Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

Saya dan Cerita-Cerita

Waktu ini saya jadi penerbit rancangan Assalamualaikum SAYA MULAKAN penulisan ini dengan menyatakan saya gila pada awal Januari ini. Saya separuh gila memikirkan masa hadapan saya. Malah saya telah melakukan pelbagai pentafsiran dan keputusan yang kekadang tidak menjamin kebahagiaan langsung terhadap diri saya. Betapa saya kegalauan dalam kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. (2) Bulan Januari ini, biarpun saya menggila tetapi saya berpuas hati kerana kegilaan saya hampir menjadi. Saya cukup berpuas hati kerana jaringan hubungan diplomasi antarabangsa dapat saya lakukan dengan sebaiknya. Saya seharusnya bertemu dengan Chairman PTS bagi mendalami ilmu jaringan sosial yang disebut networking kerana beliau adalah pakarnya. Namun, keripuhan masing-masing menyebabkan ada ruang terganggu. Namun, saya yakin akan berada di landasan yang tepat dan berstrategi, insya-Allah. Siapa insan penting atas pertemuan sepanjang Januari ini? 1. Bidang jaringan pengacaraan. A

Ikat Kontrak Bersama Inteam

RAMAI dan kebanyakan orang kenal dengan kumpulan nasyid Inteam. Insya-Allah, jika tiada aral melintang, saya akan mengikat kontrak bersama kumpulan nasyid Inteam mulai bulan Februari ini. Usah terperanjat jika saya mengatakan bahawa saya sebenarnya sudah bersedia berhadapan dengan dunia bebas dalam masa terdekat ini. Realitinya, saya mahu berlari sendiri tanpa ada apa-apa ikatan. Apa yang akan berlaku dari hari ke hari saya akan menunggu dan terus menunggu. Apabila kita mengikat kontrak dengan mana-mana pihak, kita akan mendapat 'gaji tetap' sebagai upah kontrak yang dilakukan. Saya fikir, dengan tujuan ini saya akan lebih bersedia untuk menguruskan syarikat sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak. Setiap hari saya memikirkan benda baru dalam hidup. Ya, bisnes membuatkan saya berfikir lebih laju. Dengan bisnes juga menyebabkan saya tinggalkan dunia tidur saya dengan banyak. Saya sudah peruntukkan seawal Subuh saya dengan berfikir dan bertindak. Malam saya dengan berfikir dan ber

AWAL FEBRUARI : Ada berita mengejutkan!

Tinggal lagi tujuh hari masuk bulan Februari. Awalan kata, ada sesuatu yang akan menggemparkan banyak pihak termasuk pembaca blog saya pada 1 Februari tersebut. Saya telah bertemu dengan mentor untuk mendapatkan nasihat dalam dunia kehidupan saya. Oh, saya berbangga atas nasihat dan pandangan yang diaturkan untuk saya membina keputusan. Malah, saya menganggap beliau telah membuka pemikiran yang realistik kepada saya. Seawal pengumuman nanti pada 1 Februari, pasti ramai akan menyaksikan saya berposisi dalam stesen televisyen baru. Ah! Usah pelik dengan apa yang bakal berlaku pada 1 Februari nanti. Semuanya akan terjawab pada hari tersebut.

PENGUMUMAN 2012 : Oxford Centre for Islamic Studies Menolak Permohonan Saya

Barangkali sesuatu yang memeranjatkan apabila saya mengumumkan perkara ini. Namun, untuk pengetahuan, saya telah membuat permohonan untuk menduduki Oxford Centre for Islamic Studies, UK disebabkan perancangan untuk mendirikan rumahtangga dengan salah seorang pelajar di Universiti Leeds. Selepas sahaja saya berkenalan dengan salah seorang mahasiswi Universiti Leeds tersebut, saya mengambil keputusan menyambung pengajian di sana supaya memudahkan urusan rumah tangga selepas perkahwinan itu berlangsung. Akhirnya, percintaan kami terpaksa dibatalkan disebabkan pelajar itu mohon berundur kerana 'tidak sanggup menghadapi kehidupan saya sebagai seorang petugas penyiaran'. Barangkali kesibukan saya menyebabkan pelajar itu terpaksa membuat pertimbangan menolak. Ada hikmah yang tersembunyi pastinya. Dan, hari ini saya mendapat surat melalui emel daripada pihak pentadbiran universiti menyatakan perkara berikut : Dear Mr Zulakifli, (memang orang UK tulis name of family) Visiting Fellowsh

TUHAN, KAU MELORONGKAN JALAN INI

JUJURNYA, saya baru sahaja pulang dari menghadiri temuduga di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) beberapa hari yang lalu. Entah mengapa, selepas 15 bulan berkhidmat di TVAlhijrah; saya mahu memilih jalan baru dalam hidup. Kecewa? Barangkali ya dan barangkali tidak. Tiada jawapan yang sahih dapat dilakarkan buat masa ini. Apa yang saya mampu catatkan adalah, “Tuhan, kau melorongkan aku jalan kebaikan yang suci. Aku hanya mengikut keputusan Engkau.” Saya yakin dan percaya bahawa apa yang ditetapkan dalam perjalanan hidup saya ini adalah sesuatu yang pasti. Sama ada baik atau buruknya. Malah, saya menganggap percaturan dan perjalanan hidup saya memang ditentukan oleh Allah Yang Maha Berkuasa. Mengimbas kembali perjalanan hidup saya, siapa sangka saya memegang keaslian Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir. Saya suka berkongsi rahsia bahawa; saya mempunyai sebuah buku yang saya tulis semenjak tingkatan empat lagi. Buku itu sehingga kini masih wujud. Catatan te

Bisnes : Belajar Target

APABILA membuka apa-apa syarikat, letakkan matlamat jangka panjang dan jangka pendek. Oleh kerana syarikat saya masih baru bermula, segala perancangan sepanjang suku pertama tahun 2012 ini hanya berjalan sekitar 30% perjalanannya. Apapun, dalam satu sisi berbeza, saya menyasarkan perolehan untung kasar yang perlu dicapai tahun ini adalah RM 200,000.00 dengan jumlah pendapatan masuk dan bekerja di bawah urus tadbir syarikat adalah RM 500,000.00. Doakan segala apa yang dirancang pada tahun ini mencapai sasarannya. Sekiranya target ini tidak dicapai pada akhir tahun 2012, SZAC mencapai perolehan GAGAL! (Syarikat saya menyasarkan pengiraan nilai enam angka kerana melibatkan sektor penerbitan, penyiaran dan perdagangan antarabangsa melalui kebudayaan)

Setiap Perjalanan Itu Ada Baik Buruknya...

Tn Haji Bukhari Che Muda, CEO TVALHIJRAH yang banyak bertaruh keringat kerana saya SETIAP PERJALANAN ITU ada baik dan buruknya. Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada sesiapa. Namun, saya perlukan pemikiran saya dibina. Saya memerlukan saya dibimbing. Ramai orang menganggap saya manusia suci. Sedangkan, saya bukanlah orang yang suci itu. Saya memerlukan jaringan yang amat luas di dalam pengurusan dan pentadbiran diri sendiri. Saya mahukan kerjaya saya dibina atas rasa tanggungjawab yang suci juga. Saya bukan seorang hipokrit di dalam dunia kerjaya. Empat belas bulan berada di sebuah stesen televisyen pertama Islam negara; saya rasa tidak apa yang mampu saya banggakan. Saya adalah insan kerdil semata-mata. Saya polos di dalam perjalanan ini dan saya fikir saya bukanlah orang yang memberi apa-apa di dalam industri penyiaran Islam. Saya tidak gemar hal tetek bengkek yang berlaku dalam industri Islam. Saya mahu orang mengenal Islam bukan sekadar Islam pada perkataan. Orang berban

Kejutan-Kejutan 2012

SAUDARA pernah bukan menonton Aznil Hj Nawawi membuat kejutan di dalam rancangannya Akademi Fantasia di Astro Ria. Namun, apakah saudara pernah menonton kejutan-kejutan yang dilakukan oleh saya sendiri. Oh pasti saudara pernah melihat saya melakukan kejutan-kejutan drastik semasa saya berada di Mesir lagi tatkala pembongkaran hal tetek bengek yang berlaku di dalam industri persatuan kita di Mesir. Kejutan yang lain barangkali saudara secara jelas melihat saya terjun ke dalam bidang yang songsang dengan sistem pendidikan saya. Saya menganut di dalam jurusan Syariah, malah saya memilih paksi penerbitan dan penyiaran di dalam kerjaya. Semua ini sebenarnya adalah kejutan-kejutan yang tidak pernah tergambar di dalam pemikiran saya. Saya berbangga kerana saya keluar dari kepompong tidak sihat itu. Saudara juga mendapat tahu bahawa saya membuat kejutan pada awal tahun ini dengan memperkenalkan kejutan istimewa apabila syarikat saya SZAC telah dirasmikan apabila logo diumumkan secara rasminya.

Pembukaan Kembara Mencari Haji Mabrur

Sekiranya perjalanan ini dibukukan, mungkin inilah mukadimahnya.... KEMBARA MENCARI HAJI MABRUR Syafiq Zulakifli Jika ada orang bertanya kepada saya, apakah wujud keseronokkan sewaktu menjejakkan kaki ke Tanah Suci; jawapan saya adalah – “Saudara perlu pergi dan berada sendiri di tempat Rasulullah – penghulu sekalian Nabi dan berusahalah untuk menjadi tetamu Allah.” Betapa benar bahawa saya tidak dapat menceritakan secara panjang lebar apa yang saya rasai kerana bagi mereka yang sudah tiba di Kota Suci ini – tentu tidak sama dengan apa yang digambarkan berdasarkan pemahaman dan pembacaan saudara di dalam kitab dan buku. Saya juga mengalami hal ehwal yang sama. Sesekali ilmu Haji yang dipelajari di dalam kitab feqah tidak sama dengan pengalaman praktikal yang dihadapi. Teori hanya sebagai sebuah teori. Datangkanlah saya buku “Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman” karangan Prof Kamil Ibrahim sekalipun, ia langsung tidak sama dengan apa yang dilalui sepanjang lebih lima puluh

Pengumuman LOGO SZ Art & Consultancy

Assalamuaikum wrb Sukacita dimaklumkan mulai 1 Januari 2012, pelancaran dan pengumuman logo rasmi bagi Syafiq Zulakifli Art & Consultancy. Logo ini mempunyai ciri-ciri falsafah mendalam di dalam organisasi SZAC. Ciri pertama : KUNCI Ciri kedua : KERUSI TEMPAT ORANG DUDUK Ciri ketiga : BULATAN TIDAK LENGKAP Ciri keempat : HURUF (Shin) DALAM JAWI Dengan logo ini juga, diumumkan bahawa SZAC akan beroperasi secara rasminya mulai 2012 beralamat cawangan khas di Taman Setapak Jaya Baru, Kuala Lumpur. Terima kasih dan kredit kepada Mohd Faiz Abidin kerana menghasilkan logo ini.