Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2008

Tahniah

SAYA selalu mengucapkan penghargaan kepada teman-teman, rakan taulan, kenalan, orang-orang perseorangan yang saya kenali. Semalam, 29 JUN Hari Ulangtahun Kelahiran ke-19, Izzuddin bin Khalidi orang yang pernah saya kenal di SMA Kerajaan Johor, Kluang. Tahniah juga kerana beliau telah mendapat tawaran ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa di USIM. Barangkali saya teringatkan kepada USIM beberapa tahun yang lalu. Saya juga pernah menjejakkan kaki ke sana. Tetapi pentadbiran ketika itu masih berpusat di Cheras, Kuala Lumpur. Kawasan Nilam Court juga masih lagi menggambari setiap pemikiran saya. Di dalam minggu orientasi di USIM, saya ada berjanji sesuatu kepada guru saya (guru bahasa Inggeris). Moga-moga usaha itu tercapai insya-Allah. Barangkali jika ada 'junior-junior' saya bertanya; nak sambung pengajian ke Mesir atau ke IPTA Dalam Negara, saya ada dua pandangan. Pertama, jika beliau ingin mendalami ilmu Islam turathi s

"KAMI ORANG LAMA"

Permainan ini kami bina atas titi usang yang kemarau sesekali bahu kami renggang jiwa kacau terumbang ambing cari wawasan. Permainan ini kami bina dengan kekuatan mandian emas kesuburan dan taman impian kawasan basah bersih dan subur dengan wangian. Permainan ini kami bina sementara kerana kami orang lama. Syafiq Zulakifli Dalam Gelap. HINCUTAN ini menerjah lagi ke kamar sepi. Sesekali ada tinta yang menari lesu. Dan, jari-jari mula bersabda bantulah aku wahai pungguk perindu. Saya menyaksikan Makam Imam Syafie dalam-dalam. Saat muazzin melaungkan saf huruf jar yang bermati-matian mengingatkan seruan solat, saya berdiri di atas mimbar persuratan. Mungkin ini yang terakhir kali. Getus hati berulang-ulang kali berbisik. Apakah kalam di atas hanya sebuah analogi yang tidak kena mengena dengan apa yang bakal dicoretkan? Mungkin. Itu hanya sebuah gambaran kata-kata. Tetapi makna yang paling besar dan utama, saya mahu mencoretkan cerita kami sebagai orang lama. Pernahkah anda

Hadiah Penghargaan - Sayembara Cerpen

Ini antara sedikit hasil karya saya yang memenangi Hadiah Penghargaan Sayembara Cerpen Jawi Dalam Tulisan Jawi sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-50 tahun lalu. “Bukankah antum semua tahu, kita telah ditipu oleh penjajah?” “Ditipu?” “Mereka memerdekakan kita kerana mahu kita berpecah-belah. Pada tahun 1935, seorang ketua gerakan Kristianisasi, Zweimer ketika menyampaikan ucapan semasa persidangan kebangsaan di Palestin menyatakan bahawa – Tugas kita yang paling utama bukanlah membawa mereka kepada agama Kristian, tetapi tugas kita ialah memisahkan orang Islam daripada agama mereka sehingga tiada lagi hubungan mereka dengan Allah, seterusnya menjadi masyarakat yang tidak berakhlak.” “Kenapa sampai begitu sekali?” “Penjajah juga telah mengajar kita apakah definisi kemerdekaan dan mereka mahu kita memahami kemerdekaan dengan definisi yang diberikan oleh mereka. Mereka buat apa sahaja dan mahu kita faham bahawa erti kemerdekaan adalah dengan wujudnya pemerintahan sendiri berdasarkan

Dang Kerinting Disebat

Gambar sekadar hiasan Arakian, sayugia Dang Kerinting diceriterakan bahawa tatkala zaman Dang Kerinting bersekolah, dia pernah di sebat di khalayak umum. Mengapa ya? Apa sebenarnya berlaku kepada Dang Kerinting? Mengapa dia disebat? Pertama, dikhabarkan bahawa Dang Kerinting tidak mengikut peraturan sekolah. Dang Kerinting lebih selesa melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan Dang Kerinting dihukum. Sebelum Dang Kerinting dihukum, semua pembesar-pembesar telah menasihatkan Dang Kerinting agar dia berubah. Tetapi, Dang Kerinting tetap dengan caranya. "Aku Dang Kerinting. Kau jangan masuk campur." Selepas Dang Kerinting tidak menghiraukannya, Dang Kerinting dihukum sebat di khalayak. Malu. Memang Dang Kerinting sangat malu dengan perlakuan pembesarnya itu. Tentunya Dang Kerinting menyesal atas tindakannya tidak menurut perintah. Sedari itu pun, Dang Kerinting berfikir panjang. "Kalau aku ikut peraturan, mesti senang bukan?"

Sejarah dan Agama : Tema Terbaik Dalam Karya

Di Hadapan Pulau karya A Samad Said juga mengangkat tema yang berat JIKA anda mahu jadi seorang penulis yang mantap (baca : mantop) - ayat Ustaz Zamri (AQ), anda perlu menulis tema yang bersangkutan dengan hal ehwal sejarah, politik dan agama. Barangkali ada di antara kalian yang tidak bersetuju dengan pemikiran saya. Ya. Fakta ini adalah fakta yang benar. Dunia perbukuan kita adalah dunia yang penuh dengan pelbagai rencam. Ada unsur-unsur tahayul, unsur khurafat, SYIAH, WAHABI, dan macam-macam lagi perkara yang berjaya ditulis oleh seorang penulis. Lihat sahaja, Novel "Tuhan Manusia" karya FT yang mengangkat tema pluralisme di samping kejahilan golongan yang tidak memahami Islam tercatat menerusi lembar Ali Taqi dalam perburuan menentang masalah Ustaz Aris yang dibincangkan secara lumat di dalam novel ini. Tentu juga anda pernah menatap 'Manikam Kalbu' yang bercirikan Islam dan sejarah yang memungkinkan bahawa sesuatu tema itu berdiri teguh dengan kekuatan penulisan

Estetika Pantun Dalam Warisnya Kalbu

Sumber : Utusan Malaysia, 23 JUN 2008 PANTUN merupakan elemen penting yang banyak diselitkan dalam perjalanan penceritaan watak-watak dalam novel nukilan Sri Rahayu Mohd. Yusop, 32 yang berjudul Warisnya Kalbu. Novel itu memenangi hadiah utama Kategori Novel Remaja (berbahasa Melayu) anugerah Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2007 (HSKU 2007) di Kuala Lumpur, Jumaat lalu. Menurut Sri Rahayu, pantun Melayu lama yang dimuatkan dalam Warisnya Kalbu terbukti telah banyak membantu bagi menghidupkan lagi keunikan jalan cerita novel terbaru tulisannya itu. “Watak Hassan Basri misalnya, banyak dikaitkan dengan kemunculan pantun-pantun lama yang saya tampilkan di mana ia telah mencetuskan suatu jalan cerita yang ada kesinambungan. “Kemunculan pantun-pantun lama itu merungkai suatu misteri yang mengaitkan salasilah keturunannya dengan pejuang nasionalis ketika era perang saudara di Pahang pada abad ke-19,” katanya ketika ditemui selepas penyampaian anugerah itu. Baginya, pantun-pantun la

Kenyataan Rasmi : Surat Kemaafan

Assalamualaikum w.r.b. Atas artikel yang berjudul, "APABILA BKAN TIDAK HORMAT PADA PMRAM" yang menjadi kontroversi besar kepada Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK), khusus kepimpinan MKKK, secara peribadi saya memohon maaf atas apa yang berlaku. Ketahuilah bahawa saya punya harapan yang besar membawa acuan PMRAM di dalam pergerakan mahasiswa di bumi Mesir ini. Saya hormati pandangan anda sebagai ahli yang menyokong kepimpinan Kedah dan kepimpinan PMRAM.

Barangkali Kita Sudah SEDAR

SAYA pun kurang pasti berapa ramai yang menatap artikel berjudul 'Apabila BKAN tidak hormat pada PMRAM'. Tahniah kepada anda yang serius memperjuangkan hak-hak anda selaku ahli dan memperjuangkan kepimpinan anda. Jika mahu diulas, saya berpendirian bahawa saya hanya MEMBUKA MATA-MATA anda sahaja. Sama ada anda mahu terima ataupun tidak, itu terpulang. Nak marah? Silakan. Marahlah sehingga anda tidak suka atau benci kepada saya. Saya manusia biasa yang banyak kesilapan, sedang anda seorang insan yang perlu belajar menerima pandangan. Bagi mereka yang menganggap bahasa saya kurang sopan. Ya. Saya akui akan kelemahan itu. Namun, sedari awal mungkin ini cara yang terbaik untuk kita melontarkan pandangan selepas perbincangan kita hampir tidak menemui jalan penyelesaian. Hakikatnya, kita sama.

Kenapa Saya Menulis Untuk URTV

BARANGKALI anda terperanjat apabila saya memberitahu bahawa saya menulis untuk Majalah URTV. Anda tahu bahawa majalah ala-ala pra-prono di Malaysia tidak lain dan tidak bukan majalah URTV, Mangga, Remaja, Maskulin dan bermacam-macam lagi. Apabila lambakan itu mula ketara, semamangnya suatu fenomena yang tidak dapat dibendung adalah 'keperluan'. Tetapi, adakah saya menulis untuk keperluan? Adakah saya menulis untuk se'kaki' dan se'tilam' dengan mereka itu. Tidak. Saya bukanlah menggadaikan prinsip saya untuk melihat karya saya ditatap oleh generasi-generasi ala-ala Mas Idayu dan Ella di pentas negeri Selangor. Tetapi, nilai pengajaran yang kita perlu sebarkan luaskan di dalam metod dakwah perlu ada walaupun sepicing. Baik. Karya ini adalah karya paling lama saya nantikan penerbitannya. Memakan masa hampir 13 keluaran majalah URTV, barulah karya saya dapat mencuit hati editor majalah. Saya kira Saudara Rosli Manah masih menggalas beban selaku editor. Kalau sudah t

MALAM INI : Penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007

Hadiah Pertama (Novel) Hadiah Kedua (Novel) Hadiah Ketiga (Novel) Antologi Cerpen Remaja Antologi Cerpen Malam ini, 5 buah buku ini akan dirasmikan. Gambar Ihsan Daripada Saudara Rozlan Mohamed Noor, Editor Utusan Malaysia

Etika PMRAM : Kenapa BKAN dan DPM perlu ikut

Oleh : Syafiq Zulakifli (Setiausaha Agung PMRAM) Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang ditubuhkan semenjak 1930 merupakan salah satu persatuan di dunia yang tertua. Hampir 80 tahun penubuhannya, PMRAM boleh dianggap salah satu persatuan yang diwujudkan semata-mata menyatukan suara anak-anak Melayu di bumi Mesir. Kepimpinan PMRAM yang silih berganti masih lagi meneruskan dasar 'peraturan' atau dinamakan etika PMRAM. Mengapa etika PMRAM diwujudkan? Pertama, memberi peluang untuk ahli dan kepimpinan sendiri berada di dalam peraturan. Kita harus maklum bahawa Mesir merupakan negara darurat. Oleh yang demikian, kehadiran mahasiswa ke Mesir adalah di bawah tanggungjawab PMRAM. Ini terbukti dengan beberapa kes yang berlaku di Mesir ini, apabila 'kuasa PMRAM' adalah lebih tinggi daripada 'kuasa kedutaan'. Ini fakta. Bukan sembarangan saya pukul rata. Oleh sebab, PMRAM berdaftar di bawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir, pelbagai keistimewaan yang telah dib

Angin Baharu Negeri Johor

Yang Dipertua (kanan) bersama 'bakal' Yang Dipertua yang kini Setiausaha Agung BKPJM -anda yang berhak menentukan masa depan BKPJM- Selepas kedatangan Penolong Pengarah Bahagian Wakaf, Majlis Agama Islam Negeri Johor, berita baharu dan angin-angin daripada Malaysia bahawa Tengku Mahkota Johor dan Y.A.B. Menteri Besar Johor akan ke Mesir telah saya dengar. Sama ada benar atau tidak, anda tidak perlu tanya Yang Dipertua. Tunggu sahaja kebenarannya nanti. Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sememangnya kerap ke Mesir. Pertama, menguruskan anak-anak Johor di Mesir. Kedua, memberikan suntikan semangat kepada mahasiswa di sini. Boleh dikatakan, di dalam masa setahun, MAIJ akan datang sebanyak tiga kali. Tentunya setiap satu kedatangan ada tujuan dan sebabnya. Terima kasih saya ucapkan. Baru-baru ini, kedatangan rombongan MAIJ adalah atas keperluan menguruskan asrama baru pelajar Johor. Pelajar negeri Johor di Mesir sudah ada tiga buah rumah sehingga kini. Pertama, Rumah Abdeen di kawasa

Apabila Guru Tidak Dapat Terima Hakikat

Saya mendapat maklum balas daripada artikel yang bertajuk Sektor Perkhidmatan Awam : Anda Perlu Tahu. Pertama, jangan salahkan saya bahawa penulis komentar ini 'pemalas' sifatnya. Mengapa saya berkata demikian? Lihat dan baca hasil tulisan beliau. Aduh! Guru kita tidak pandai menulis bahasa Melayu dengan baik. Tentu sahaja karangan beliau akan dimasukkan ke dalam tong sampah. Maaf saya katakan. Ini masalah penulisan. Jadilah insan yang ada jatidiri, berpegang pada satu perkara. Guru kita ini marahkan saya kerana mengherdik PPPS (DG 41). Antaranya apabila saya membuka isu berkenaan j-QAF. Hakikat penulisan saya bukanlah untuk mengherdik mereka yang mengajar j-QAF. Tetapi, saya perlu maklumkan sendiri bahawa tugas sebagai seorang mahasiswa Al-Azhar besar. Bukan tertumpu di peringkat sekolah. Sebagai seorang pelajar yang baik, tugas berat yang harus dipikul ada nilainya. Mereka (mahasiswa IPTA) tidak mengetahui selok-belok hukum-hakam menerusi kitab-kitab turath yang menjadi sumbe

Sektor Perkhidmatan Awam : Anda Perlu Tahu

SAYA bukanlah orang yang terbaik untuk bercerita bab-bab sektor perkhidmatan awam. Namun, atas nama tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia, serba sedikit saya perlu tahu dan saya ambil tahu perkembangannya. Sektor Perkhidmatan Awam menggunakan sistem gred. Saya tidak bercadang bercakap banyak. Saya ringkaskan begini supaya anda faham. (i) PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (GURU) Jika anda mahu jadi guru, gred anda (DG 41). Itupun kalau anda ada ijazah. Tetapi, kini Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan J-QAF. Justeru, anda yang mahukan kerjaya guru, perlu dilatih di dalam sektor ini terlebih dahulu. Dan, selepas setahun atau dua tahun barulah anda berkhidmat sebagai guru. Secara peribadi, anda yang belajar di Mesir saya TIDAK GALAKAN anda memohon jawatan ini. Kenapa? Berilah jawatan ini kepada kawan-kawan kita di IPTA dan IPTS. Mereka lebih bersesuaian mengajar anak-anak murid di sana. Anda mahasiswa Al-Azhar. Kolot sangat mengajar Alif-Ba-Ta. Kolot sangat

Warkah Terakhir Untuk Nazim

Nazim (belakang - dua dari kanan) Assalamualaikum w.r.b. Nazim yang disayangi, Barangkali kau sudah selamat tiba di bumi Malaysia, tanah air kita tercinta. Tahniah dan syabas aku ucapkan. Harapnya warkah ini kau dengar dan sematkan dalam hati lantas kau fikir-fikirkan dalam diri. Nazim, Terima kasih aku ucapkan kerana berkat namamu, aku telah menangi Hadiah Penghargaan, Sayembara Cerpen Kemerdekaan ke-50 pada tahun ini. Insya-Allah, penyampaian hadiahnya akan diadakan pada akhir bulan Jun ini di Perpustakaan Negara Malaysia. Kau perlu tahu, aku angkat watak Nazim, Hud dan Riko dalam karya ini. Barangkali juga kau mahu tahu, posisi kau dalam karya aku ini sebagai apa bukan? Aku angkat kau sebagai seorang yang tabah menerima amanah sebagai seorang pemimpin Islam. Aku tahu, kau tentunya terbeban menerima taklifan daripada Hud secara tiba-tiba apabila mas'ul (orang yang dipertanggungjawabkan) tiba-tiba menolak untuk menjadi pengarah program. Nazim, Kau tentu tahu bahawa ini sebuah cerp

Terima Kasih Sifu PTS

Puan Ainon (kanan) mewakili PTS Publication Sdn. Bhd. di dalam Seminar Penulisan Cereka di ASWARA, November 2007 yang lalu Sifu PTS, Puan Ainon Mohamad menyiarkan surat saya di laman webnya. Maklumat lanjut dapatkan di laman web Puan Ainon. PTS Publication Sdn. Bhd. adalah salah satu syarikat buku Melayu Malaysia yang sememangnya laku keras penjualannya. Jika anda seorang prihatin, PTS adalah di antara nama besar syarikat buku Melayu yang menjadi pilihan masyarakat pada hari ini. Apabila anda banyak menulis, tentunya hubungan besar yang paling utama harus dipelihara adalah dengan penerbit. Justeru, saya mencadangkan agar ada nama-nama besar yang akan menjadi penulis dengan syarikat-syarikat besar ini.

Mahasiswa Johor di Universiti Al-Azhar Tandus

~seorang aku yang memikirkan masa depannya~ Assalamualaikum w.r.b. KAWAN-KAWAN saya cakap, saya asyik sibuk di peringkat pusat. Ya! Saya tidak menafikan fakta itu. Malah saya mengakuinya dan menyedari hal yang demikian terjadi. Saya perlu bahagikan masa. Pertama, masa saya menulis. Kedua, masa saya membaca buku. Ketiga, masa saya bersama di dalam kepimpinan PMRAM. Keempat, masa saya untuk menghentam orang. Kadang-kadang fiqh aulawiyat jarang saya gunakan. Ya! Maafkan saya. Saya bukan secerdik anda. Saya bukanlah insan yang faham tentang diri anda. Malah, lebih daripada itu, anda juga sebenarnya tidak faham kehendak saya di dalam hidup. Teman-teman saya berkata, "Aku tidak faham apa yang engkau perjuangkan." Terima kasih memberikan pandangan sebegini. Saya bukanlah insan yang terlalu cukup dan sempurna. Saya melemparkan pandangan pada sebuah objek bernama kalendar. Saya lihat dan menghitung. Kalendar saya hampir penuh dan padat dengan aktiviti-aktiviti. Pertama, mungkin aktiv

Daripada BLOG Teman

http://mohdzaki.blogspot.com Saya merancang untuk mengadakan 'Konferens Karya' pada 15 Julai ini . Maksud saya, menumpukan karya sajak dan cerpen. Terbuka untuk semua yang berada di Mesir dan berminat untuk turut serta. Berikut ada intipati, plan dan rancangan: Objektif: 1- Merancakkan penghasilan karya di kalangan siswa dan siswi al-Azhar. 2- Bertemu (secara maya), berbincang dan bertukar-tukar pendapat mengenai penulisan sajak dan cerpen. 3- Meneliti sudut berkualiti dan sudut bermasalah dalam karya yang dihasilkan. Plan Perlaksanaan: 1- Mestilah menghantar sekurang-kurangnya satu karya, sama ada cerpen, atau sajak. Hanya yang menghantar saja boleh turut serta dalam konferens ini. 2- Karya tersebut (sajak atau cerpen) mestilah dihantar selewat-lewatnya 7 Julai 2008 ke e-mel mohd.zaki.m.noor@gmail.com dan karya tersebut belum pernah dihantar kepada mana-mana penerbitan dan belum pernah dibengkelkan (karya baru). 3- Mempunyai id ym dan dinyatakan sekali dalam e-mel bersama ka

Kenapa Saya Suka Hina Ahli PMRAM?

(i) HARI INI enam belas Jun dua ribu lapan. Tempoh rehat saya sudah tamat rupanya. Maka, saya harus bekerja keras di luar. Tugas pertama saya tentunya menghadiri mesyuarat yang dikendalikan bermula peringkat dalam, luar, atas dan bawah. Tentunya masa rehat saya sudah terbatas. Tentunya masa saya menulis juga sudah terbatas tanpa jadual yang baik. Tentunya projek-projek yang saya mahu usahakan juga akan terbatas jika tiada bantuan dan sokongan daripada anda selaku ahli yang mengenal PMRAM. Ya! Saya tidak hairan sangat jika anda mengatakan bahawa; anda tidak mahu membantu PMRAM pada hari ini. Tetapi saya hairan juga jika anda seorang mahasiswa Islam yang belajar tentang agama Islam tidak mahu persatuan yang memperjuangkan Islam di dalam dasarnya. Hari ini orang menuduh PMRAM begitu dan begini. PMRAM tidak mementingkan pelajaran. PMRAM asyik sibuk ber'jidal' dengan pihak-pihak yang tidak sepatutnya dan pelbagai lagi tohmahan tidak berasas. Saya selaku Setiausaha Agung PMRAM untuk

TYPEACE DI RTM

Pagi tadi, 15 Jun 2008 (Ahad). Typeace bersuara dan memberikan pandangan di dalam RTM1. Dengan tajuk "Kasih Bapa". Pada kesempatan ini, Typeace nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada ayah Typeace, Zulakifli bin Ahmad. Selamat Hari Bapa.

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007

Seorang Amni Insyirah yang hampir berusia 1 tahun pada 26 Julai nanti. ALHAMDULILLAH. Keputusan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007 telah pun secara rasminya keluar. Tahniah kepada pemenang. Saya tidak menyertainya pada tahun lalu. Langsung tiada satu pun karya saya yang terbit di Mingguan Malaysia atau mana-mana majalah dan akhbar Utusan Karya Sdn. Bhd. pada tahun lalu. Tahniah kepada mereka yang menang. Sedikit ulasan daripada saya. Pertama, tahniah kerana pemenang kategori novel remaja telah ditingkatkan sebanyak RM7,000. Kedua, hadiah utama cerpen telah meningkat kepada RM 3,000. Tetapi yang malang, hanya terdapat 6 hadiah penghargaan sahaja pada tahun ini. Pada sesi yang lepas 7 orang yang akan menerima hadiah penghargaan. Siapalah mereka yang kurang bernasib baik itu; hanya 9 orang sahaja yang selesa mendapat penghargaan. Terima kasih kepada penaja yang menaja pertandingan ini. Insya-Allah, 23 Jun ini keluarga saya akan ke Perpustakaan Negara Malaysia untuk mengambil hadiah bagi

Selamat Hari Bapa

Apakah alasan anda mengatakan ini adalah wajah ayah saya? Abah yang disayangi, "Tutur susila saya masih dijaga dan dipelihara. Abah kata, jika berada di dalam Akademi Seni pun, solat tidak harus tinggal. Solat itu tiang agama. Jika kita meninggalkan solat, tentunya kita berani meruntuhkan agama. Benar. Saya akui kata-kata Abah. Dan, semenjak saya berada di dalam akademi pun, tidak pernah walau sekali saya tinggalkan solat. Abah sememangnya punya darah seni yang kuat daripada saya. Sedang saya, seorang anak yang baharu mengenal dunia seni dan penyair." - Petikan Cerpen Terbaharu saya, judulnya dirahsiakan...- Esok, 15 Jun adalah Sambutan Hari Bapa. Namun, disebabkan esok ada entri baharu saya akan coretkan berkenaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007 (HSKU 2007), maka saya akan turunkan karya saya di sini. Pantun ini saya karang pada Mei 2006. Dan, akhirnya kali pertama dibaca awam pada dua tahun berikutnya. Pantun Untuk Abah Tidur lelaki di tepi perigi, Di dalam rumah susah

Filem Kita Tandus Agama?

PETANG ini (malam waktu Malaysia) saya menyaksikan siaran langsung rancangan Fenomena Seni di RTM1. Tentunya rancangan setiap malam Sabtu ini memberikan peluang kepada golongan dan karyawan seni duduk di hadapan kaca televisyen menonton bual bicara dan aksi-aksi panel forum di dalam membicarakan isu-isu seni pada hari ini. Rancangan yang dihoskan oleh Rosyam Nor ini bagi saya adalah rancangan terbaik RTM yang seharusnya diberi perhatian. Malah, pembangunan RTM untuk menyediakan rancangan-rancangan terbaik sudah ada. Namun, di mana keberkesanannya? Hal ini yang cuba digarap melalui kupasan tiga orang ahli panel Fenomena Seni pada hari ini. Bermula daripada panel pertama Bade Hj. Azmi, diikuti Prof. Dr. A. Razak Mohaideen dan Saudara Faisal Tehrani, tentunya kehangatan itu saya sendiri rasai. Pertama, lihat sahaja bagaimana Faisal mempersenda A. Razak apabila profesor itu menyatakan bahawa cukup sekadar 'memberi salam' dianggap adegan islamik. Tentunya konteks Islami ini haruslah

Sayu...

Hantarkan saya ke Military Museum sahaja... Sayu + Titik Elipsis bukanlah suatu perkara yang mudah ditulis. Malah keberatan itu sememangnya sesuatu yang dianggap tinggi nilainya. Apakah masa-masa depan ini sentiasa suka atau kita bakal mengecapi duka yang berpanjangan? Saya terpaksa menghukum diri sendiri. Teman-teman pula 'mencabar' saya untuk pulang. Dan, tentunya seperti pengalaman-pengalaman lampau, tugas saya di Malaysia lebih baik untuk dibandingkan tugas yang sepicis di perhentian Nil ini. Barangkali ada yang sudah mundar mandir mengisi jiwa di Khan Khalili untuk membuat bekalan pulang. Ada pula yang sibuk-sibuk berlari menanti masa yang indah. Sedang saya, sudah rajuk dalam diri, malah selepas ini 'maut' besar akan datang kembali. Sebegini adil saya pada diri, tapi saya tidak sanggup gagahi. Malah, punca utama pun saya sudah tidak dapat selidiki. Entahlah. Semalam, apabila mendengar suara-suara teman daripada Malaysia, tatkala menjalankan conference melalui Yaho

Emel Terakhir Daripada Editor

Gambar ihsan Blog Kak Nisah Haji Haron Assalamualaikum w.r.b. Yang pergi tetap pergi. Yang masih bernafas wajib beriman selagi masih ada masa. Semalam, saya mendapat mesej tergempar daripada Abang Nazmi Yaakob selaku Editor Sastera Berita Harian bahawa kita kehilangan seorang editor di Majalah Dewan Sastera. Tentunya saya merasai kehilangannya walaupun saya tidak pernah bertemu dengan beliau. Emel terakhir dirakamkan pada 28 Februari 2008 yang lalu. From: "Rohaya Mohd Yusof" View Contact Details Add Mobile Alert To: "'Syafiq Zulakifli'" Subject: RE: Karya PUISI - Sisipan Tunas Cipta Date: Thu, 28 Feb 2008 09:22:32 +0800 Salam Sdr . Syafiq, kiriman puisi sdr . tidak boleh dibuka . Mungkin sdr . menggunakan format perisian yang lain selain Microsoft word. Cuba hantar semula . Terima kasih Rohaya Mohd. Yus of Penolong Editor Dewan Sastera Tel: 03-2148 2282 Faks: 03-2148 4208

Web PMRAM

Laman web sementara PMRAM Anda boleh layari http://e-pmram.page.tl Maaf! Laman web rasmi akan dilancarkan selepas ini. Wajah baharu. Idea baru. Cerita baru. ___________________________________________________________

Sanusi Junid Dipecat Daripada Pengerusi UIAM

SETIDAK-TIDAKNYA saya adalah makhluk Allah Taala yang tidak mampu bercakap kasar di dalam hal-hal ini. Malah, maki hamun adalah perkara yang boleh sahaja di simpan di dalam hati dan sanubari. Tetapi masalahnya, kebobrokan Am-No menyebabkan kita terpaksa akur. Bukankah kewujudan UIAM di Malaysia di atas dasar pemikiran OIC. Justeru, mengapa wajar Pak Cik Lah kita meletakkan jawatannya. Sudah terang lagi bersuluh. Pentadbiran universiti adalah di bawah telunjuk Am-No. Aduh. Kesian saya memerhati kuda-kuda Pak Cik Lah kita bekerja keras bersuara lantang untuk mempertahankan Am-No. Akhirnya mati terkulai sudah nampaknya. Alamak! Saya lihat kanan dan kiri. Takut-takut nanti tulisan saya ini bakal dicop sebagai Akta Hasutan. Siapalah yang mahu membaca karya yang berada di dalam blog picisan ini. Sedang saya seorang penulis yang mahu terkeseng-keseng mendapat pembaca di dalam kantung ini pun terpaksa akur, suara saya masih belum lagi kedengaran di Malaysia sana. Nah! Nantikan sahaja kemelut y