Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kita Hanya Menguji Bakat Sendiri

SEDARI awal, semasa saya ingin menghadiri temuduga ke Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ayah saya mentah-mentah menolak keputusan untuk meninggalkan TVAlhijrah. Saya sedikit terduga dengan perintah dan barangkali arahan ayah melalui pesanan di laman sosial Facebook. Oleh sebab saya mempunyai pendirian dan mengetahui apa dan mengapa tindakan tersebut dilakukan, ayah merelakan keputusan yang saya lakukan. Saya redha dan menerima kehendak dan keputusan yang ditetapkan. Saya menghadiri temuduga dan masih berkira-kira sama ada mahu terima atau menolak tawaran temuduga ini. Sejujurnya, Tuhan lebih berhak menentukan setiap apa yang berlaku terhadap saya. Saya berfikir panjang dan risau tindakan saya ini tidak menepati kebanggaan ayah mahu saya berada di TVAlhijrah. Saya tertampar juga apabila ayah memaklumkan bahawa beliau hampir tidak percaya saya akan ke dunia akademik. Ya, mungkin itu telahan awal. Tetapi, saya melaluinya dan saya tahu ke mana jalan dan perjalanan hidup saya diloron...

Siapa Syafiq Zulakifli

SYAFIQ ZULAKIFLI dilahirkan pada 8 Ogos 1985 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar UDA , Johor Bahru dari 1992 hingga 1997. Pendidikan peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang bermula 1998 hingga 2002. Atas kesedaran meneruskan pengajian di dalam bidang agama, beliau meneruskan pengajian ke Maahd Johor, bagi Tingkatan 6. Atas perolehan keputusan yang memberangsangkan dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2003 dengan mendapat pangkat MUMTAZ (Cemerlang) dan penerima Anugerah Khas Tokoh Maahad Johor 2003, beliau meneruskan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada Oktober 2004. Pengajian dari tahun ke tahun di Al-Azhar memungkinkan beliau turut memperkembangkan bakat dan kepimpinan. Melalui bakat seni, beliau menyertai Kem Latihan Penulis (KELAP) sewaktu di Mesir sehingga terpilih sebagai peserta Bengkel Penulisan Karyawan Muda Luar Negara pada tahun 2007 di bawah bimbi...

Saya dan Kerjaya

SAYA amat gemar membaca buku biografi tokoh. Entah mengapa, berilah saya buku apapun, tetapi buku biografi atau autobiografi tokoh banyak mengajar saya tentang erti kejayaan dan kematangan. Seingat saya, kali pertama saya memulakan untuk membaca buku biografi Datuk A Samad Said. Beliau adalah Sasterawan Negara. Hari ini, saya banyak membaca buku autobiografi tokoh politik dan tokoh akademik. Terakhir, saya membaca buku Prof Dr Ismail Ibrahim yang pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Mengapa saya dan kita wajar membaca buku biografi tokoh? Buku-buku ini sebenarnya mengajar kita menjadi seseorang yang dewasa. Berfikiran dewasa, malah menjadi seorang yang luar biasa. Kita mengumpul segenap pemikiran daripada penulisan tersebut, lantas daripadanya kita dapat mengenalpasti dari mana kejayaan yang dicipta oleh tokoh-tokoh tersebut. Apapun, saya dan apa juga kerjaya yang pernah saya lalui adalah pengalaman penting sebagai seorang individu. It...

Setelah Seminggu Bersama...

Penyampai IKIMfm akan ke Sabah pada bulan hadapan... SEMINGGU berada di dalam kampus institusi, ia amat berbeza sama sekali. Malah, ucapan awal dan mukadimah ini menjadi saksi bahawa - inilah dunia yang saya cari selama ini. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) adalah pusat pendidikan dan pemahaman Islam. Oleh sebab itu, saya anggap kemasukan saya ke IKIM bukanlah kerana radio semata-mata malah lebih jauh daripada itu kerana saya berkhidmat di dalam sebuah kampus pendidikan universiti. Jauh saya meninggalkan dunia penyiaran sebenarnya tidak tepat. Tetapi, IKIM memberi pelbagai kelebihan kepada saya. Pertama, pengurusan dan pentadbiran yang cekap serta bersistem. Saya belum pernah bertemu lagi sistem yang dilakukan kepada kakitangan di sebuah agensi kerajaan seperti ini. (Sebenarnya ini institusi pertama kerajaan saya masuk) Tetapi, saya telah meletakkan harapan yang jelas bahawa IKIM sebuah institusi pemikiran dan pendidikan yang terbaik. Saya tidak lagi berhadapan dengan kehidupan...

Perjalanan Masih Jauh

1 Mac 2012 - Khamis "Kami bangga kerana kami ada calon seperti awak." Saya menjerat leher sendiri. Ini destinasi perjalanan baru. Ini destinasi kehidupan baru. Saya berbangga kerana menempuhi segala perjalanan sepanjang menjadi insan terpilih di TVAlhijrah, enam belas bulan lalu. Mungkin terlalu singkat catatan yang mampu saya rakamkan. Tetapi, inilah sebuah perjalanan dan kelahiran yang dijanjikan Tuhan. Terima kasih kepada TVAlhijrah yang mendewasakan. Terima kasih kepada Cik Ainur Mahdiyah Zahra Abdullah yang mengenalkan saya dengan dunia penerbitan. Terima kasih kepada Abang Syirfan Indra Mitra Surya yang percaya malah memberi kepercayaan seratus peratus di atas setiap tugasan saya. Terima kasih juga kepada Encik Zainal Rashid Ahmad, yang menakhoda perjalanan saya sebagai seorang pemula anak seni penyiaran. Jasa kalian, hanya Allah yang akan membalas. Saya insan yang mempunyai kelemahan dari segenap sudut. Percaya atau tidak, saya dibatasi dengan pelbagai gejolak dalam ji...

Surat-Surat Buat Dang Kerinting

ALAHAI Dang Kerinting yang rupawan, kechewa benar kekanda apabila mengetahui Dang Kerinting buat hal lagi. Sudah-sudahlah tu. Sejak Dang Kerinting dihantar ke Pulau Kemanjuan, perangai Dang Kerinting masih tidak lagi berubah. Menggeletek Dang Kerinting tidak habis-habis lagi. Ingat tak lagi Dang Kerinting tatkala Dang Kerinting buat hal di Pulau Kemanjuan. Masakan tidak, waktu itu hampir dipecat oleh kepimpinan Sultan namun atas rasa sedih dan sayangnya Sultan pada Dang Kerinting, syukur kerana segalanya selamat. Nasihat kekanda, Dang Kerinting usah buat hal lagi.