Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kembara Mencari Haji Mabrur 3

Semua orang percaya kepada rezeki yang Allah berikan. Ya, begitulah ketetapan hidup dan perjalanan setiap apa yang kita lakukan. Setelah dua tahun meninggalkan kota bertuah Mesir, kini saya kembali di bumi Arab. Biarpun latar tempatnya hampir tidak sama, tetapi roh dan kehidupan Mesir- Madinah dan Mekah hampir sama. Panas. Itulah gambar awal yang saya dapat ukirkan. Saat menjejakkan kaki ke bumi Masjidilharam- saya mengalirkan airmata. Terlintas dalam fikiran dan bisik dalam hati - Ya Allah, Engkau begitu Maha Menyayangi hambaMu ini. Engkau memberi peluang daku menjejakkan kaki ke rumahMu. Saya mengulang bicara yang saya terlalu merindui Kaabah. Lantas, apabila Kaabah berada di hadapan mata - saya hampir rebah. Saya hampir tidak percaya bahawa ini adalah Kaabah betul dan bukan potret. Sepanjang perjalanan sebelum menjejakkan kaki ke bumi Mekah Al Mukaramah, saya mengalun talbiah "Labbaikallahummalabaik." Saya merenung pandang jauh. Saya berfikir, apa akan berlaku sekiranya sa...

Kembara Mencari Haji Mabrur 2

TH Tinggal dua malam sahaja saya perlu meninggalkan; Malaysia - kota yang membesarkan saya dengan sejarah politik negara tersendiri. Saya mengumpul kekuatan biarpun hampir rebah pada mulanya. Subuh pagi ini tidak sama dengan Subuh-Subuh yang lain. Suasana berubah. Kelam. Tiada satu cahaya pun masuk ke ruang bilik saya. Putus bekalan elektrik. Allah, ujian Tuhan saya rasa. Ujian yang amat dahsyat... Setiap kali musibah berlaku, saya akan merenung jauh. Saya fikir - mengapa saya terlalu cepat untuk dihukum Allah. Mengapa terlalu cepat Allah memberi musibah. Saya tidak kecewa dengan apa yang berlaku malah merakamkan "terima kasih Allah" di atas apa yang berlaku. Usai menunaikan solat Subuh, saya merapatkan badan ke arah dinding. Berzikir sedalam-dalamnya. Aduhai...betapa saya mula merasakannya lewat pagi ini. Persoalan demi persoalan singgah di benak fikiran saya. Saya gagahkan diri. Mandi. Dengan kesihatan yang kurang baik, saya ambil sekeping roti dan sebungkus keropok ala syi...

Kembara Mencari Haji Mabrur 1

Perjalanan semakin hampir... Saat dan waktu yang dijanjikan bakal memulakan pertemuannya. Saya membilang hari - menjenguk kalau ada-ada dosa yang belum diseka. Mencari kalau-kalau ada singgung tak diterima. Aduh; betapa kerdilnya sebuah perjalanan yang akan bermula ini. Semalam, 17 September hari pertemuan jemaah yang saya labelkan 1/14 daripada keseluruhan jemaah Malaysia untuk bertamu di tanah haram Mekah. Catatan saya akan bermula di sini. Dari atas - tepi dan hadapan - insyaAllah saya akan catatkan di sini. Di sini catatan ini bermula...dan di sini catatan ini akan berakhir. Kembara Mencari Haji Mabrur - falsafah yang pasti mencuit hati dan nubari. Allahuakbar...

Siapa Kita Sepuluh Tahun Lalu?

Izinkan saya menjejakkan kaki ke bumi ini lagi. MOGA-MOGA ISTIQAMAH. Sudah lama juga saya tidak mencatat. Wal hasil, selepas di desak oleh pelbagai pihak yang saya bertemu di pentas Assalamualaikum atau di luar menyatakan hasrat dan membantah peninggalan saya terhadap dunia penulisan; lalu saya bersetuju atas pertikaian tersebut. Ya, barangkali saya terlalu berfikir panjang sehingga catatan menjadi hanya catatan di bibir semata-mata. Almaklum, catatan ini saya tulis tatkala bumi New York dijarah sepuluh tahun yang lalu. Ya, hari ini 11 September 2011- sedekad yang lalu genap bangunan WTC yang menjadi mercu tanda New York dimakan dengan lahap oleh tentera yang masih menjadi misteri. Malah, kekejaman ini disandarkan kepada Osama Laden yang telah meninggalkan dunia baru-baru ini. Sedekad yang lalu, saya berada di Tingkatan Empat; sekolah menengah agama. Tahun itu juga- saya amat berkesibukan kerana mewakili sekolah dalam pelbagai acara dan pertandingan. Ya, tahun yang melayakkan saya mend...

Apa Mahu Dirancang Pada Tahun Mendatang?

BULAN OKTOBER semakin hampir. Masuk bulan Oktober ini; tahun ketiga saya memulakan pengembaraan sebagai seorang yang bekerjaya. Tahun pertama; meladeni dunia penerbitan yang kian mencabar. Tahun kedua; meladeni dunia penyiaran yang lebih-lebih mencabar. Tahun ketiga apa pula? Ya! Biasanya bulan Ogos adalah bulan saya berfikir. Bulan yang akan menetapkan pendirian saya sama ada akan kekal di dalam satu-satu tempat atau beralih arah. Tapi jika diberi peluang, selepas ini saya akan menerobos sempadan untuk berada di bahagian majalah pula. Entah ya...Saya fikir seharusnya majalah lebih mendidik saya terlebih dahulu sebelum saya menjejakkan kaki ke dalam bidang penyiaran. Ke mana harus pergi? Jika saya diberi pilihan pasti saya akan memilih menerobos sempadan tiga buah majalah. Pertama, Al-Islam di bawah seliaan Utusan Karya. Kemudian, Majalah I di bawah Karangkraf dan ketiga tentunya Majalah Milenia Muslim. Ya. Saya fikir, apabila kita belajar daripada lipatan bawah......

Mengapa Menyepi?

OH BERBULAN BULAN BULAN BULAN saya menyepi. Sengaja tidak mahu dikesani oleh mana-mana pihak walaupun saya berbicara di laman sesawang facebook dan twitter akhir-akhir ini. Mungkin ada sebab saya menyepi buat sela masa yang terlalu panjang. Mungkin juga menyimpan segala kenangan agar ia tidak mudah-mudah tertumpah dengan mudahnya. Ini sebuah blog. Blog yang telah mendewasakan saya - panjang masanya. Jika saya bukukan hasil tulisan saya ini tentu saya - kaya raya. Dalam sela masa yang tidak ditumpahkan itu, saya ripuh dalam kesesakan. Banyak perkara yang berlaku. Banyak hal ehwal kehidupan yang tidak disangka terjadi. Biarkan tersimpan kejap di dalam sanubari saya sendiri. Apalagi mahu di bicara pada sebuah penciptaan - selepas satu minggu bergelar kedewasaan yang kedua puluh enam - lalu hari ini seorang insan yang bergelar sahabat menjalani ibadah umrah. Dan, semestinya kenangan melalui kota Greece dan London tidak saya mulakan di atas tinta yang bergelar blog ini. ...

Diari Pengacara 1

Hidup ini adalah sebuah ketetapan. Biar kita merancang, tetapi perancangan Allah adalah lebih tepat. Saya- tidak pernah mencatat jawatan pengacara di dalam apa-apa borang cita-cita sewaktu di sekolah, tetapi saya mula mengisi kekosongan itu sejak Tingkatan 2 lagi. Tatkala suara saya bercorong di pembesar besar pada ketika itu - sebahagian guru menyatakan - suara awak macam Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Perkara ini diakui ketika saya menyertai Sayembara Mendeklamasi Puisi anjuran Perbadanan Putrajaya pada tahun 2009. Jodoh itu kita merancang tetapi hasilnya pada 19 September 2010 yang lalu - saya diminta oleh teman saya untuk menghadiri ujibakat pengacara di TVAH. Maka hari ini - saya sudah berada di dalam dunia pengacaraan dan penyiaran lebih kurang 5 bulan. Apa kehebatan dunia ini? Benar. Ramai yang tidak akan mengerti sebenarnya akan peluang dan ruang di dalam dunia ini. Lebih-lebih lagi ramai pula beranggapan pengacara adalah bukan daripada salah satu bidang kerjaya. Tetapi bagi s...