Langkau ke kandungan utama

TVALHIJRAH DAN SAYA


TVALHIJRAH DAN SAYA


Kira-kira hampir sepuluh tahun lalu, saya menjadi sebahagian daripada keluarga awal TVALHIJRAH (TVAH) dan selepas ini akan disebut TVH.

Secara rasmi saya berkhidmat pada 18 Oktober 2010 hingga 28 Februari 2012.

Ia adalah satu tempoh yang singkat. Ya sekitar 1 tahun 4 bulan. Tapi daripada pengalaman kecil itulah saya mendewasa menjadi seorang yang kenal dunia penyiaran.

Di ruang kecil pejabat JAWI,  kini jadi Pejabat Penguatkuasa JAWI (LOKAP JAWI) saya ditempatkan.

Saya masih ingat lagi, tugasan pertama yang Pengurus saya serahkan pada waktu itu,  Pn Hjh Ainur Mahdiyah Zahra Abdullah ialah mengedit rancangan Misteri Alam Melayu.

Bayangkan pada waktu saya fikir, "saya bukan orang Usuluddin,  tapi saya orang Syariah" kena buat penyelidikan tentang semua isu-isu akidah dan khurafat. Cabaran pertama pun bermula di sebalik bilik kecil itu.

Saya diberi amanah kedua pula, mengisi program tazkirah untuk persiapan TVH yang bakal bermula beberapa minggu lagi.

Ya. Saya berkhidmat tatkala siaran ujian pun belum bermula. Kemudian, kami pun staf awal TVH diberi amanah menyediakan persiapan menjelang pelancaran TVH pada 1 Muharam.

Saya terharu apabila pengurus saya mengizinkan saya dipinjamkan sebagai Pengacara Assalamualaikum. Maka hampir sebulan kami dilatih oleh Nizal Mohammad bagi memastikan ilmu penyiaran dikuasai dengan sebaiknya.

Akhirnya, saya Amin Idris dan Amna Faisal dipilih sebagai pengacara pertama siaran rancangan Assalamualaikum ini.

Detik sukar menyiapkan sebuah stesen bercirikan dakwah. Orang di luar lihat cantik dan kemasnya penyiaran sebuah rancangan.

Tapi kalian tidak tahu betapa sukarnya pada waktu itu pihak pengurusan berhempas pulas memikirkan yang terbaik untuk dihidangkan kepada penonton.

Pada waktu yang sama, kepercayaan demi kepercayaan diberikan kepada saya.

Insan yang paling bertanggungjawab membawa saya ke hadapan ialah Syirfan Indra. Ya, beliau seringkali memberi input dan nasihat berguna. Beliau amat mempercayai kebolehan dan bakat saya.

Beliau mengesyorkan agar nama saya dijulang untuk bertugas di Greece, dan tentunya menunaikan ibadah haji.

Pergh! Cabara getir sewaktu berusia 26 tahun dan amat jahil ilmu penyiaran pada waktu itu tetapi saya diberikan amanah kepercayaan. Moga Allah yang membalas jasamu Tuan.

Dalam tempoh hampir sepuluh tahun inilah saya mengarang semula supaya generasi sekarang di TVH tahu betapa kami bermula di sebuah bilik kecil. Matlamat asal menyiapkan sebuah siaran dakwah untuk ummah.

Jika anda tanya kepada warga kerja TVH,  berapa ramai yang mengalir airmata sewaktu buat editing (khusus Penerbit dan Editor) siaran. Betapa semua mencintai kandungan siaran.

Hari ini,  setelah hampir 10 tahun, saya tetap ingati tugasan menyiapkan produk paling penting iaitu rancangan untuk Ustaz Don.

Sepanjang Ramadan tahun 2011, saya diberi amanah menerbit rancangan Ihya Ramadan yang diisi oleh Us Daniyal Biyajid. Begitulah kisah bermula sebelum 30 Minit Ustaz Don tiba-tiba menjadi bualan hangat seluruh Malaysia.

Kami sebagai warga kerja awal di TVH mendoakan yang terbaik buat TVH untuk masa ke hadapan.

Membangun bukan kerja mudah. Ini amanah Allah.

Kami sayang semua.

#TVALHIJRAHUNTUKSEMUA

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)