Langkau ke kandungan utama

ZIKRAYAT EPISOD 3


ZIKRAYAT EPISOD 3

(Zikrayat ialah sebuah program memperkenalkan individu yang banyak menyumbang ke arah pembentukan saya dalam kerjaya)

Zainal Rashid Ahmad (ZRA) adalah orang yang bertanggungjawab mengambil saya bekerja di TVAlhijrah. Ketika Allahyarham Dato Bukhari Che Muda dan beberapa panel sewaktu temuduga seperti tidak setuju, tetapi disebabkan pengalaman saya bertugas sebagai editor menyebabkan saya dipilih untuk berkhidmat di TVAlhijrah.

ZRA pada waktu itu Pengurus Besar Kandungan Editorial. Jadi sebagai anak didik beliau, kami sering diberi peluang dan peluang untuk mempelajari ilmu berkaitan dengan penerbitan kandungan TV.

Saya tidak menyedari ZRA sebenarnya sudah lama saya kenal dapat jagat sastera. Saya seringkali membaca Tunas Cipta DBP dan bertemu dengan sosok insan ini. Tapi kali ini berbeza. Dia bos saya.

Boleh dikatakan antara bos yang saya kagum kerana beliau akan tiba di pejabat sebelum jam 9 pagi dan akan pulang pada jam 11 malam.

Saya pun terikut perangai beliau kadang-kadang. Insan yang buat kerja sehabis baik. Waktu rehat selain saya akan dijadikan teman makan tengahari, saya akan teman beliau keluarkan duit (guna buku bank) ke CIMB Dayabumi.

Memang ZRA gaji besar, tapi tak ada kad bank! Memang itu luar biasa insan ini. Bayaran makan tengahari saya tidak perlu difikirkan kerana tentu beliau bayar. Saya hanya memandu kereta ke mana saja beliau mahu.

Macam biasa, saya akan memandu beliau ke Kampung Baru, atau saya pernah perkenalkan makanan Melayu di Pantai Dalam.

Petang, kadang-kadang beliau ajak lepak stesen keretapi KTMB.

Tapi dalam sejarah hidup saya, saya pun sebagai manusia biasa, pernah kena tengking dalam telefon. Fuh! Berderau darah.

Orang yang baik hati walaupun ada yang mengatakan saya meletakkan jawatan di TVAlhijrah kerana beliau. Itu hanya gosip! Hahaha...

Sampai sekarang saya tetap berkomunikasi dengan  beliau. Beliau boleh tulis panjang-panjang sewaktu menulis Whatapps (dulu zaman Blackberry Messenger)

Itulah kenangan dan ucapan terima kasih kepada orang penting di dalam dunia TV

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

Pelajar Perubatan Mesir Tidak Tahu Menulis E-mel

DI DALAM kauntung e-mel saya ada bermacam-macam e-mel yang masuk. Ada yang memohon kerja, ada yang minta duit, ada yang mohon itu dan ini. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua mahasiswa perubatan kita kerana mereka ada kelulusan pendidikan sama ada memperoleh 8A-10A ketika di peringkat SPM. Saya juga berkeyakinan bahawa mereka mendapat A1 untuk matapelajaran di dalam Bahasa Melayu. Tetapi, apabila saya mendapat e-mel sebegini daripada seorang pelajar Perubatan Mesir, harapan saya itu sudah luntur. salam us syafiq name sy siti markonah bt marpitun tahun 3 univ kaherah (jawatan beliau) hajatnye nk jual buku2 terbitan PTS kat mesir ni ade kemungkinan x??? tp ni bru dlm peringkat proposal oleh individu.iAllah,kalo boleh dibuat, sy akan maklumkan pd ktue saye utk dibincangkan dgn lebih lanjut.pastu,buleh x us tolong find out mcm mane proses die seperti penghantaran,diskaun utk pemborong,untung bersih,etc...harap sgt us boleh tolong sbb buku2 terbitan PTS dpt smbutan yg amat men...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)