Langkau ke kandungan utama

ZIKRAYAT EPISOD 4



IKIM, INSPIRASI INFORIA ISLAMI

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah ungkapan awal yang dapat disandarkan dalam Majlis Meraikan Ulangtahun Kelahiran dan Perpisahan yang dilakukan Bahagian Radio pada tengah hari tadi.

Terima kasih kepada Puan Roziana Roslan yang merupakan Pegawai Khas Pentadbiran Bahagian Radio (P.A)  yang siapkan pulut kuning dan rendang special.

Tiada kalam lebih indah dapat dituturkan buat teman-teman yang hadir tengah hari tadi. Saya hadir ke Kuala Lumpur atas jemputan Bahagian Radio.

Sungguh, saya akan mengarang lagi untuk episod Zikrayat untuk memperincikan kisah-kisah di sebalik dunia penyiaran.

Saya mula berkhidmat pada 1 Mac 2012 secara rasmi tetapi memohon meletak jawatan pada 20 Mac 2016.

Kemudian masuk kembali ke IKIM kali kedua pada 18 Mei 2018 (seminggu selepas PRU ke-14) sehingga 30 November 2018 menggantikan  Faiz Hj Othman yang bercuti sabatikal (ahaks!)

Kemudian menerima tawaran IKIM kali ketiga bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2019. Kenangan panjang yang sukar dipadam.

Terima kasih semua yang turut bersama tadi.

Saya beritahu Faiz, "Aku yakin akan kembali lagi selepas ini sebagai.....hahaha"

--

Ada dua insan yang saya perlu rakamkan dalam Zikrayat kali ini.

Puan Fairiza dan Puan Roziana. Mereka adalah Pembantu Tadbir dan Setiausaha Pejabat di Bahagian Radio.

Tapi, mereka yang banyak memudahkan tugas-tugas saya sepanjang di radio.

Biarpun nampak tugasan mudah, tetapi saya fikir tugasan sebagai Pembantu Tadbir yang digalas oleh Puan Fairiza lebih rumit. Sampai sekarang saya memang tidak akan mendokumentasikan bahan.

Sebab itu dalam pentadbiran, mereka merupakan insan yang amat penting. Biarpun tahun 2019 saya tidak banyak menerbitkan program radio,  tetapi kecekapan tugasan mereka wajar ditabir.

Terima kasih buat Puan Fairiza dan Puan Roziana.

:) 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

2024 : Membuka Tirai

SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) Idea untuk menubuhkan sebuah institusi yang akan menjadi kesinambungan dan seterusnya menjadi era baru kepada pendidikan agama Islam di Negeri Johor Darul Takzim tercetus pada awal tahun 1997 apabila sekumpulan guru-guru kanan Maahad Johor; iaitu Ustaz Khudzairi bin Hj Jabar, selaku Pengetua, Datin Rohana binti Mohd Yassin, Penolong Kanan I, dan Ustaz Mohamed Salleh bin Sanwan, Penolong Kanan II pada ketika itu mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Hasil dari perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dengan nama INSANIAH yang menjalankan programprogram berkembar dengan Universiti AlAzhar dalam bidang-bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan graduangraduan dari INSANIAH akan menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar di tahun akhir. Ma...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)