Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

Watak Dalam Karya

SEPANJANG saya menghasilkan cerpen, ini adalah nama-nama watak yang pernah saya gunakan. Cerpen saya berjudul "Sebuah Rahsia Merdeka" yang memenangi anugerah Hadiah Penghargaan, Sayembara Cerpen Jawi, saya menggunakan nama Hud, Nazim dan Riko. Ketiga-tiga orang watak ini sengaja digunakan. Hud dan Nazim adalah mantan kepimpinan PMRAM. Kini, seorang pegawai bank di Bank Negara Malaysia dan seorang lagi Pensyarah di Universiti Malaysia Perlis. Cerpen saya berjudul "Hadiah Untuk Ustaz" yang disiarkan di Berita Minggu, saya menggunakan nama Zaidi, Nizam dan Hadi. Zaidi adalah kawan saya semasa di Maahad Johor, manakala Hadi adalah mantan Timbalan Presiden PMRAM satu ketika dahulu. Nizam adalah nama Ustaz Hairul Nizam Mat Husain yang saya gunakan untuk sandarkan kepada watak itu. Kemudian cerpen saya berjudul "Ramadan Terakhir di Kaherah" yang disiarkan di dalam Berita Harian Sabtu, saya gunakan nama Nuaim; salah seorang teman yang saya kenali amat akrab. Cerpe

Buku PTS Jadi Pilihan Pelajar Walaupun Di Kedai DBP

SEMALAM saya ke Forum Intelektual Bahasa Melayu dalam Filem dan Drama. Ramailah orang-orang filem dan drama yang hadir. Antaranya Senator Tan Sri Dr Jins Shamsuddin, Datuk Yusof Haslam dan Raja Azmi. Forum ini dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah serta bersama tiga orang ahli panel iaitu Prof Dr Teo Kok Seong, Dr Mahadi J Murat dan Tuan Haji A Rahim Abdullah. Program ini adalah program yang teramai dihadiri di Dewan Seminar DBP kerana dikatakan bahawa DBP semenjak awal tahun lagi tidak mengadakan program sebegini. Ini memberikan peluang kepada rakan bahasa dan sastera bertemu mesra di samping dapat menambahkan ilmu setelah warga sastera haus dengan program DBP. Memang benar seperti rakan-rakan yang bersama-sama saya di dalam majlis tersebut berkata, "Tahun ini DBP sunyi dengan program sastera di dewan seminar ini." Selepas tamat program, saya ke Galeri DBP (Kedai Buku) di tingkat satu. Sebilangan peserta yang hadir ke dalam program tersebut juga singgah ke k

Siapakah Di Sebalik PTS Publication?

Siapakah di sebalik PTS Publications & Distributor Sdn Bhd? Kenali warga kerja PTS yang kini berjumlah lebih 100 orang.

Bicara Kepada Seorang Timbalan Presiden dan Naib Presiden

Seorang timbalan presiden besar kuasanya. Takwim adalah makanan hariannya. Kalendar adalah minuman khasiat pula. Naib Presiden bukan berlenggang sahaja. Muhafazah tentu jadi bilik singgahnya. DPM tentu bergembira. Menyambut seorang wira suara. Seorang timbalan presiden bijak mentafsir. Tetapi dia bukanlah seorang ahli sihir. Biarpun tugas penat dan letih. Hanya Tuhan berkuasa memilih. Naib Presiden bijak bicara. Setiap masa mikrofon sahaja. Tetapi pelik membawa kereta. Erm...biarkanlah...kerana dia amat menyukainya. Seorang timbalan presiden dahulu perancang kewangan. Kemudian, seorang naib presiden pula menyambung rancangannya... Tetapi sekarang entah apa dibuatnya. Dua-dua urusan pentadbiran pula. Ini adalah bicara kepada seorang timbalan presiden dan naib presidennya... sebuah persatuan tertua di bumi bertuah.

Apa Ada Pada Sebuah Bicara

Apa Ada Pada Sebuah Bicara, Seorang mantan kepimpinan sebuah persatuan tertua di bumi bertuah. Yang pernah melalui liku-liku kehidupan bersama. Yang pernah menjarah setiap ketentuan di mana berada. Apa Ada Pada Sebuah Bicara, Seorang mantan mahasiswa Al-Azhar. Yang mengetahui betapa ripuh denai menentang musuh yang nyata. MSD tetap perasan yang mereka berkuasa. Apa Ada Pada Sebuah Bicara, Pagi-petang-malam mesyuarat sahaja. Tuntutan tugas hamba seorang tuannya. Mencari ruang belajar kepimpinan. Apa Ada Pada Sebuah Bicara, Setelah hampir setahun tidak bersua. Ketawa-riang-suka-dan duka. Adalah anugerah dari Yang Maha Esa. **** PESTA BULAN JULAI akan bermula. Pesta bulan ini juga merupakan masa kesibukan kepimpinan PMRAM dan anggotanya menjalankan segala tanggungjawab yang nyata. Saya mendoakan agar semuanya berjalan dengan sempurna. Kenang daku dalam doamu...

Sakaratul Maut Berikan Anugerah

Sakaratul Maut Berikan Anugerah PERSEMBAHAN PENTAS berjudul 'Sakaratul Maut' yang diadakan secara praktikal baru-baru ini menerima tuah apabila karya ini diberi penghormatan menerima Anugerah Persembahan Terbaik. Sebagai pencetus idea, saya merasakan komitmen yang diberikan oleh pemain watak, Ema dan Rina di pentas persembahan memberikan gambaran bahawa teater Islam diterima umum. Saya bergembira kerana saya berjaya mengetengahkan konsep persembahan Islami di dalam karya. Ada pihak juga yang memohon untuk saya mengarang bagi sambutan Maal Hijrah, Maulidur Rasul dan perayaan-perayaan Islam yang lain. Pengarah ternama Rahman Adam (FFDM) telah memberi peluang untuk saya mengarang skrip pementasan yang bakal dihadiri oleh anak-anak yatim di negeri Melaka. Insya-Allah, saya sedang menyiapkan proses pengarangan untuk dipentaskan di sana. Kisah atau idea 'Sakaratul Maut' tercipta selepas saya menunaikan solat Asar. Kisah ini berlatar belakang kehidupan akhir apabila ibu sudah

PTS.fm : Bicara Karya

Dengarkan bicara saya DJ Syafiq dan Ilham Hamdani , salah seorang pengarang PTS melalui karya barunya berjudul Bara Cinta Canberra di radio rasmi PTS.fm Tuan Ilham Hamdani juga merupakan salah seorang ahli Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) dan kini masih lagi bertugas di Kedutaan Besar Malaysia Canberra, Australia. Mana-mana peminat, penyokong industri sastera yang ingin berbicara seputar sastera di bilik konti PTS.fm. bolehlah menulis emel kepada saya. Insya-Allah, saya akan menemuramah di samping berbual ilmiah berkenaan isu seputar sastera. Untuk rekod, baru-baru ini saya telah berbicara di dalam bilik konti PTS.fm berkenaan isu, BENARKAH KARYA SASTERA TIDAK LAKU DIJUAL DAN TIDAK DIBACA?

Royalti Buku

SEKARANG SUDAH masuk bulan Jun. Oleh itu, Jabatan Kewangan PTS sudah mula menjalankan tanggungjawab membayar royalti buku yang dijual pada tahun kewangan 2009. Mana-mana buku yang terbit pada tahun 2009, maka royalti itu dibayar pada tahun ini. Tahukah kita bahawa, ada seorang pengarang yang jumlah royaltinya adalah RM 80,978.79. Wow! Hanya dengan sebuah buku terbit di PTS, royalti yang diterimanya adalah begitu tinggi sedemikian rupa. Royalti yang paling tinggi diterima oleh pengarang PTS adalah melebihi RM 100,000.00. Ini bukan keajaiban. Ini adalah realiti yang berlaku di dalam PTS. Jikalau kita tidak memulakan langkah menjadi pengarang pada hari ini, tentu kita tidak akan merasai habuannya pada kemudian hari. Tambahan : 1. Saya sedang terfikir-fikir bahawa jikalau kerja makan gaji pun, sebulan (RM 4,000) darab dua belas bulan bersamaan RM 48,000. Meriahnya jadi pengarang pada hari ini. 2. Saya sedang membina motivasi kendiri...

Mencari Pelakon Filem KKC

JUMPA KAMI DI SACC MALL, SHAH ALAM, Sabtu ini 19 Jun 2010 bagi ujibakat pelakon-pelakon baru filem Karipap-Karipap Cinta. Adakah anda pelakon yang kami cari nanti... Tempat : SACC Mall, Shah Alam, Selangor Masa : 12.00 tengah hari - 2.00 petang

Perginya Seorang Ulama PAS

Percaya atau tidak, Ustaz Hassan Shukri sudah pergi. Maklumat paling rapat dan tepat yang merentas di cuping telinga saya adalah Ustaz Hassan Shukri jatuh di dalam bilik air pada pagi Isnin yang lalu. Allahyarham di bawa ke Hospital Selayang dan disahkan meninggal dunia pada jam 2 petang itu. Allahyarham baru sahaja pulang dari menghadiri Muktamar Tahunan PAS Pusat yang diadakan di Kelantan. Sumber memaklumkan bahawa Allahyarham memandu sendirian sepanjang di dalam perjalanan dari Kelantan ke Selangor (Taman Melewar) tempat tinggal beliau. Seluruh kepimpinan PAS khususnya dan rakyat yang mengenali beliau amat terasa dengan kehilangan seorang lagi ulama yang telah banyak berjasa kepada parti Islam khususnya. Saya tidak begitu rapat dengan Allahyarham tetapi saya mengenali Allahyarham selepas pulang dari Mesir. Kali pertama saya bertemu dengan beliau ketika di Markaz Tarbiah Taman Melewar pada bulan Disember tahun yang lalu. Waktu itu, saya selaku peserta program Ulama Pelapis a

Menanam Pengalaman di Pentas Drama

Aliff di antara orang yang bekerja kuat di dalam penggambaran ini Menanam Pengalaman BANYAK kali saya terfikir dan termenung sendiri. Pertama, soal rezeki. Saya diberikan kemudahan dan kelancaran di dalam setiap perjalanan kehidupan ini. Apa yang terbuku di hati dimakbulkan Allah Taala. Begitulah perencanaannya. Saya pernah menanam tekad untuk melihat sendiri bagaimana proses sesuatu penggambaran drama tv dilaksanakan. Hasrat itu telah dapat disempurnakan hujung minggu yang lalu. Berkampung di homestay Sungai Rambai, Melaka tentunya memberikan pengalaman yang sungguh bermakna. Terima kasih kepada team Dramatis Camar Pesona, salah satu pusat produksi latihan drama dan teater yang memberikan peluang saya bersama-sama kalian bersahabat di dalam dunia produksi drama. Dunia seni ini luas. Seperti genre muzik, jika kita mahu mengetahui di mana kelebihan yang ada pada diri sendiri, tentunya kita mencuba semua genre. Begitulah yang terjadi kepada saya. Saya menggodam semua jenis seni termasuk

Muktamar PAS Pusat

MUKTAMAR SANAWI PAS PUSAT sedang berlangsung. Saya tidak dapat ke Kelantan. Begitulah ucapan yang saya tuturkan semasa mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak. Beberapa hari lalu, Ketua Pemuda saya ditahan polis...(seronok juga kadang-kadang..) Tentu ada isu hangat yang dibahaskan. Keping-keping gambar yang saya terima terus dari Kelantan, ramai juga teman-teman yang bersama-sama menghadiri muktamar kali ini. Dr Asri Zainul Abidin (mantan Mufti Kerajaan Negeri Perlis) pun turut bersama. Saya sudah dengar desas-desus yang Pemuda PAS akan adakan teater muzikal di Istana Budaya. Wah! Saya akan tunggu perkembangannya nanti. Minggu ini saya bujang sahaja di rumah. Tidak beristeri. Semua teman-teman serumah ke Kelantan menghadiri muktamar. Apa juga yang dibincangkan...semoga terus cemerlang sebagai sebuah parti besar negara satu masa nanti. TAHNIAH TAHNIAH Tambahan : Orang yang tahu inti Al-Quran sahaja tahu betapa pentingnya kita berada di dalam parti ISLAM.

Setulus Hati

Akhir-akhir ini saya jadi malas mencatat. Barangkali saya sudah tidak bijak mengurus masa seperti dahulu. Atau mungkin juga kelas latihan lakonan yang terlampau padat. Saya jadi termenung sendiri. Ada teman yang memohon saya menulis dan tidak akan berhenti daripada melaporkan aktiviti peribadi. Hujung minggu ini saya akan ke Melaka untuk latihan penggambaran untuk drama TV. Ada ilmu baharu yang saya tahu. Ada rasa sembunyi di hati untuk mengemudi production sendiri. Namun, fikir saya biarlah saya menguruskan perkara yang lain dengan sebaiknya dahulu. Orang kata, yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran nanti. Sedari itu, saya diamanahkan untuk menjadi Assistant Director (atau dalam bahasa Melayunya Penolong Pengarah) bagi teater Sangkar Madu. Teater ini akan dipentaskan di Taman Budaya, Ayer Keroh Melaka. Di samping itu, akan ada road tour juga di Kuala Lumpur. Semalam, cikgu saya maklumkan dan meminta saya jadi penulis skrip dokumentari untuk projek kerajaan negeri Melaka. I

Produksi Bermesyuarat

KALI PERTAMA menghadiri mesyuarat produksi penggambaran drama tentunya satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Secara peribadi, saya perlu belajar konsep menghasilkan sebuah drama mahupun filem. Dari satu sisi yang berbeza, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru saya Cikgu Rosli Rahman Adam yang telah memberi kepercayaan kepada saya membawa produksi ini ke pentas utama. Biarpun saya bukan lepasan atau graduan mana-mana Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, tetapi input pelajaran yang saya peroleh memungkinkan saya mengetahui secara langsung setiap peranan yang dimainkan di dalam dunia penerbitan drama tv dan filem. Siapa pengarah, apa yang dikatakan dengan kesinambungan, dan sebagainya. Di samping itu, di tempat kerja sendiri, Tuan Faizal Mukhtar yang merupakan sifu di dalam bidang ini banyak memberikan pendedahan secara tidak langsung. Saya berdoa kepada Allah, moga-moga cita-cita saya menghasilkan sebuah filem seperti Ketika Cinta Bertasbih dan Ayat-Ayat Cinta akan dim

Merakam Penderitaan

MINGGU ini minggu penderitaan. Penderitaan buat seluruh warga keamanan buat Gaza dan misi kemanusiaan yang ditarah oleh Israel Laknatullah. Mereka yang tidak pernah 'belajar' jihad terhadap rakan seagama pasti tidak merasai lantas barangkali mereka tidak buat endah dengan kekejaman yang berlaku. Saya yang terlalu 'baru' mengenal ini pun tahu betapa kuasa harus dibeli dengan kuasa. Sedar akan maksud yang tersembunyi, saya berkeyakinan bahawa Tuhan Maha Tahu betapa setiap hambanya itu ikhlas. Tambahan : 1. Berangan-angan jadi sukarelawan yang membantu ke sempadan Gaza. 2. Seorang teman saya menceritakan kepada saya saat beliau ditahan oleh polis di sempadan Rafah/Gaza, Palestin tahun lalu dan disumbat ke dalam penjara bawah tanah Mesir. Mengasyikkan. 3. Jihad itu bukan hanya memegang senjata tetapi lebih daripada itu... Berapa ramai di antara kita yang mahu syahid?

Selepas 10 Tahun PTS Berdiri...

Sifu PTS di akhbar Berita Harian. Siaran janji PTS juga akan disiarkan di TV9 sepanjang minggu ini...

PTS.fm di Berita Harian Hari Ini

Radio buku PTS.fm Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim PEMINAT buku terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd kini berpeluang mendapatkan maklumat terkini buku terbaru syarikat terbabit melalui laman web rasmi www.pts.com yang menyediakan siaran PTS.fm di samping mengenali penulis dengan lebih dekat. Eksekutif Perhubungan Awam, Roslan Isa, berkata PTS.fm yang diterajui Jabatan Pemasaran PTS akan mengetengahkan konsep penyampaian ilmu dan sumber maklumat mengenai buku bagi memberi peluang kepada karyawan mempromosikan buku terbaru terbitan PTS. Program PTS.fm berjudul Dunia Buku Kita tidak hanya sekadar mengajak pendengar mengenali senarai buku terbaru, malahan membuka peluang kepada penerbit buku dan pemilik kedai buku mempromosi produk mereka melaluinya sebagai satu cara syarikat terbabit menghargai pembaca tegar PTS. “PTS.fm akan menerbitkan pelbagai segmen seperti program Wahyu, Buku, Srikandi, Majalah dan Sastera. Program Wahyu menampilkan segmen Mari Ingati dan Pesan Nabi bertu

Iklan PTS di TV9

Tuan-tuan dan puan-puan sidang pengunjung dijemput menonton Kontrak Sosial PTS bersama TV9 pada waktu-waktu berikut : Tarikh Masa 31 Mei 14.29 petang 31 Mei 14.59 petang 31 Mei 18.28 petang 1 Jun 14.30 petang 1 Jun 16.30 petang 1 Jun 18.30 petang 2 Jun 14.30 petang 2 Jun 18.30 petang 3 Jun 14.30 petang 3 Jun 16.30 petang 4 Jun 14.30 petang 5 Jun 14.30 petang 5 Jun 18.30 petang 6 Jun 14.30 petang 6 Jun 15.30 petang Inilah janji kami... Mengeluarkan buku yang mematuhi piawaian sebagai penerbit buku bahasa Melayu terbaik di Malaysia.