Langkau ke kandungan utama

Catatan

AKTIVITI TERKINI : KEM PENULISAN MESIR

Kem Latihan Penulis PMRAM akan mengadakan program Pengurusan Suara Kampus dan Diskusi Antologi Cinta dan Rona Kinanah seperti ketetapan berikut: Tarikh : 2 dan 3 Februari 2008 (Sabtu dan Ahad) Tempat : Asrama Pelajar Johor, Hayyu Thamin, Kaherah. Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang Kepada semua peserta yang ingin menyertai, sila hantarkan NAMA, NO IC dan BKAN/DPM ke pmram30@yahoo.com atau hewipmram55@yahoo.com Atau buat pendaftaran anda kepada Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan BKAN dan DPM masing-masing. Wassalam

Happy Birthday My Mum

Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran bonda yang ke-44. Moga-moga dipanjangkan umur dan diluaskan rezekinya. "tak terbalas jasamu... berkorban jiwa raga" "kami anak-anakmu...ingin memohon restu... wahai ibuku wahai ayahku ampunkan dosa-dosaku... wahai ibuku wahai ayahku redhakan akan diriku..." "tabahnya... melayani kenakalan anakmu... dari kecil hingga dewasa" "Kasihanilah Tuhan...ibu yang telah melahirkan diriku... bagaikan kasih ibu...sewaktu kecilku..."

PMRAM 2008 : Sudah Bersedia!

Anak-Anak Damanhur Jika kini di Malaysia, semua kerusi DUN dan Parlimen sudah sibuk difikirkan oleh badan pilihanraya daripada BN, PAS, PKR, DAP, BEBAS dan lain-lain. Di Mesir, lain pula terjadi. Pengagihan kerusi kepimpinan PMRAM sesi 2008 telah pun dibahagikan. Daripada satu sudut yang benar, ianya seakan-akan memberikan gambaran bahawa persediaan ke arah Muktamar Sanawi PMRAM ke-75 telah pun hampir. Dan, insya-Allah jika tiada perubahan, PMRAM akan bertukar kepimpinan pada bulan Mac nanti. Tarikhnya? Masih belum dapat diputuskan. Namun, ada desas-desus mengatakan bahawa muktamar tahun ini akan diadakan pada minggu BKAN. Kesahihannya, masih belum lagi dapat diputuskan. Tempat dan lokasi pilihan untuk mengadakan muktamar juga masih lagi menjadi tanda-tanya. Penganjuran program selama dua tahun di Nadi Riadhi, Madinah Nasr menunjukkan ada yang kurang bersetuju dan ada pula langsung yang terpaksa menerimanya. Mengapa? Namun, jika tidak ada lagi lokasi yang munasabah, di mana lagi tempa...

Keadilan Untuk Penulis

Karya Ibnu Sina yang diteladani sehingga ke hari ini 29 Mei yang dinobatkan sebagai Hari Seniman adalah keadilan yang merupakan anugerah kepada semua anak seni. Ini termasuklah karyawan, budayawan, penulis, pelukis, dan semua yang berkaitan dengan dunia seni. Penghargaan ini jelas membuktikan YB Dato Seri Dr. Rais Yatim selaku Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia berkerja untuk kementeriannya. Namun, daripada sudut yang lain ada nilai murni yang diharapkan tidak menjadi. Lihat sahaja daripada beberapa peruntukan yang sepatutnya dibelanjakan secara adil tidak dapat diberikan sewajarnya. Malah, adalah lebih malang industri hiburan tanah air merupakan taburan peratus tertinggi yang diperuntukkan oleh pihak yang bertanggungjawab di dalam melahirkan ' ulama-ulama neraka ' pada hari ini. Ini jelas dibuktikan apabila Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang memperuntukkan sebanyak RM 1.5 juta untuk dibelanjakan bagi mengiktiraf program tersebut. Malah, penganjuran ini ...

Saya tidak mahu lagi bergelar Sasterawan Negara - A. Samad Said

Akhbar Utusan Malaysia, Khamis 24 Januari 2008 “SAYA kini mantan Sasterawan Negara dan tidak mahu lagi menggunakan gelaran tersebut. Saya juga tidak akan menerima sebarang jemputan ceramah atau program berkaitan Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas). “Mungkin saya lebih selesa bergerak atas nama individu dalam kegiatan-kegiatan sastera dan jika ada jemputan, lebih baik atas nama peribadi,’’ kata Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said. Beliau menegaskan, tindakan tersebut merupakan aksi demi masa depan generasi sastera dan dunia kreatif di negara ini yang kelihatan semakin terpinggir. Ia berkaitan dengan desas-desus terbaru bahawa karya-karya Sasterawan Negara dan penerima Anugerah Penulisan SEA (SEA Write Award) tidak akan tersenarai sebagai buku yang dicadangkan untuk teks baru Komsas bagi sekolah menengah yang disemak semula dan dijangka digunakan pada 2010. Selain itu, semakan tersebut juga tidak menyenaraikan puisi, cerpen, novel dan drama dari pemenang Hadia...

Cairo International Book Fair CIBF 2008

Check-list of CIBF 2008 Ma'arad Kitab akan berlangsung mulai hari ini (23 Januari hingga 4 Februari) nanti. Tahun ini, masuk tahun ke-4 saya menghadiri pesta buku seperti tahun-tahun lalu. Keseronokan hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kaherah ini sememangnya dirasai oleh sebahagian mahasiswa di bumi Mesir ini. Teringat lagi, semasa tahun satu dahulu saya membelanjakan lebih daripada RM 1,000 untuk membeli buku-buku di sana. Dan kini, setelah 4 tahun bermukim di Mesir, keperluan itu sudah saya tinggalkan sedikit demi sedikit. Paling kurang pun, setidak-tidaknya saya akan membelanjakan sekitar LE200 ke LE300 sahaja. Sedangpun begitu, ada ramai teman-teman masih mengatakan pada saya, ada lagi kitab-kitab muktabar yang saya belum beli. Benar! Kitab-kitab pun bukannya semua murah! Dan, pada kesempatan ini suka saya cadangkan beberapa perkara yang perlu difikirkan sebelum anda ke pesta buku tersebut. 1. Pastikan anda menulis buku apa yang ingin anda beli. Sebagaimana anda ke supermarket m...

Seorang Anak Murid

Seorang anak murid, yang lelucon bicaranya dari ufuk senja bijak mentafsir setiap perilaku gurunya menghentam atma yang tersayat daripada tinta sukma ketika wayu menyanyi girang. Seorang anak murid, tampak walang dengan watak sepinggan senyuman secawan keriuhan tanpa genggam pedih menyorot naluri-naluri mesra di sebuah sekolah. Seorang anak murid, menjamah rezekinya dari pagi hingga tengah hari, hingga muazzin mendayu-dayu menyeru di corong masjid membatu dikau dengan tas-tas tanganmu untuk merabak buku. Seorang anak murid, petani kecil yang menanggung beban menyara keluarga tatkala dewasa mengepong batas fikir adik-adik mereka, gagah menghenyak membalun diri, terhempas untuk segulung sijil keraian. Seorang anak murid, tidak berharga tanpa doa daripada guru yang setia. Masakin Uthman, Mustafa Nuhas, Kaherah, Mesir Januari 2008