Langkau ke kandungan utama

Catatan

Cerpen : Bila Tok Wan Bersuara

ENTAH apa yang mendukacitakannya, Dia tidak tahu. Sejak semalam Tok Wan membundarkan penglihatannya ke mercu KLCC. Tinggi agam megah menara yang diasiosasikan sejak pemerintahan Perdana Menteri Malaysia keempat dilihat dengan wajah sugul. Kali ini, Dia nampak benar Tok Wan memerhati dengan wajah pucat dan merah. Ada jawapan yang belum terjawab barangkali, getus Dia dihati. Dia merenung dalam-dalam maksud tersurat tersirat. Mahu menyapa; namun kekhuatiran itu melanda diri sendiri. Jeda.  Tidak berani menyuakan sedikit bicara. Dia betah menjenguk daripada kamar peribadi sahaja, “Dulu, kampung ini aman. Tiada suara hangit dan hingar. Orang tahu berbudi dan berbahasa. Sekarang, apa sudah jadi?” Tok Wan tiba-tiba bersuara. Dia mendekati Tok Wan di laman tamu. Kaca televisyen yang tadi merakam lakon Ashraf Muslim, Aaron Aziz dan Liyana Jasmey ditukar tiba-tiba. ”Engkau tengok Yaya, jurukamera TV itu cedera dipukul penyokong yang taksub. Mengapa Yaya? Ini generasi kamu ...

Kisah Saya

Saya sebenarnya sudah lama perasan blog ini. Blog ini menceritakan tentang saya. Terima kasih kepada pengarangnya. Apapun, hidup ini tidak bahagia selain daripada doa dan kasih sayang restu ayah bonda. http://salamborneo.blogspot.com/2011/10/menabung-30sen-akhirnya-ke-mekah.html

Luahan Rasa

Apa khabar April. Bukan Bunga April, tetapi bulan April yang berlalu dengan pantas. Tidak sempat menghabiskan gaji bulan Mac, gaji bulan April sudah terima. Aduh, cepatnya masa berlalu. April terasa laju berjalan.  Memulakan destinasi sejak awal April (akhir Mac) apabila bertugas di Karnival Mahabbah IKIMfm di Johor Bahru, Johor - kemudian langsung ke bumi Kundasang, Sabah pada pertengahan bulan April. Sedar tidak sedar, minggu berikutnya saya berada di Janda Baik, Pahang dan akhiri perjalanan untuk ke Seremban, Negeri Sembilan. Masa berlalu dengan pantas.  Petang ini, saya membuka buku diari saya. Ah! Betapa terperanjatnya saya melihat diari saya penuh untuk semua hujung minggu. Minggu ini ke Hotel Vistana, Kuala Lumpur sementara minggu hadapan ke program di Bandar Baru Bangi. Minggu lagi satu ke Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur (Hari Ibu). Kemudian, pada minggu berikutnya ke Hotel Grand Bluewave, Shah Alam (Hari Ibu). Akhir bulan Mei pula saya berada...

Kita Hanya Menguji Bakat Sendiri

SEDARI awal, semasa saya ingin menghadiri temuduga ke Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ayah saya mentah-mentah menolak keputusan untuk meninggalkan TVAlhijrah. Saya sedikit terduga dengan perintah dan barangkali arahan ayah melalui pesanan di laman sosial Facebook. Oleh sebab saya mempunyai pendirian dan mengetahui apa dan mengapa tindakan tersebut dilakukan, ayah merelakan keputusan yang saya lakukan. Saya redha dan menerima kehendak dan keputusan yang ditetapkan. Saya menghadiri temuduga dan masih berkira-kira sama ada mahu terima atau menolak tawaran temuduga ini. Sejujurnya, Tuhan lebih berhak menentukan setiap apa yang berlaku terhadap saya. Saya berfikir panjang dan risau tindakan saya ini tidak menepati kebanggaan ayah mahu saya berada di TVAlhijrah. Saya tertampar juga apabila ayah memaklumkan bahawa beliau hampir tidak percaya saya akan ke dunia akademik. Ya, mungkin itu telahan awal. Tetapi, saya melaluinya dan saya tahu ke mana jalan dan perjalanan hidup saya diloron...

Siapa Syafiq Zulakifli

SYAFIQ ZULAKIFLI dilahirkan pada 8 Ogos 1985 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar UDA , Johor Bahru dari 1992 hingga 1997. Pendidikan peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang bermula 1998 hingga 2002. Atas kesedaran meneruskan pengajian di dalam bidang agama, beliau meneruskan pengajian ke Maahd Johor, bagi Tingkatan 6. Atas perolehan keputusan yang memberangsangkan dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2003 dengan mendapat pangkat MUMTAZ (Cemerlang) dan penerima Anugerah Khas Tokoh Maahad Johor 2003, beliau meneruskan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada Oktober 2004. Pengajian dari tahun ke tahun di Al-Azhar memungkinkan beliau turut memperkembangkan bakat dan kepimpinan. Melalui bakat seni, beliau menyertai Kem Latihan Penulis (KELAP) sewaktu di Mesir sehingga terpilih sebagai peserta Bengkel Penulisan Karyawan Muda Luar Negara pada tahun 2007 di bawah bimbi...

Saya dan Kerjaya

SAYA amat gemar membaca buku biografi tokoh. Entah mengapa, berilah saya buku apapun, tetapi buku biografi atau autobiografi tokoh banyak mengajar saya tentang erti kejayaan dan kematangan. Seingat saya, kali pertama saya memulakan untuk membaca buku biografi Datuk A Samad Said. Beliau adalah Sasterawan Negara. Hari ini, saya banyak membaca buku autobiografi tokoh politik dan tokoh akademik. Terakhir, saya membaca buku Prof Dr Ismail Ibrahim yang pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Mengapa saya dan kita wajar membaca buku biografi tokoh? Buku-buku ini sebenarnya mengajar kita menjadi seseorang yang dewasa. Berfikiran dewasa, malah menjadi seorang yang luar biasa. Kita mengumpul segenap pemikiran daripada penulisan tersebut, lantas daripadanya kita dapat mengenalpasti dari mana kejayaan yang dicipta oleh tokoh-tokoh tersebut. Apapun, saya dan apa juga kerjaya yang pernah saya lalui adalah pengalaman penting sebagai seorang individu. It...

Setelah Seminggu Bersama...

Penyampai IKIMfm akan ke Sabah pada bulan hadapan... SEMINGGU berada di dalam kampus institusi, ia amat berbeza sama sekali. Malah, ucapan awal dan mukadimah ini menjadi saksi bahawa - inilah dunia yang saya cari selama ini. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) adalah pusat pendidikan dan pemahaman Islam. Oleh sebab itu, saya anggap kemasukan saya ke IKIM bukanlah kerana radio semata-mata malah lebih jauh daripada itu kerana saya berkhidmat di dalam sebuah kampus pendidikan universiti. Jauh saya meninggalkan dunia penyiaran sebenarnya tidak tepat. Tetapi, IKIM memberi pelbagai kelebihan kepada saya. Pertama, pengurusan dan pentadbiran yang cekap serta bersistem. Saya belum pernah bertemu lagi sistem yang dilakukan kepada kakitangan di sebuah agensi kerajaan seperti ini. (Sebenarnya ini institusi pertama kerajaan saya masuk) Tetapi, saya telah meletakkan harapan yang jelas bahawa IKIM sebuah institusi pemikiran dan pendidikan yang terbaik. Saya tidak lagi berhadapan dengan kehidupan...