Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2010

PMRAM DIMINTA JANGAN MENYUSAHKAN PELAJAR

Assalamulaikum, Pelajar-pelajar yang dihormati lagi disayangi, 1. Secara peribadi saya selaku penasihat pelajar memaklumkan bahawa apa yang berlaku di Tanta itu amat mengecewakan banyak pihak. Hal ini kerana kami datang dari jauh ke sana untuk membantu pelajar bagi memudahkan urusan mereka (urusan pengesahan/zakat dll) bukan menyusahkan. 2. Saya juga menasihatkan pelajar, jangan menyusahkan diri melakukan kerja-kerja polis dengan memeriksa kami. Saya dapati wakil PMRAM (pelajar) di Tanta tersebut ditelefon sebanyak 8 kali sewaktu berada di dalam kuliah oleh polis. Kemudian dimarahi pula selepas itu (Polis itu kerani rupanya). Saya berpendapat ini menganggu pembelajaran pelajar terbabit. Jika ibubapa pelajar tersebut tahu mungkin mereka juga tidak merestui hal itu berlaku kepada anaknya. 3. Apa yang berlaku itu bukanlah fitnah tetapi dakwaan seolah-olah sebagai wakil Kedutaan berdasarkan kewujudan polis dan kenyataan Puan Salwa (boleh rujuk padanya)dan beliau sedia dirujuk. Kaedah fiq

Mari Ketawa Ramai-Ramai

PERATURAN DMAK YANG TELAH DIUBAH!!! Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di atas sebidang tanah seluas 2,212 meter persegi yang telah dianugerahkan kepada kerajaan Malaysia mulai tahun 1960 dan diletakkan di bawah kelolaan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) Hujah-hujah saya adalah seperti berikut : 1. Mengapa keluasan tanah itu sama seperti tanah yang diberikan oleh kerajaan Mesir kepada PMRAM? 2. Benarkah tanah itu dianugerahkan kepada kerajaan Malaysia? (Tolong jangan perasan) 3. Mulai tahun 1960, bangunan itu diambil alih. Mengapa pada tahun tersebut, sedangkan PMRAM sudah ditubuhkan semenjak 1930 lagi? (Mari ketawa ramai-ramai) Wahai Tuan-Tuan Pegawai JPMK yang tidak dihormati, Tahukah Tuan bahawa saya 'lebih pakar' di dalam bidang kajian sejarah berkenaan PMRAM. Jika saya bertanya kepada Tuan soalan-soalan berkenaan sejarah ARMA (nama asal bagi DMAK) adakah Tuan dapat menjawab

NUMRAM : Usah Jadi Barua Mahasiswa

Gambar dicuplik daripada laman web UMNO Mesir ENTAH daripada mana datangnya pasukan ciptaan ini. Kedatangan Menteri Besar Johor, YAB Dato' Abdul Ghani Othman baru-baru telah dihuru harakan oleh komuniti NUMRAM (Nadi UMNO Mesir) yang mengatakan konon-kononnya 90% anak-anak negeri Johor terlibat dengan politik pembangkang. Nah! Gambar di atas juga pastinya menjadi bukti bahawa pasukan 'barua' ini yang bertempik-tempik kepada YAB Menteri Besar Johor tentang hal ehwal ini. Bukankah budak-budak di atas ini juga yang bertahun-tahun tidak tamat pengajian di Mesir. Bagaimana pula mereka sempat membuat kajian tentang trend mahasiswa di Mesir? Ketawa sejeda. Barangkali saya fikir pasukan ini hanya sibuk membuat kajian-kajian palsu kemudian 'tidak pernah lulus' dan menamatkan pengajian di Mesir. (Duduk Mesir kerja buat kajian cari gali dan cat rumah orang) Siapakah mereka ini? Adakah Nadi UMNO Johor Mesir yang sengaja dicipta-cipta? Barangkali mereka juga adalah pasukan 'p

Dari Hati Kecil Ini...

DALAM MASA SEMINGGU ini, banyak perkara yang berlaku. Saya tidak dapat mencatatnya satu persatu kerana melaksanakan beberapa perkara. Di Malaysia, PRK Hulu Selangor berlangsung kemudian di Mesir pula mahasiswa dicaca-merbakan hidup mereka oleh pegawai JPMK. Saya memerhati, membaca fakta demi fakta yang saya kumpul. Saya tidak mahu berbicara mendalam berkenaan hal ehwal Mesir kerana 'risau' jikalau ada kepimpinan yang menyampuk, "Usah sibuk-sibuk dengan urusan kami di Mesir." Sebab itu, saya memilih untuk berdiam dan tidak mahu menjawab sebarang isu yang berlaku di Mesir kerana saya tidak berada di tempatnya. Bermula isu Pengerusi Tanta yang merupakan junior saya di Mesir, kemudian beralih kepada isu ARMA yang didiskusikan oleh Encik Zulkifli Din, pegawai di JPMK. Begitu juga dengan isu-isu sekitar yang berlaku terhadap mahasiswa. Laporan demi laporan saya terima di dalam kantung e-mel menyarankan saya menjawab, tetapi saya lebih selesa memilih untuk berdiam diri. Isu-

Dari Meja Chairman

Puan Ainon Mohd (berpakaian coklat) adalah Chairman PTS. (dipetik daripada laman blog Sifu PTS) PTS Berminat Membuka Stesen Radio Ilmu http://universitipts.com Lembaga Pengarah PTS berminat memasuki sektor media radio tradisional. Ini bermakna PTS perlu mendapat lesen bagi membuka stesen penyiaran yang dapat memancarkan siarannya ke seluruh negara. Pada masa ini PTS adalah sebuah penerbit buku-buku yang bermutu tinggi dari sudut ilmu dan maklumat yang terkandung dalam buku-bukunya. Konten dalam buku-buku itu sangat sesuai diterbitkan sebagai rancangan radio. Jumlah penulis PTS yang sudah melebihi angka 400 orang juga adalah aset yang sangat berguna kepada stesen radio PTS nanti. Mereka semua berpeluang muncul dalam rancangan dalam bidang kepakaran masing-masing. Projek membuka stesen radio adalah salah satu projek masa depan PTS. Lembaga pengarah mempunyai rancangan jangka panjang menjadikan PTS benar-benar sebuah syarikat media. NOTA: Saat ini PTS sedang bekerja keras melaksanakan ker

Kalau Sudah Jodoh

SEJAK tahun 2003, saya bercita-cita melanjutkan pengajian ke salah sebuah pusat pengajian tahfiz Al-Quran. Maka, pada bulan April 2003 (kira-kira tujuh tahun yang lalu) saya pergi menjalani temuduga untuk menempatkan saya ke Darul Quran di Maahad Muar, Johor pada waktu itu. Percaya pada rezeki, saya tidak berjodoh dengan Darul Quran dan akhirnya ditempatkan ke Universiti Al-Azhar sejak akhir 2004-2009. Hari ini, selepas tujuh tahun meladeni dunia pernghijrahan ini di samping saya sudah bergelar graduan, kali pertama saya berjodoh untuk bertemu dengan Darul Quran, JAKIM. Tatkala berada di dalam masjid DQ, hati saya terdetik,"Betapa rindu saya pada suara imam yang mampu membaca ayat-ayat Quran surah panjang". Realitinya, pada hari ini saya berhadapan dengan surau dan masjid di Malaysia yang hanya membaca surah lazim pada setiap kali waktu solat. Barangkali kerinduan mendengar ayat-ayat Allah terlaksana apabila mendengar suara imam di masjid Darul Quran di Kuala Kubu Bharu. Saya

Usah Sempitkan Pemikiran

Ustaz Meeftah Anuar di MHI PAGI INI, Ustaz Meeftah Anuar, mantan Badan Pengurus PMRAM ke udara di rancangan Malaysia Hari Ini. Tahniah, tahniah, tahniah. Namun, dari satu sisi yang berbeza saya berpandangan pastinya akan kedapatan tempelak besar daripada golongan taasub yang berpandangan bahawa apabila terlibat dengan rancangan di TV3, maka mereka adalah golongan yang berfahaman kerajaan dan UMNO. Aduhai, saya cukup sedih apabila masih terdapat dan wujud sesetengah pemikiran bahawa apabila kita mengisi program kerajaan dan UMNO, kita digolongkan di dalam UMNO. Jikalau saya berteman dengan seseorang yang dilabel Syiah seperti Faisal Tehrani, maka saya adalah Syiah. Jika saya mempengerusikan majlis Dr Mohd Asri yang dilabel Wahabi, maka saya adalah wahabi. Saudara sidang pembaca, Pemikiran jumud ini akan mematikan kecerdasan pemikiran dan pemahaman yang sebenar terhadap dunia ilmu. Islam menggalakkan kita berhujah berdasarkan fakta bukan hanya sekadar emosi.

Pengalaman Itu Adalah Anugerah

Tandatangan Dr Asri... Karya baru Dr Asri Pengacara majlis meninggalkan dewan utama Bersama saya dalam rancangan... Tanyalah Dr Asri... Sempat ambil gambar curi curi dari tempat duduk pengerusi majlis... Ramainya peminat Dr Asri yang mahu mendapatkan tandatangan.. KALAU sudah jodoh, tidak ke mana... Hari ini dalam sejarah. 21 April, saya mengendalikan acara terbesar di dalam diari peribadi. Acara yang dihadiri oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4. Sungguh ia merupakan suatu catatan dan pengalaman peribadi. Saya mengemudi acara sejak bermula majlis sehingga tamat sesi. Sungguh pengalaman bertemu dengan Dr Mohd Asri Zainul Abidin buat kali pertama juga memberikan getaran di dalam jiwa sebagai seorang anak muda yang baru mengenal betapa 'pembaharuan' itu adalah suatu amanah. Tambahan : Saya mahu talfiq mazhab. Bolehkah?

Saya@Hulu Selangor

Saya sudah mula turun ke lokasi sepertimana arahan yang telah dikeluarkan oleh pimpinan. Biarpun pertarungan kali ini adalah pertembungan di antara MIC-PKR, tetapi realitinya anggaplah pertembungan kali ini seperti UMNO dan PAS. Bagi mereka dari luar negeri Selangor yang ingin bersama, boleh sahaja hubungi saya. Saya akan tempatkan tuan-tuan sekalian di Rumah Gombak. Kita di Gombak mempunyai sebuah rumah untuk beroperasi. Saya telah mengarahkan jentera di bawah pentadbiran saya untuk turun ke lokasi menjalankan misi meraih undi. Biarpun cabaran demi cabaran yang dihadapi oleh calon kita, Zaid Ibrahim tetapi percayalah bahawa usaha kita melambangkan kekuatan. Realitinya, bendera BN lebih sedikit berbanding dengan bendera PKR di Hulu Selangor (pemerhatian pada 3 hari pertama). Namun, dari satu sisi yang berbeza, kita dimaklumkan bahawa banyak kain rentang PKR dicabut dan ditanggalkan. Pihak musuh boleh lakukan apa sahaja untuk memastikan mereka menguasai dan meracuni pemikiran penduduk H

Saya Bersama Nazri Kahar

Saya akan bersama Saudara Nazri Kahar (Astro Awani) untuk mempengerusikan majlis itu nanti di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Saya akan bertindak sebagai pengerusi majlis umum dan beliau akan dilantik sebagai pengerusi khas bagi diskusi buku Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Terima kasih kepada pihak penganjur yang menjemput kami.

Pengacara Majlis di Yayasan Kepimpinan Perdana

ESOK HARI, saya akan bersama Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad bagi melancarkan buku karya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berjudul 'Mengemudi Bahtera Perubahan Minda'. Saya ditugaskan sebagai pengacara majlis bagi acara tersebut. Kelengkapan dan persiapan telah disiapkan. Insya-Allah, majlis akan diadakan di Putrajaya. Saya difahamkan SB akan memenuhi ruang dewan disebabkan Dr Asri masih bagi di dalam urusan kes mahkamah dan isu-isu baru yang berbangkit terhadap hasil tulisan beliau di Malaysiakini.

PTSfm Akan Menemui Anda

SETELAH PTS mempunyai studio sendiri, kita sudah merancang-rancang mengadakan PTS Radio. Perkembangan baik ini amat menggembirakan hati saya. Seronok melihat PTS maju setapak demi setapak dengan bantuan-Nya. Saya sudah disapa-sapa oleh Tuan Roslan Md Isa bahagian pemasaran PTS untuk membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut. Tahniah-tahniah-tahniah. Barangkali radio PTS akan diadakan secara tertutup dan apabila tiba masanya kita akan siarkan ke udara (on-air).

Serupa Tapi Tak Sama

gambar ihsan aminstudio DI DALAM usrah Pemuda Kawasan Gombak, Saudara Habibullah ditugaskan sebagai Ketua Unit Jemaah Dun Hulu Kelang. Kali pertama saya bertemu beliau, mahu sahaja terkeluar di dalam mulut berkata, "saudara abang kepada Ustaz Azlan Hj Alias kah?" Oleh sebab saya buat kajian yang mendalam, keputusannya beliau tiada kena mengena dengan Naib Presiden II PMRAM (2010) itu. Fikir saya, ada hikmah di antara mereka berdua. Gambar di atas adalah Naib Presiden II PMRAM pada sesi baru ini. Beliau sudah berumah tetapi belum membawa naik tangga. Maksudnya berumah tanpa tangga. Beliau juga salah seorang suara emas di dalam PMRAM tetapi masih mempertahankan kejuaraannya daripada saya. Ustaz Azlan yang budiman, laksanakanlah tanggungjawab untuk anak-anak kita di muhafazah. Moga-moga saudara pengganti kepada Ustaz Muhammad bin Hj Arshad yang amat kerap turun bersama ahli di muhafazah. Insya-Allah, nanti saya temankan saudara untuk berjaulah ke rumah ahli.

Macam-macam hal

"Sepanjang saya menjadi juri, awak seorang sahaja yang tidak memandang kamera tetapi memandang dinding."- Ustaz Tarmizi Tercipta di dalam sejarah ujibakat rancangan Imam Muda, satu-satunya peserta yang tidak pandang kamera tetapi memandang ke arah dinding. Beliau memaklumkan bahawa beliau gerun melihat penonton di hadapan. "Biasanya imam tidak pandang jemaah. Imam pandang kiblat." Begitulah seloroh peserta yang hadir ke sesi ujibakat rancangan Imam Muda. "Adakah anda Imam yang kami cari..?"

PTS Terus Maju

PEMBINAAN studio PTS sudah disiapkan. Tiga buah bilik studio sudah mula beroperasi. Sejujurnya, saya berbangga dengan pencapaian yang diperoleh ini. PTS sudah ada bilik studio masakan, bilik studio rakaman dan bilik studio fotografi. Sebagai salah sebuah penerbit buku, bilik studio amat penting untuk dibina. Ini bagi menjamin kos pengeluaran kewangan bagi mengadakan kerja-kerja freelancer (kerja sampingan) dapat dijalankan di tempat sendiri. Sedia maklum bahawa buku perlu disenikan dengan reka bentuk kulit buku. Selain itu, buku juga berperanan besar untuk dimuzikalkan. Saya telah menghantar kertas kerja pembangunan PTS bagi memberikan faedah kepada PTS menggunakan bilik studio rakaman itu. Dikhabarkan bahawa mikrofon di dalam bilik studio itu 'amat berat' untuk dipegang. Tahniah PTS. (Gambar di atas hanyalah gambar hiasan.)

Pertemuan Singkat Bersama Ketua DPPP

SIANG tadi, saya melakukan pertemuan singkat bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin bin Hassan At-Tantawi di Pejabat Agung PAS Pusat, Jalan Raja Laut. Ada isu seputar yang dibicarakan. Ada taklifan yang diamanahkan. Ada banyak perkara yang diperbincangkan. Sedari maklum, tanggungjawab PAS pada hari ini amat besar. Pengorbanan Parti Islam Se-Malaysia sebagai salah satu parti di dalam pakatan rakyat amat besar. Hari ini nama PAS digeruni bukan sebagaimana PAS suatu ketika dahulu. Jika PAS hanya untuk orang 'berkopiah' pada zaman dahulu tetapi kini PAS adalah untuk semua. Namun, sejauhmanakah PAS mampu bekerja sebagai sebuah kerajaan Islam? Inilah sebuah amanah yang masih belum diselesaikan. Tambahan : (a) Istiqamah adalah jalan selamat. Bermain gong di Mesir tidak sama bermain gong di Malaysia... (b) AJK Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) minta saya fikirkan program 'jalan-jalan cari makan'. Macam-macam hal...

Dua Jawatan Kosong

DI PTS Publications sedang membuka dua jawatan kosong yang amat penting. Oleh kerana saya 'muka tembok', saya menghantar resume kepada pihak jabatan sumber manusia, PTS untuk menjawat jawatan penting itu. Jawatan itu tentunya urusan jawatan pentadbiran. Mentadbir unit tidak semudah menjadi seorang editor yang berada di bawah. Banyak perkara yang pasti berubah. Gaji berubah. Tanggungjawab berubah. Amanah juga semakin bertambah. Tambahan : Jawatan kosong ini hanya untuk pegawai di PTS sahaja. JAWATAN KOSONG SEKARANG : Editor Agama di PTS Publications. Sila hantar resume kepada saya jikalau anda bersesuaian untuk jawatan tersebut.

Kami Sedih Tinggalkan PMRAM - Mantan BP

Beberapa orang Badan Pengurus PMRAM yang telah meninggalkan PMRAM beberapa hari yang lalu, meluahkan perasaan sedih kerana meninggalkan dunia kepimpinan PMRAM. "Bagi saya ukhuwah di dalam PMRAM tidak sama dengan apa yang berlaku di dalam dunia yang lain," luah salah seorang kepimpinan Badan Pengurus PMRAM sesi 2009. Realitinya, begitulah yang berlaku di dalam pentadbiran PMRAM. Biarpun hanya setahun atau dua tahun mereka berada di dalam saf kepimpinan pasti ada rasa manis yang terpaksa ditinggalkan kerana menempuh alam yang baru iaitu 'bebas' dalam kehidupan sebagai seorang pemimpin. Saya juga pernah mentadbir negeri. Tetapi, apa yang saya peroleh di negeri tidak sama sebagaimana yang saya peroleh ketika di dalam PMRAM. Pasti ada warna yang terukir. Pasti ada airmata yang mengalir tatkala tanggungjawab terpaksa dilepaskan. Bukan kerana tanggungjawab ingin digalas tetapi kerana pejabat PMRAM tidak lagi dapat ditakluki sebagaimana zaman mentadbir PMRAM. "Saya harap

Jemputan Mengacara Majlis

PAGI tadi saya baru mendapat panggilan dari seorang pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menggantikan beliau sebagai pengerusi majlis acara di Putrajaya anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana. Majlis itu akan dihadiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Ada rasa cuak, gerun, dan rasa terharu kerana saya adalah insan yang dijemput bersama-sama di dalam program besar itu (lebih-lebih lagi sebagai juruacara). Pihak pengurusan memaklumkan bahawa mereka ingin menjemput Tuan Sayed Munawar (RTM) untuk mengacara tetapi 'bayaran tinggi'. Oleh itu saya sudi memenuhi permintaan penganjur. Kali terakhir saya mengacarakan majlis adalah di hadapan Dato Johan Jaafar pada bulan November yang lalu. Rasa bersemangat.

Merancang Tadbir

INI angan-angan saya. Moga angan-angan saya ini tercapai dengan jayanya... Presiden : Shahrizan Mohd Hazime Tim Presiden : Muhammad Zuhaili Saiman Naib Presiden 1 : Mohd Farkhan Md Zain Naib Presiden 2 : BP Muhafazah Naib Presiden 3 : Mohd Azlan Hj Alias Setiausaha Agung : Mohd Adlan Mokhtaruddin Timbalan Setiausaha Agung : Mohd Taufiq Mohd Dahlan (jawatan-jawatan lain, saya serahkan kepada pengundi)

Salam Untuk Badan Pengurus 2009

SIAPA tidak sedih meninggalkan PMRAM. Barangkali itulah yang dirasai oleh sebahagian besar daripada insan yang berada di dalam PMRAM. Buat mantan Badan Pengurus yang tidak lagi kekal mentadbir terutamanya, Ustaz Abdul Malik, Ustaz Nik Rosdi, Ustaz Azrul, dan ... (hanya beberapa nama disebut, pastinya hidup ini tentu sedih tanpa PMRAM. Secara peribadi, waktu meninggalkan kepimpinan PMRAM adalah waktu yang paling mengajar erti perpisahan dan kesabaran. Mengapa? Pada saya, kerana PMRAM mengajar kita sesuatu. Juga, PMRAM mendidik kita agar melakukan sesuatu. Semuanya PMRAM telah mendidik. Pasti, mereka yang meninggalkan saf PMRAM akan terus terkenang, peristiwa-peristiwa yang lalu, yang telah mendewasakan mereka di dalam PMRAM. Saya yakin dan pasti Ustaz Labib, Ustaz Meor, Ustaz Amaluddin, Ustaz Jamal Najmuddin, dan sesiapapun yang hanya setahun mentadbir PMRAM, pasti mereka belum rasa kepuasan berada di dalam PMRAM. Apa ada pada setahun? Namun, setiap ketetapan itu adalah kunci nilai yang

Bakat Dan Kemahiran Seseorang Berbeza

APABILA saudara dilantik sebagai seorang ketua, letakkan bahawa setiap orang (mereka yang berada di bawah saudara) mempunyai bakat dan kemahiran yang berbeza-beza. Usah menyamakan seorang dengan seorang yang lain. Mungkin si A boleh bertukang kayu manakala si B boleh menyanyi. Lihat kecenderungan setiap seorang daripada mereka. Kelaskan mereka kepada beberapa bahagian. Barangkali mereka selesa berada di kumpulan A, sedangkan mereka kurang selesa berada di kumpulan B. Bakat dan kemahiran seseorang itu boleh diukur dengan ujikaji demi ujikaji. Lakukan latihan yang berterusan kepada setiap individu. Bagi mereka yang masih belum mempunyai kemahiran yang berkesan, usah campakkan bahawa mereka tidak mampu melakukan perkara tersebut. Barangkali saudara perlu melatih dan memberikan bimbingan supaya mereka juga akan sentiasa terus terdorong untuk melakukan kerja-kerja itu. Semua manusia mempunyai bakat dan kemahiran.

PTS Masuk Harakah

SALAH SATU tugas Jabatan Pemasaran PTS adalah memastikan buku-buku PTS dibaca oleh masyarakat umum sama ada kelas bawah, pertengahan ataupun atas. Sudah lebih setahun PTS memasarkan pengiklanan di Akhbar Harakah, salah satu akhbar 'terpakai' oleh pembaca hari ini. Kita menjangkakan apabila ramai orang membeli Harakah, ramai juga yang akan membeli buku-buku PTS. Iklan di atas terdapat di dalam akhbar Harakah sahaja. Oleh sebab, ramai pembeli tidak membeli akhbar Utusan Malaysia mahupun Berita Harian, kita berkeyakinan bahawa pembaca akan terus menyokong akhbar Harakah sebagai salah satu medium telus dan terkini pada hari ini. Tambahan : Saya tidak perlu mengeluarkan modal untuk membeli akhbar Harakah kerana saya tinggal serumah dengan orang-orang besar penyokong Harakah.

Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda PAS Gombak

Gambar majlis perasmian. (Saudara Mohd Fauzan Madzlan di kanan sekali) MINGGU lalu, saya menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda PAS Kawasan Gombak. Realitinya, apabila bukan tahun pemilihan, mesyuarat agung tidak menjadi lama. Barangkali majlis sekitar jam 2 petang sudah berakhir. Sebagai salah seorang jawatankuasa yang mengisi kerusi kepimpinan di hadapan, banyak tanggungjawab yang masih belum terlaksana. Sebagai salah seorang Ketua bagi Jabatan Pembangunan Pelajar yang perlu memastikan pelajar-pelajar dan mahasiswa universiti seluruh Gombak diberikan penekanan serius terhadap gerak kerja dakwah, saya dengan rendah hati akan menjalankan tanggungjawab bagi sesi 2010-2011 ini. Mohon doakan agar semuanya selamat sejahtera.

Ucapan Penangguhan : Mantan Penasihat PMRAM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Didoakan Presiden, Badan Pengurus, HEWI, Penasihat dan semua para perwakilan berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Pada kesempatan dan ruang ini, saya selaku mantan Penasihat PMRAM sesi 2009 (sesi pentadbiran Ustaz Abdul Muiiz Muhammad) memohon jutaan kemaafan kepada semua pihak terutamanya kepada Badan Pengurus PMRAM dan HEWI PMRAM sesi yang lalu. Mohon maaf kerana saya tidak dapat bersama kalian sepanjang pentadbiran PMRAM sesi 2009. Sepanjang enam bulan saya bersama kalian pada sesi pentadbiran yang lalu, saya ucapkan jutaan terima kasih kerana memberi peluang saya mencurahkan khidmat bakti dan perkongsian pengalaman sepanjang saya bersama kalian. Ada suka dan duka yang berlaku sepanjang saya bersama kalian untuk sesi 2009. Namun, segalanya ada kenangan yang hanya tercatat di dalam diari peribadi. Buat Badan Pengurus PMRAM dan HEWI PMRAM sekalian, Ingatkah lagi kalian sewaktu saya mengendalikan Tarkiz Qiadi untuk kalian? Inga

Makluman Kepada Calon BP PMRAM

Kalian semestinya sudah mengerti apa yang akan terjadi sekiranya kalian menjawat jawatan sebagai Badan Pengurus PMRAM. Kalian tidak cukup masa untuk tidur dan terpaksa mencari tempat tidur di luar pejabat. Hebat bukan? Fikirkanlah... Tambahan : Gambar ini adalah kempen-kempen akhir menjelang muktamar.

PMRAM Selepas 8 Dekad

Kepimpinan PMRAM tahun 2008 DIAM tidak diam, 11 April 2010 adalah ulangtahun PMRAM yang ke-80. Apakah sambutan yang akan diadakan bagi meraikan tarikh keramat ini? Yang pasti, pada tarikh yang sama juga muktamar akan berlangsung. Menariknya, satu pilihanraya memilih calon kepimpinan diadakan secara besar-besaran. Tahniah dan syabas kepada ahli PMRAM yang terus memberi ruang dan kesungguhan kepada PMRAM untuk mentadbir mahasiswa di Perlembahan Nil ini. Lapan dekad masa berlaku. Catatan sejarah diukir tahun demi tahun. Ada kepimpinan PMRAM yang sudah pulang ke Malaysia dan terlibat dengan politik Malaysia. Ada kepimpinan PMRAM yang pernah menjadi Menteri Besar (bekas MB Terengganu). Ada kepimpinan PMRAM yang kini merupakan Pengerusi FELDA. Ada kepimpinan PMRAM yang terjun di dalam arena politik UMNO mahupun pembangkang. Tulisan dan kertas kerja yang dibentangkan bagi pengkaji sejarah pastinya tercatat nama PMRAM yang mula-mula dikenali sebagai Putera-Putera Semenanjung (PPS) kemudian ber

Rak Laku Keras

SEPANJANG PESTA BUKU berlangsung, rak NOVEL ISLAMI adalah rak yang paling pantas bagi petugas-petugas logistik PTS untuk mendapatkan bahan (buku) baru. Rak ini dinamakan rak laku keras. Setiap pengunjung yang menghampiri PTS, rak NOVEL ISLAMI akan menjadi sasaran mereka. Paling hebat adalah karya Tuan Abdul Latip Talib yang menjadi makanan mahasiswa dan remaja yang singgah ke booth PTS. Sepanjang Pesta Buku, bagi pelajar sekolah dan pelajar IPT, diskaun sehingga 30% diberikan. Maka, kumpulan ini menderu masuk beramai-ramai ke booth PTS. Remaja jenis pakaian apa sekalipun, tetap menjadikan PTS sebagai pilihan mereka bagi mendapatkan buku-buku untuk mereka menambahkan pengetahuan kerana prinsip PTS jelas untuk memandaikan bangsa. Oleh hal yang demikian, penulis-penulis muda digalakkan menulis novel-novel Islam kerana peminat pasaran ini sudah menjadi laut biru. Ayuh!

Nak Tak Nak?

RAMAI orang kata, rezeki itu hanya datang sekali. Ramai juga yang berkata bahawa peluang itu tidak harus diketepikan. Begitulah dengan lumrah kehidupan saya pada hari ini. Tawaran datang silih berganti namun sejauhmana saya meletakkan 'nak' atau 'tak nak'. Di pejabat saya, Cik Aznurliza Hanim Ngainon pernah mendapat tawaran bertugas di Kementerian Pembangunan Wanita & Masyarakat. Sebelum itu juga, beliau pernah berkhidmat dengan PTS. Kemudian, beliau berhenti selepas sebulan di kementerian dan masuk bertugas buat kali kedua di PTS. 8 April ini, kami berdua akan menghadapi satu temuduga khas (appriasal) yang akan dijalankan di PTS. Setiap tahun mulai bulan April, temuduga kenaikan pangkat akan dijalankan di PTS. Insya-Allah, saya akan lakukan yang terbaik. 10 April pula, kami juga masing-masing mendapat surat untuk menghadiri peperiksaan. Beliau di Universiti Putra Malaysia saya pula di Hotel City Villa, Kuala Lumpur. Oleh sebab beliau sudah pernah menghadapi pengal