. Presiden mereka ialah Tn Hj Zulkifli Wahijan. Saya masih ingat lagi, waktu itu Pengarah Radio IKIM, Dr Nik Roskiman mempelawa saya mewakili IKIMfm mengikuti rombongan. "Syafiq, enta nak ikut misi ke Syria? Ana hantar nama enta." Tak pernah saya menolak. Saya tidak menyangka dapat bersama Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (kini Dato Sri) dan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Waktu itu saya dan Ustaz Mohd Jaafarudin rapat. Ustaz Jaafar yang waktu itu mewakili Alam Maritim, tapi sempoi. Tapi sampai sekarang saya cemburu kerana beliau sekarang follow (ikut dan mendampingi) Mufti Wilayah KL 24 jam. Terasa mahu ikut lagi siri-siri keilmuan begini. Dengan pengalaman sebegini dapat mempertajamkan peluang kita berinteraksi dengan masyarakat sekeliling....

ZIKRAYAT EPISOD 4

IKIM, INSPIRASI INFORIA ISLAMI Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah ungkapan awal yang dapat disandarkan dalam Majlis Meraikan Ulangtahun Kelahiran dan Perpisahan yang dilakukan Bahagian Radio pada tengah hari tadi. Terima kasih kepada Puan Roziana Roslan yang merupakan Pegawai Khas Pentadbiran Bahagian Radio (P.A)  yang siapkan pulut kuning dan rendang special. Tiada kalam lebih indah dapat dituturkan buat teman-teman yang hadir tengah hari tadi. Saya hadir ke Kuala Lumpur atas jemputan Bahagian Radio. Sungguh, saya akan mengarang lagi untuk episod Zikrayat untuk memperincikan kisah-kisah di sebalik dunia penyiaran. Saya mula berkhidmat pada 1 Mac 2012 secara rasmi tetapi memohon meletak jawatan pada 20 Mac 2016. Kemudian masuk kembali ke IKIM kali kedua pada 18 Mei 2018 (seminggu selepas PRU ke-14) sehingga 30 November 2018 menggantikan  Faiz Hj Othman yang bercuti sabatikal (ahaks!) Kemudian menerima tawaran IKIM kali ketiga bermula 1 Jan...

ZIKRAYAT EPISOD 3

ZIKRAYAT EPISOD 3 (Zikrayat ialah sebuah program memperkenalkan individu yang banyak menyumbang ke arah pembentukan saya dalam kerjaya) Zainal Rashid Ahmad (ZRA) adalah orang yang bertanggungjawab mengambil saya bekerja di TVAlhijrah. Ketika Allahyarham Dato Bukhari Che Muda dan beberapa panel sewaktu temuduga seperti tidak setuju, tetapi disebabkan pengalaman saya bertugas sebagai editor menyebabkan saya dipilih untuk berkhidmat di TVAlhijrah. ZRA pada waktu itu Pengurus Besar Kandungan Editorial. Jadi sebagai anak didik beliau, kami sering diberi peluang dan peluang untuk mempelajari ilmu berkaitan dengan penerbitan kandungan TV. Saya tidak menyedari ZRA sebenarnya sudah lama saya kenal dapat jagat sastera. Saya seringkali membaca Tunas Cipta DBP dan bertemu dengan sosok insan ini. Tapi kali ini berbeza. Dia bos saya. Boleh dikatakan antara bos yang saya kagum kerana beliau akan tiba di pejabat sebelum jam 9 pagi dan akan pulang pada jam 11 malam. Saya pun terikut per...

TVALHIJRAH DAN SAYA

TVALHIJRAH DAN SAYA

ZIKRAYAT EPISOD 2

ZIKRAYAT EPISOD 2 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan tentang insan yang telah membantu dalam kerjaya saya di Kuala Lumpur) Insan yang bertanggungjawab memastikan saya tidak menganggur selepas tamat belajar ialah Puan Ainon Mohd. Beliau merupakan Pengerusi PTS Media Grup dan kini merupakan Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka DBP. Sebagai Pengerusi syarikat, waktu itu saya diberi peluang bersama membangun anak syarikat beliau di PTS. Suami beliau ialah Prof Dr Abdullah Hassan, tokoh akademik dalam bidang bahasa. Sebenarnya apa yang saya lakukan setiap hari adalah berkiblatkan Puan Ainon Mohd. Sebab itu apa sahaja nota yang kadang-kadang saya kongsi kepada kawan-kawan, semuanya adalah hasil ilmu daripada beliau. Insan pertama yang memastikan saya sudah bekerjaya sewaktu keputusan peperiksaan di Universiti Al-Azhar, Mesir keluar. Beliau cepat-cepat memastikan saya tidak diambil oleh mana-mana syarikat untuk berkhidmat di Malaysia 🙂 Saya mendoakan a...

ZIKRAYAT EPISOD 1

Zikrayat ini sebenarnya saya telah tulis di Facebook. Tapi saya ulangsiar semuanya di sini. ZIKRAYAT EPISOD 1  Saya mulakan tulisan Zikrayat Episod 1 menceritakan tentang insan-insan di sebalik perjalanan kerjaya saya 🙂  Hajah Nik Hasnah Ismail ialah Pengurus Program Radio Gred 48  Pada tahun 2011, kami pergi Haji sama-sama. Waktu itu, saya wakil TVAlhijrah, beliau wakil IKIMfm.  Insan yang membawa masuk saya ke IKIMfm. Suami beliau ialah Pengarah Filem Tanah Air, Dr Mahadi J Murat. Orang yang kalau saya akan  berbual sekitar dunia filem dan sastera. Dunia lain, saya tak masuk!  Hehe...  Bagi saya dengan kerusi kedua beliau duduki pada waktu ini sebagai Pengurus Program Radio IKIMfm, ia adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Usia muda. Awal 40-an.  Selepas saya berhenti sebagai pegawai tetap, beliau juga yang membawa masuk saya kembali ke radio IKIMfm sewaktu peralihan pentadbiran radio IKIM.  Saya perca...

NILAI KEPENGARANGAN DI BUMI ANBIYA

Gambar sewaktu mengunjungi Metro Makkah musim Haji 1435H Oleh SYAFIQ ZULAKIFLI Menjejaki usia sedekad menempuh gerbang penulisan mungkin terlalu lewat bagi seorang pengarang yang sudah melepasi angka tiga puluh. Namun, berkat kesabaran dan peraturan daripada-Nya maka telah dipinjamkan Allah SWT untuk saya menjadi sebahagian daripada para penuntut ilmu yang dahagakan tulisan-tulisan yang cemerlang untuk dihayati.  Sedari maklum, tahun pertama di Universiti Al-Azhar di Kaherah kira-kira sepuluh tahun yang lalu telah membuka ruang mengenali dunia kesusasteraan dan kepengarangan. Tentu sahaja berbekalkan peluang yang diberikan melalui Kem Latihan Penulis (KELAP) Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) saya mengorak langkah ke hadapan.  Bermula daripada ruang keilmuan, saya berkenalan dengan nama seperti Nisah Hj Haron, Faisal Tehrani, Abdul Latip Talib, Zainal Rashid Ahmad, Serunai Faqir di samping sasterawan yang lebih matang daripada saya.  La...

HALA TUJU LEPASAN SPM KE MESIR

Artikel ini saya tulis sewaktu tahun pertama di bumi Al-Azhar. Sekadar berkongsi. Alhamdulillah, kini saya percaya bahawa Mesir telah melahirkan ramai duat dan ilmuwan yang benar-benar berketrampilan, berilmu dan berpendidikan selari dengan nama bumi Mesir sebagai Ardil Kinanah. Bagi pelajar lepasan SPM yang ingin ke Mesir, boleh lihat senarai pengiktirafan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama-sama dengan universiti di Mesir. Klik DI SINI. Bagi yang ingin melanjutkan pelajaran di Mesir bagi sesi pengajian 2017 ini pula, saya sudah update beberapa maklumat terbaharu di laman blog ini. Bagi yang ingin membaca juga perjalanan kisah-kisah saya dan kawan-kawan sewaktu berada di Mesir pada tahun 2005-2009 boleh juga baca dalam blog ini. Dapatlah sedikit gambaran awal tentang kisah-kisah di bumi Mesir. Semua maklumat pengajian bagi tahun 2017 sudah di update DI SINI. Dah boleh belajar makan ikan siakap ya. Goreng sendiri sewaktu belajar di sana. M...

Rancangan Realiti TV Agama : Bukan Sekadar Melepas Batok di Tangga

Rancangan Realiti TV Agama : Bukan Sekadar Melepas Batok di Tangga Oleh SYAFIQ ZULAKIFLI Akhir-akhir ini muncul pelbagai rancangan realiti televisyen (TV) berbentuk dakwah di Malaysia. Sedari maklum, penerbitan rancangan tersebut adalah sebagai medium alternatif kepada hedonisme rancangan yang telah dipamerkan oleh stesen penyiaran di negara kita pada hari ni. Perkembangan ini segar di mata masyarakat sebagai satu peluang mereka mendalami ilmu-ilmu agama melalui pelbagai konsep. Kemunculan rancangan realiti seperti Imam Muda, Ustazah Pilihan dan Pencetus Ummah di Astro Oasis, Adik-Adikku (RTM), Solehah (Alhijrah) memberikan kefahaman kepada generasi muda pada hari ini betapa dakwah itu diperluaskan dengan pelbagai pendekatan. Dakwah itu merentasi kumpulan kecil bermula kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa. Malah, para ibu bapa juga teringin benar menggilap bakat anak-anak mereka ke dalam pentas berprestij itu sehingga dijulang sebagai juara dan mampu menjadi sebahagi...

Kembara Sastera : Konstantinople

Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik- baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.  Barangkali hadith Rasulullah inilah menjadi asbab 140 peserta memilih Kembara Ibrah Konstantinople, Back To The Future yang dipimpin oleh Ust Syaari Ab Rahman pada 23 Mei hingga 2 Jun lalu yang dianjurkan oleh IKIMfm dengan kerjasama Raudah Mawaadah Travel n Tours Sdn Bhd. Alhamdulillah, tepat jam 11:30 malam, penerbangan menerusi Turkish Airlines meninggalkan tanah air dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, Istanbul pada 5:08 pagi, Ahad 24 Mei 2015. Biarpun nampak keletihan, semangat peserta tidak pudar sama sekali untuk menjejaki ibrah di sebalik pembukaan kota Konstantinople. Pengembaraan kali ini turut disertai oleh Datuk Nik Mustapha Nik Hassan,Ketua Pengarah IKIM dan Dr Nik Roskiman Abd Samad selaku Pengarah Pusat Media IKIM. Perjalanan yang mengambil masa 30 minit untuk tiba di Turquhouse ...

PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN KE MESIR

Alhamdulillah, keputusan SPM pun sudah dimaklumkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Insya-Allah seperti yang diuar-uarkan sebelum ini, bagi mereka  yang ingin ke Universiti Al-Azhar, Kaherah bagi sesi pengajian 2016/17 boleh berbuat demikian insya-Allah. Waktu ini, peluang diberikan kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Insya-Allah satu taklimat akan diadakan di Temerloh, Pahang pada 26 Mac ini bermula jam 1 tengahari. Jumpa saya di sana, insya-Allah.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali in...