Langkau ke kandungan utama

Luahan Rasa

Apa khabar April. Bukan Bunga April, tetapi bulan April yang berlalu dengan pantas. Tidak sempat menghabiskan gaji bulan Mac, gaji bulan April sudah terima. Aduh, cepatnya masa berlalu.

April terasa laju berjalan. 

Memulakan destinasi sejak awal April (akhir Mac) apabila bertugas di Karnival Mahabbah IKIMfm di Johor Bahru, Johor - kemudian langsung ke bumi Kundasang, Sabah pada pertengahan bulan April.

Sedar tidak sedar, minggu berikutnya saya berada di Janda Baik, Pahang dan akhiri perjalanan untuk ke Seremban, Negeri Sembilan.

Masa berlalu dengan pantas. 

Petang ini, saya membuka buku diari saya. Ah! Betapa terperanjatnya saya melihat diari saya penuh untuk semua hujung minggu.

Minggu ini ke Hotel Vistana, Kuala Lumpur sementara minggu hadapan ke program di Bandar Baru Bangi. Minggu lagi satu ke Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur (Hari Ibu). Kemudian, pada minggu berikutnya ke Hotel Grand Bluewave, Shah Alam (Hari Ibu). Akhir bulan Mei pula saya berada di Shah Alam untuk program bersama I LUV ISLAM. 

Dalam hati terdetik, bila mahu pulang negeri Johor?

Apabila melihat kalendar, tiba-tiba teringat 4 hingga 8 Jun ada kemungkinan saya diizinkan untuk ke Persada Johor, Johor Bahru sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan. Itu sahaja waktu yang terluang ke bumi Johor Bahru.

Putaran masa berlalu dengan pantas. Memang, jika berjauhan dengan keluarga - inilah pengorbanan yang perlu dilaksana.

Apapun, saya terus berdoa moga tiada apa-apa halangan untuk setiap minggu mendatang.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZIKRAYAT EPISOD 6

ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio IKIM Faiz Hj Othman amat sinonim kepada pendengar radio. Faiz lebih muda daripada saya. Tetapi beliau berkhidmat setahun lebih awal daripada saya di IKIM. Antara insan yang paling banyak menyimpan rahsia sepanjang hampir 6-7 tahun saya di IKIM. Apa sahaja perjalanan hidup saya di Kuala Lumpur memang boleh dikatakan beliau amat tahu. Faiz anak kelahiran Kelantan. Mendapat pendidikan di Universiti Utara Malaysia, kini tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau juga merupakan orang pertama yang ketahui saya tidak menyambung perkhidmatan (saya tidak mahu tandatangan surat sambung) Pada pagi Anugerah Nasyid 2019, dalam kekalutan itulah saya memaklumkan bahawa saya sudah bawa semua barang ke Johor Bahru. Terperanjat beliau. Saya beritahu, saya perlu ke Mekah dan buat istikharah terakhir sebelum buat keputusan balik ke negeri asal...

Pelajar Perubatan Mesir Tidak Tahu Menulis E-mel

DI DALAM kauntung e-mel saya ada bermacam-macam e-mel yang masuk. Ada yang memohon kerja, ada yang minta duit, ada yang mohon itu dan ini. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua mahasiswa perubatan kita kerana mereka ada kelulusan pendidikan sama ada memperoleh 8A-10A ketika di peringkat SPM. Saya juga berkeyakinan bahawa mereka mendapat A1 untuk matapelajaran di dalam Bahasa Melayu. Tetapi, apabila saya mendapat e-mel sebegini daripada seorang pelajar Perubatan Mesir, harapan saya itu sudah luntur. salam us syafiq name sy siti markonah bt marpitun tahun 3 univ kaherah (jawatan beliau) hajatnye nk jual buku2 terbitan PTS kat mesir ni ade kemungkinan x??? tp ni bru dlm peringkat proposal oleh individu.iAllah,kalo boleh dibuat, sy akan maklumkan pd ktue saye utk dibincangkan dgn lebih lanjut.pastu,buleh x us tolong find out mcm mane proses die seperti penghantaran,diskaun utk pemborong,untung bersih,etc...harap sgt us boleh tolong sbb buku2 terbitan PTS dpt smbutan yg amat men...

HALA TUJU SELEPAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Oleh, Syafiq bin Zulakifli Pendahuluan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Oleh hal yang demikian, sebilangan besar pelajar-pelajar lepasan STAM akan memilih untuk melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menerima sijil tersebut. Pengeluaran sijil yang diiktiraf setaraf dengan Pendidikan Maahad Buuth Al-Azhar Kaherah, Mesir, maka ada dikalangan pemegang sijil tersebut memilih melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. (maklumat lanjut, sila hubingi penulis di nur_azhari(add)yahoo.com)